.
.
.
Hari sabtu kelmarin.
Baru aku perasan.
Asrama budak2 depan apartment ni lengang.
Memanglah lengang.
Semua balik kampung kot.
Cuti dari sabtu hingga rabu.
Hari Jumaat ramai dah balik.
Tengok kat TV, macam rayalah pulak.
Jalan jem ke seluruh Korea.
Sabtu the whole day.
Rancangan TV yang sepatutnya omputih.
Semua tukar jadi filem Korea atau Cina atau Hong Kong atau Taiwan.
Semua kisah tradisional yang lawan melayang atas udara tu.
Termasuk IP man.
Yang bestnya.
Pembaca berita dan pengacara semuanya pakai baju tradisional Korea.
Hanbuk dan entah apa lelaki punya tah.
Sangat cantik mereka pakai.
Jarang orang Korea nak pakai gini.
Since sabtu ialah thanksgiving dia orang.
Maka hari tu sepatutnya mereka ziarah kubur.
Letak makanan atas meja dan sembahyang di situ.
Doa untuk ancestors.
So masa ni memang banyak yang pakai baju tradisional tu.
Ingatkan hari sabtu je.
Rupanya hingga hari ahad.
Baru aku teringat.
Di Malaysia pun ada acara tu.
Fakulti aku kan sebelah kubur Cina.
So tiap tahun, memang ada acara ziarah kubur bagai.
So semalam layan cerita yang bukan omputih.
Masih lengang di HUFS.
Macam masa cuti sem ritu je.
Tinggallah kami semua lecturer dari luar negara.
Sebab itulah di seluruh dunia.
Kedai berasaskan Korea tutup.
Ya, along.
Kedai Korea di midvalley tu tutup sebab dek ini.
Blog along cerita hal kedai Korea tu.
So hari ni, harung lagi hingga rabu.
Actually selasa esok tak ada acara.
Hari ni cuti pun sebab choseuk day jatuh hari sabtu.
So senin cuti.
Selasa student minta cuti dari aku.
Aku bagi je.
Hari rabu lak.
Hari Korea.
Konon zaman dulu, Korea ini dilahirkan.
Nanti aku citer hari rabulah.
Kang tak ada modal nak citer.
Kena paksa tengok citer Taiwan hantu lompat2 tu.
I really have to get a life!
HUFS yang lengang, Korea
***