.
.
.
Nama anak omputih.
Kalau nama tempat.
Paris, Sydney, Brooklyn, Jordan.
Sedap je bunyi nama tu.
Boleh diterima pulak tu.
(actually nama Sydney tu, nama anak adik aku di Amerika sana nun!)
(kenapalah tak namakan je, Shah Alam?)
Kalau orang Melayu nak namakan anak ikut tempat.
Kuala Kangsar, Kajang, Kuantan, Masai?
Macam tak sedap je bunyi.
Kalau nak bagi pun.
Bagilah nama tempat yang sedap sikit.
Macamlah kat tempat omputih sana nun.
Semua tempat bagus bunyinya.
Tak pun.
Dulu ada aku baca suratkhabar.
Nama anak dia.
Siti Malaysia.
Apakah!
Tapi nama Siti Tanjung Perak sangatlah nostalgic.
Aku suka dia berlakon.
Nama buah pulak.
Apple (anak Gweneth Palthrow).
Kalau orang Melayu.
Namakan Durian.
Memang dia gantung diri bila besar nanti.
Aku tak boleh makan durian.
Sebab tu aku dengki.
Cis.
Nama bulan.
Sedap je nama anak omputih bila namakan.
April, June.
Habis tu.
Kalau orang Melayu.
Nak namakan September ke?
Cikgu: Januari, awak tak buat kerja sekolah ke?
Tapi.
Ada jugak nama Melayu.
Aku dengar ikut nama hari.
Sabtu, Isnin, Jumaat, Khamis
Bolehlah diterima.
Kenapa ek?
Kalau omputih.
Nama dalam hari seminggu tu pun ada.
Dah nama omputih.
Semua nak diberikan nama.
Yang pelik.
Terutama Amerika sana nun.
Nak menang je kerja.
Nama pun nak menang gak.
So tak heranlah kalau dia orang tu namakan.
Anak dia.
Flat screen, Green leaves, Wardrobe, Chair, Ladle.
Kagum juga aku bila ada orang Melayu.
Berikan nama anak mereka.
Kasih. Nur Kasih. Cinta Rembulan. Siti Cinta.
Cinta Tak Beralih Arah. Nur Cinta Kasih.
Tak boleh blahkan.
Orang Korea boleh namakan anak.
Kim Sarang.
Kim I love you.
Sarang tu maksudnya.
I love you.
Kalau omputih.
Dr Love. Peter Missingyou.
Hahha. Padan muka.
Ada jugak omputih ni bagi nama ikut musim
Winter, Summer, Spring, Autumn.
Semua ada.
Tapi kalau di Melayukan.
Ada ke orang nak namakan anak.
Panas, Sejuk, Pasang aircond.
Tak derkan.
Kagum juga aku.
Orang Indonesia berikan nama anak.
Sedap je dengar.
Bunga Cinta Lestari.
Tapi ada juga.
Orang Melayu berikan nama anak.
Ros. Mawar. Orkid. Kenanga, Cempaka.
Banyak lagi.
Rasa macam ayu je bila ada bunyi cam bunga.
Tapi aku nak Along namakan anak dia Medina.
Boleh!
Kau janganlah nak namakan anak Nur Korea sebab kau suka sangat dengan K-pop ye! Atau Muhammad Rain Bi. Eh.
***