October 31, 2012

Sup Doenjang Korea

.
.
.
Aku teringat masa kecil.
Kawan aku ditugaskan untuk memasak meehoon.
Untuk satu kelas.
Ada jamuan hari itu.

Aku pun seronoklah dapat makan.
Tapi rasa macam lain macam.
Tak sedap kot.
Rupanya bila ditanya.
Dia kata mak dia letak, alamak dah lupa apa namanya.
Kacang tanah yang diperam tulah.
Apa namanya.
Itu yang tak ingat tu.
Dah tak suka.
Haaa, taucu. taucho?

Tapi.
Sampai sini.
Memang sup orang Korea ni kena campur ni.
Weh.
Sedap walawei.
So aku pun masaklah.

Letak paste taucho tu.
Letak cili serbuk Korea.
Letak tahu.
Letak cendawan halus.
Letak sotong.
Letaklah apa ikut suka.

Pastu makan.
Wohooo.
Sedap lak tu.
Nama Korea kalau tak salah aku.
Doenjang-jigae.
Mana aku tau namanya.
Aku hentam je.


pandai masak rupanya aku ni







Kalau makan tahu selalu.
Kulit jadi mulus heh!












Kohreana

***

Sakitkah Aku?

.
.
.
Jadik external examiner bukan kerja senang.
Kerana.
Penuh dengan cerita novel sedih.

aku terima dengan perasaan sangat gembira. dapat mengubah perasaan aku untuk beberapa minggu ini. aku teruja


setelah berminggu-minggu mengadap ini sahaja. aku memang telah berubah. aku menjadi lebih pandai melipat halaman. sigghhhh






Aku harus recuperate dari semua ini.
Aku harus keluar.
Aku harus bermain dengan air terjun di sini.
Biarlah sejuk pun.
Aku rela.









Tolong!



****

October 30, 2012

Sejuks Tak Boleh Fikir

.
.
.
Sejuk giler hari ni weh.
Terus cari baju wool winter.
Lagi pun aku ada kelas till malam.
Ya, pukul 6 dah gelap gulita.
Camner lah bulan disember nanti.
Pukul 4 dah gelap malam.
Maka aku kena jadi catwoman kah?





Dah.
Aku nak pergi kerja.
Ceh, poyo!






Koreah

***

October 29, 2012

Foggy Morning

.
.
.
Dah beberapa pagi.
Kabus putih sangat tebal.
Kalau aku berdiri di tingkap living room ni.
Langsung tak nampak asrama student kat depan.
Pokok kat tepi bukit sebelah apartment aku ni pun.
Aku tak nampak.

Apatah lagi gunung yang tersergam indah.
Kat depan mata aku tu.

Tapi apapun.
Memang takkan dapat foggy gini di Malaya.
Terus rindu Malaya.
Pagi yang nyaman.
Dengan bunyi godzilla.
Godzilla?

Actually bunyi godzilla tu.
Bunyi enjin bas pepagi buta.
Bunyi tekan minyak bas tu.
Sebijon bunyi movie godzilla sedang bernapas.

Kemudian kalau mendung pagi.
Ada bau nak hujan.
Aku sampai hafal bau nak hujan.
Dah bertahun-tahun kot aku hidup.
Takkan tak tau bau nak hujan.



Dah.
Hari ni minggu 9.
Minggu lepas aku cuti seminggu.
Punyalah panjang minggu tu.
Bila tak buat apa.
Lambat masa berlalu.






Korea

****

7 Wonders of the Muslim World

.
.
.
Discovery Channel.
Sangat best.
Tapi oleh kerana di Korea ni.
Banyak sangat iklan.
Aku tengok pun macam dokumentari.
Yang melompat-lompat.
Terus macam tak ada flow yang cantik.

Well.
Dokumentari ni tunjuk.
7 masjid yang unik di dunia.

Alhamra di Spain.
Blue Mosque di Tunisia.
Djenne di Mali
Isfahan di Iran
Badshahi di Pakistan
Mekah

Lagi dua aku tak tahu.
Sebab dek iklan tu.
Masa tengok sangat best.
Pastu tuit dek iklan.
Lepas habis iklan.
Terus lompat ke scene lain.
Which yang tak ada kaitan.
Dengan yang sebelumnya.

Sigh.

Tapi bangga kot.
Ada 7 wonders of the Muslim World.
Discovery Channel pulak tu.
Rasanya ada kat youtube kot.
Sila tengokkan.
Pastu bagi tau aku.






Korea yang banyak sangat iklan

***

October 25, 2012

Deadliest Catch 2

.
.
.
Semalam sedang asyik aku.
Tengok.
Deadliest Catch.
Ternampak.
Salah satu crew kapal tu.
Baru bangun dari sujud.
Dan duduk antara dua sujud.

Terus aku kagum.
Ada orang Islam dalam kalangan geng.
Omputih ni.
Memang bukan Arab.
Atau Bosnia.
Tapi omputih tulen.

Tapi kamera tu tunjuk kejap jelah.
Tak nak dia tunjuk lama.
Kang kontroversi.
Tapi aku puas hati.




Terus nak jadi nelayan.







Korea

***

Menjelang Raya Esok

.
.
.
Malam tadi dah terbayang.
Nak buat nasi goreng.
So aku pun masak nasi goreng sotong.
Actually semalam tengok TV.
Orang Korea mencandat sotong.
Macam best je.
Tapi sotong dia pendek je.

Aku masukkan.
Perencah nasi goreng.
Perencah sambal.
Masukkan nasi.
Masukkan sotong.
Telur 2 bijon.

Aku tak letak garam.
Sebab aku ni tak suka masin.
Try makan dulu.
Dengan kimchi.
Sambal ubi kentang.
Fuhh.
Sedap giler kot.

Terus hantar ke Diana sebelah.
Kalau sedap barulah share.
Kalau tak sedap.
Kau makan sorang.

Bil aku bulan ni sure melambung.
Aku tak tahan sejuk.
Sejak dua tiga minggu ni.
Single digit je pulak celciusnya.
Mana tahan.

Esok raya.
Wohey.
Aku makan apa ada aje.
Ikut rancangan TV malam ni.
Rasa nak bayam Korea.
Tapi tak pernah lak jumpa bayamnya.








Korea

***

October 24, 2012

Jom Tukar Nama

.
.
.
Nama anak omputih.
Kalau nama tempat.
Paris, Sydney, Brooklyn, Jordan.
Sedap je bunyi nama tu.
Boleh diterima pulak tu.
(actually nama Sydney tu, nama anak adik aku di Amerika sana nun!)
(kenapalah tak namakan je, Shah Alam?)

Kalau orang Melayu nak namakan anak ikut tempat.
Kuala Kangsar, Kajang, Kuantan, Masai?
Macam tak sedap je bunyi.
Kalau nak bagi pun.
Bagilah nama tempat yang sedap sikit.
Macamlah kat tempat omputih sana nun.
Semua tempat bagus bunyinya.
Tak pun.

Dulu ada aku baca suratkhabar.
Nama anak dia.
Siti Malaysia.
Apakah!
Tapi nama Siti Tanjung Perak sangatlah nostalgic.
Aku suka dia berlakon.

Nama buah pulak.
Apple (anak Gweneth Palthrow).
Kalau orang Melayu.
Namakan Durian.
Memang dia gantung diri bila besar nanti.
Aku tak boleh makan durian.
Sebab tu aku dengki.
Cis.

Nama bulan.
Sedap je nama anak omputih bila namakan.
April, June.
Habis tu.
Kalau orang Melayu.
Nak namakan September ke?
Cikgu: Januari, awak tak buat kerja sekolah ke?


Tapi.
Ada jugak nama Melayu.
Aku dengar ikut nama hari.
Sabtu, Isnin, Jumaat, Khamis
Bolehlah diterima.
Kenapa ek?
Kalau omputih.
Nama dalam hari seminggu tu pun ada.
Dah nama omputih.
Semua nak diberikan nama.
Yang pelik.
Terutama Amerika sana nun.

Nak menang je kerja.
Nama pun nak menang gak.
So tak heranlah kalau dia orang tu namakan.
Anak dia.
Flat screen, Green leaves, Wardrobe, Chair, Ladle.

Kagum juga aku bila ada orang Melayu.
Berikan nama anak mereka.
Kasih. Nur Kasih. Cinta Rembulan. Siti Cinta.
Cinta Tak Beralih Arah. Nur Cinta Kasih.
Tak boleh blahkan.

Orang Korea boleh namakan anak.
Kim Sarang.
Kim I love you.
Sarang tu maksudnya.
I love you.

Kalau omputih.
Dr Love. Peter Missingyou.
Hahha. Padan muka.

Ada jugak omputih ni bagi nama ikut musim
Winter, Summer, Spring, Autumn.
Semua ada.
Tapi kalau di Melayukan.
Ada ke orang nak namakan anak.
Panas, Sejuk, Pasang aircond.
Tak derkan.

Kagum juga aku.
Orang Indonesia berikan nama anak.
Sedap je dengar.
Bunga Cinta Lestari.
Tapi ada juga.
Orang Melayu berikan nama anak.
Ros. Mawar. Orkid. Kenanga, Cempaka.
Banyak lagi.
Rasa macam ayu je bila ada bunyi cam bunga.



Tapi aku nak Along namakan anak dia Medina.
Boleh!







Kau janganlah nak namakan anak Nur Korea sebab kau suka sangat dengan K-pop ye!  Atau Muhammad Rain Bi. Eh.

***






October 23, 2012

Breakfast di Korea

.
.
.
Semalam the whole day hujan.
Hujan lebat ok.
Lepas tu.
Siap ada batu lagi.
Kecik2.

Cuaca gelap seharian.
Macam hati aku.
Aku pun malap sekali.
Tak produktif langsung.
Tengok TV.
Tengok online movie.
Yup.
Aku tengok TV sambil tengok online movie.
Ikut suka je tengok dua.
Matakan dua.

Diana hantar lauk semalam.
Aku terus teruja.
Lapar je memanjang.
Sedap giler.
Masakan minang yang dimasak oleh Freddie.
Tapi semalam, Diana kata, dia masak.

Baru aku perasan.
Iklan TV Korea ni.
Banyak iklan kosmetik.

breakfast aku di satu pagi tapi bukan di rumah. aku suka bayam celor tu. lempeng korea tu pun sedap tapi anggur tu langsung tak sedap. bau wangi giler kot terus tak termakan

kau tengok kimchi sampai dua bekas besar. ni kalau bawak balik, aku bawak sekali dengan bekas tu



sebab tulah side dish masakan Korea ni percuma. sikit je kot. kalau takat kacang ni ditumis dengan ikan bilis, aku sekali suap je. bawang putih tu aku tak nak

aku tak minat mackeral ni. agak hanyir. so aku tak makan pun

aku suka terung goreng ni. goreng dengan bawang. sedap sebab goreng dengan minyak bijan

kimchi ni memang sedap. penuh berpalut cilinya. yummy

ni cili. ala2 sambal belacan tapi cili ni sedap sebab ada telur ikan.
kau nampak side dish percuma tu. ada labu rebus, cendawan saute, bunga teratai, telur burung puyuh dan banyak lagi. tapi bentuk sikit setiap satu meja.



maka aku pun trylah cara makan orang Korea. ambik daun bijan. letak nasi sikit. letak terung goreng tadi dan letak sambal telur ikan. fuuhhhh memang best giler kot. daun bijan tu rasa cam kelat2 sikit.







Dah siap pun sarapan aku pagi ni.
Burppppppp!
Alhamdullillah.








Korea


****

October 22, 2012

Janji Widad

.
.
.
Widad dah sign agreement.
Dengan aku.
Dia kena update blog.
Tiap 3 hari kena dua post.
Jika tidak.
Dia kena banned twitter.
Dia macam poyo bila tak ada twitter.
Oleh itu.
Aku gunakan kuasa aku.



Blog Widad.







Ibu yang kejam. 

***

Exam Week HUFS

.
.
.
Minggu ni dah minggu ke 8.
Untuk student HUFS ni.
Memang di sini.
Jumlah 16 minggu belajar.
Minggu 8 mid semester exam.
Minggu 16 final exam.

So minggu ni minggu 8.
Subjek aku memang tak ada mid semester exam.
Aku tak buat.
Di Malaya pun aku tak pernah nak buat mid sem exam.
Takkan di sini kena buat.

Oleh itu.
Aku cuti seminggu.
Wohey.

Ek eleh.
Takat cuti tapi duduk rumah.
Buat menderkan.

Kalau dapat ke Busan makan seafood pun sedap.
Tapi tak leh nak pergi sorang pulak.
Kena tunggu kanak datang minggu depan.

Pagi ni hujan pulak.
Aku pun pasang heater lantai dan atas.
Panas sikit niha.
Actually dah rasa2 cam nak demam.
Itu yang pasang heater.





Amir Khan bawak mak dia buat haji di Mekah.
Aku nak ikut gak.





Korea

***

Nor Hidayati

.
.
.
Kau baca 10 novel ye!
Heh.
Tengah busy dengan tesis.
Sempat baca 10 novel.
Cis.

Mesti kau jawab.
Taklah.
Bukan 10 tapi 3 je.
hehhehe.
Kan betul.
Kau baca novel.

Tak apa.
Bacalah.
Kena enjoy belajar jugakkan.
Jangan lupa tengok wayang jugak.
Cerita yang bagus je.
Kalau takat cerita hantu.
Baik tak payah.


Tapi ingat.
Ada lagi tinggal 4 bulan.
Untuk siapkan satu tesis tu ye.
By the time aku balik.
Sudah ada di atas meja.





Kahkahkah.
Aku sedang gelak kejam.






Korea

***



Good Luck to Lurpak

,
,
,
Good Luck to Lurpak.
For your viva.
Kami doa dari jauh.
Just do you best!




Balik Malaya nanti.
Bolehlah selalu dengar.
Perkataan Dr Hamimah.









Korea

***

October 20, 2012

Aku Sayang Dia

.
.
.
Aku keluar juga hari ni.
Yakni semalam.
Mesti keluar.
Sebab bahu aku ni sakit giler kot.
Mesti menyampah dengar pasal bahukan.

Camner sakit bahu?
Well.
Bahu keras kejung.
Both.
Pastu berdenyut-denyut.
Tak leh buat kerja.

Ikutkan kata ada orang ni.
Ikut fahaman dan pandangan dia.
Ada hantu tersangkut kat bahu aku tu.
Sebab aku sakit dah bertahun-tahun.
Dah try macam-macam.
Urut.
Segala mak nenek punya urut.
Termasuk dah buat MRI.
Dan inject di bahu lagi.

Tapi still gitu gak.
Hal hantu sangkut tu.
Ada aku tengok movie Korea niha.
Memang ada banyak hantu sangkut kat bahu dia.
So dia always sakit.
Aku tak kisah hantu nak sangkut ke tak.
Janji rupa hantu tu, ada macam RAIN.
Aku rela dia sangkut kat kepala pun.
Ceh.
Gatal.

So semalam ke Dr Hanseul.
Dia pun cek.
Dia rasa nadi.
Tangan kiri aku.
Dia cuba 3 kali.
Dalam hati aku.
Peganglah banyak kali pun.
Aku relakan.

Pastu dia panik.
Dia try tangan kanan aku lak.
Amboi naik seronok kau pegang tangan aku, heh.
Pastu dia cakap.

la la la la la la la la yo.
la la la la la la la la yo.

Pastu aku jawab.
Deh?

Dia pun cakap lagi.
la la la la la la la la yo.

Pastu dia cakap.
la la la la la yo.
Aku pun terus jelir lidah.
Dia pun kata.
la la la la la yo.

Aku pun cakap.
Deh.

Kau faham tak?
Itu yang aku dengar.
la la la la.
Tapi aku tahu.
Dia cakap.
'Awak tak sihat hari ni ke?'
Pastu aku jawab.
'Ya'.


Kau tengok.
Aku faham Dr Hanseul tu cakap.
Cayalah.
Lepas ni bolehlah kita berhubungan mesra.

So aku pun kenalah banyak jarum.
Kali ni sakit giler kot.
Sampai aku terjerit manja.
Ahhh. (sila bunyi manja di sini)


Dia pun jawab.
la la la la la yo.
Aku pun jawab.
Gwenchana yo euisa songsengnim.
Saranghei yo.
Tak aku tipu.

Mana boleh nak cakap I love you kat diakan.
Kehkehkeh.
Gatal.

Actually dah tua ni.
Gatal sebab dengan harapan.
Dia bagi harga murah untuk setiap consultation.
Tapi.
Dia memang tak romantik.
Sebab harga sama je semalam.
Cis.
Penat berlakon manja.
Penat berlakon sayang kat awak.

Bencik!















Korea

***

October 19, 2012

Aku Dapat Email Ini


.
.
.
 안녕하세요. 교수님 하리스코입니다.



저희 쪽에 접수해 주신 논문 확인후 연락을 드렸으나, 통화가 되지 않아 이렇게 메일로 연락 드려봅니다.


기간은 최대 2주 정도 소요 되어지실 예정이시며, 그 안에 완료 되어지는 대로 바로 보내드리도록 하겠습니다.



감사합니다.






Oleh kerana nak tahu gak.
Apa makna email ini.
Maka aku pergi ke google translate.





HelloProfessor Hari Scottsdale.



Mail to do so, and offered contact our side who have received paper check, but do not call contact apologize to view.


Takes up to two weeks treatment period yisimyeo, are complete in him, as I'll send'll.



Thank you.







Ada rasa macam nak bunuh diri tak?
Aku tak.
Sebab aku faham bahasa Korea kat atas tu.
Tipu.
Aku tak tahu setabuk pun.
Aku nak berlagak kejap sebab duduk Korea.
















Korea

***

October 18, 2012

Keluar Asap Kepul-kepul

.
.
.
Maka aku pun berjalanlah ke bus stop.
Mak ai.
Sejuk betul pagi ni.
Sakit rahang aku menahan sejuk.
Saper suruh kau tahan sejuk kat rahang?

Teringin gak nak pakai baju plastik belon winter tu.
Tapi tak ada orang pulak yang pakai.
Walaupun pagi ni 7 darjah.
Bercakap pun asap keluar.
Namun.
Budak Korea ni nak bergaya.
Sanggup kesejukan dengan cuma.
Pakai jaket nipis.

Hishhh.
Aku sejuk kot.
Kang aku pakai baju winter.
Kena gelak pulak.

Bagi dia orang ni.
Takat 7 darjah.
Macam berdiri kat peti ais je.
Sebab di Korea ni.
Kalau sejuk.
Maknanya -25 darjah.
Tak mainlah takat 0 -9 darjah tu.

Maka.
Aku pun sudah sampailah ke opis ni.
Walaupun kerusi dalam bas tu.
Sejuk bukan main.

Tak apa.
Nanti tahun depan.
Aku buang jaket ni.
Aku tak nak dah pergi mana-mana.

Eh, jap.
Aku nak ikut Along ke New Zealand.
Nak sewa caravan round New Zealand.
Muhammad tu nak ikutlah ye.
Cium pipi ibu dulu, baru dapat ikut.
Sayang ibu tak?
Tak sayanglah tu.
E-mail ibu pun sekali dalam 4 bulan.
Ceh.

So.
Demi segalanya.
Kau tahan jelah dengan cuaca ni, DrNotts.
Usia kian tua kau tu.
Akan menyerlahkan lagi kedutan ketika sejuk ini.






Aku benci.
Aku benci sebab jaket aku tak lawa.







Korea

***

Pepagi Buta

.
.
.
Terbangun pagi kot.
Sangatlah pagi.
Pukul 2 pagi dah terkebil-kebil.
Pastu perut cam lapar.
Menderlah pepagi buta dah kebulur.

So setelah berhempas pulak melelapkan mata.
Aku akhirnya bangun.
Pening kepala sebab terlebih tidur ke.
Sebab malam tadi tidur pukul 10pm.

So bangun dan kemas rumah segala bagai.
Aku pun senduk nasi.
Haha.
Kau makan nasi pepagi buta?








Aku nak kuih manis!








kat lif apartment, jumpa orang Korea ni. dia beli bakul ni online. 20,000 won untuk satu. oklah tu. terus aku nak. macamlah tak boleh nak ambik kat carrefour alamandakan.







Kabus betul pagi ni







****

October 17, 2012

Pokok Itu Ada Hantu?

.
.
.
Aku habis kelas at 6pm semalam.
Dah hampir malam.
Jomlah kita tengok pokok.



punyalah banyak anak tangga bila nak turun. nasib baik turun. kalau naik, dah sure aku gelongsor kat tepi tu

ni dari tangga aku nak turun. nampak tak yang bulat tengah2 tu. itulah open stage yang selalu ada concert tu. sebelah tasik yang cantik tu. jap lagi aku lalu gak

ni nak turun tangga tadi. sepanjang jalan ni memang pokok cherry blossom aka sakura. now dah hampir tukar ke kuning emas daunnya

ni hala naik ke atas lagi ke fakulti aku tapi aku separuh jalan ni

ni hala balik ke rumah. aku jalan ok.

sepanjang jalan ni memang cherry blossom. bayangkan masa masuk spring ritu. semua daun tu adalah bunga warna putih yang sangat cantik. lepas bunga semua jatuh, barulah daun keluar. nampak tak hujung lampu tu ada apartment. well, itu memang bukan apartment aku. ok tak kelakar. aku punya apartment sebelum tu sikit. kau tengok betapa jauh aku jalan.

daun cherry blossom ni kalau malam, macam berlampu je.
lorong gelap kena masuk kalau nak ke apartment aku semalam. aku gagahkan juga lalu sini sebab dekat. sampai je aku ke apartment, memang dah gelap gulita. kenapalah gambar ni blur. dah sah2 kamera ni nak kena buang.
ni waktu pagi. sebelum ke kelas semalam. pokok dah mula gugurkan daun. terus nak jadi alleycat. 'berguguran daun jatuh lembut ke tudungku. melahirkan suasana indah'. saper nak hadiahkan aku kamera?

amazingly, pokok daun merah ni, masa mula2 masuk spring, daunnya warna merah, lepas tu tukar ke hijau, now tukar ke merah semula. aku nak kamera lumix juga tapi kecik ye. tangan aku kecik so tak nak DSLR.

ni minggu lepas. daun cherry blossom masih hijau. semalam dah kuning semuanya




nilah daun cherry blossom aka sakura. warna dah hampir nak kuning semuanya.  



Minggu depan dah sure semua daun gugur ke bumi.
Nantilah aku ambik gambar dengan kamera nak kena buang ni.





Semalam tak berapa sejuk.
Aku bawa payung sebab panas.
Tapi aku tinggalkan payung dalam almari opis.
Sebab dah malam masa balik.

Pagi ni hujanlah pulak.
Nasib baik ada payung lagi satu yang hampir nak kojol.
Guna jugalah walaupun senget.

Bila hujan.
Dah tentu student ada yang terus mengaku sakit.
Cis.
Aku cakap kat student.
Kalau ada group member tak datang.
Semua group member dapat kosong.

Terus dia orang panik.
Call sana sini.
Setengah jam kemudian.
Semua datang.
Miahahahhahhahahha.

Kau jangan main dengan haku ni.
Ponteng sebab hujan adalah sangat kerja tak pandai.
Ceh.







Korea


***

October 16, 2012

Deadliest Catch di Korea

.
.
.
Deadliest Catch.
Best giler kot.
Teringat masa di Radford Grove Lane.
Kerja tengok ni je.
Kat Discovery Channel.

Tapi kat Korea ni.
Kalau deadliest catch ketam tu.
Kecik je ketamnya.
So macam tak thrill.
Besar sikit dari tapak tangan.
Pastu orang Korea suka makan ketam tu mentah2.
Yup, makan semua isi dan segala mak nenek dalam ketam tu, ok.

Nantilah aku try makan mentah.
Mungkin aku akan bertukar jadi Ha Ji-won










Korea

**

October 15, 2012

Autumn Ni

.
.
.
Autumn dah ni.
Cuaca sejuk dengan sedikit matahari.
Student sudah mula pakai jaket cantik.

Dari jauh.
Kelihatan.
Seorang tua sedang berjalan terhegeh-hegeh.
Jaket merah.
Kasut camper lusuh.
Pijak batu pun terasa.

Berjalan dengan payung.
Warna hitam polka dot pink.
Siap dengan ropol di keliling.





Memang ayu kau DrNotts!














Korea yang mula sejuk bila nak menaip ni.


***

Untukmu

.
.
.
Dia.
Mendengar segala cerita dari hati.
Mengangguk bila dimarahi.
Bergegas ke kedai jika ada yang minta itu dan ini.
Menjaga adik-adik saban hari.


Mempunyai cita-cita tinggi.
Tumpukan kehidupan kini.

Aku.
Aku cuma mampu berdoa.
Termakbul apa yang diimpi.
Aku cuma berdoa setiap kali.
Dia bahagia dengan apa yang dihajati.

Selamat hari jadi anakku.
Semuga satu hari nanti.
Kau punya anak yang baik hati.
Yang menunggumu setiap hari.





Mama sayang awak no matter what.
Nanti tahun depan.
Awak datang ke Korea lagi untuk jemput mama balik.





Pagi yang indah dan umur anakku dah 28 tahun kini.



Happy Birthday Sr Siti Nur Aliaa Roslan









its her birthday today peeps!



Korea

***

October 14, 2012

Hong Kong di Korea

.
.
.
Ada Chow Yun Fatt di TV Korea pagi ni.
Gulp.
Aku sangatlah peminat setia Chow Yun Fatt.
Aku suka kalau dia berlakon dengan Maggie Cheung dan Dodo Cheng.
Tapi pagi ni dia dengan si comel Leslie Cheung.


A Better Tomorrow.
Tapi.
Chow Yun Fatt mati akhirnya.
Ah, sadis.

Apapun.
Aku layan lagu si Leslie Cheung ni.
Ada sorang blogger ni memang peminat setia Leslie ni.
Tapi Leslie ni mati bunuh diri.
Mati terjun bangunan.
Senang betul nak matikan!

Kau jangan bunuh diri pulak Chow Yun Fatt.
Kita sebaya kot.





I have to get a life peeps!























October 12, 2012

Keledek Sambal Goreng

.
.
.
Since Jumaat aku memang tak kerja.
Aku kena masak.
Apa lagi kalau bukan kentang sambal.
Fridge aku tu penuh dengan bahan mentah.
Tapi cukup tak lalu.

So mentara aku boleh nak telan kentang sambal ni.
Aku makan jelah.

Nak kata giler kentang pun giler kentanglah.


Oh ye.
Aku buat keledek sambal kot.
Saja nak bagi benda baru.
Keledek sambal.

Cer try.






Giler keledek

***

Academician Tak Boleh Mencarut Atau Sebut Kata Bodoh in Public

.
.
.
Pernah tak.
Bila tengok TV.
Cerita yang romantik sikit.
Bila habis pelakon tu bercakap.
Kau tersengih sorang-sorang.
Sampai mulut kau ternganga sikit.

Tiba-tiba kau sedar.
Lepas tu nak elak malu pada diri sendiri.
Kau cakap.



Bodos punya cerita.





Ek eleh.
Aku buat selalu kot!










***










Dia Lambai Aku Pun Lambai

.
.
.
Kelas tengahari semalam.
Aku dah onkan video.
Pastu aku pun duduk.
Sambil memerhatikan student.

Pastu aku terdengar orang ketuk pintu kelas aku ni.
Aku ingatkan dalam video tu.
Rupanya ada orang di pintu kelas aku tu.
Aku nampak di cermin kecik.
Macam orang melambai.

Aku ingatkan student nak masuk.
So aku lambai balik.
Tanda suruh dia masuk.
Pastu dia lambai lagi.
Dahlah mata tak berapa nak nampak.
Cermin di pintu kecik kot.

Dalam hati aku.
Amboi.
Student ni, nak kena berjemput pulak ke!
Masuk jelah.

Lepas tu beberapa ketika baru teringat.
Macam rupa boss aku je.
Huh.
Aku terus bergegas bangun dan keluar.
Memang betullah boss nak jumpa aku.






Moral cerita.
Mintak mahap cepat!








Sangat Foggy Pepagi Buta di Sini

****


 

October 11, 2012

Muka Depan Majalah

.
.
.
Awal giler aku bangun rini.
Apa taknye.
Aku tertidur pukul 10 malam tadi.
Dah tak ada cerita di TV yang aku tak tengok.
Semua dah hafal.


Kalau takat cerita Korea semuanya tak ada subtitle.
Memang terkeluar otak nak bagi paham.
Oleh itu, aku pakai agak je cerita tu pasal apa.

Aku ni.
Kalau kerja di rumah.
Mesti onkan TV.
Kena bising sikit dalam rumah.
Sebab kalau senyap, aku akan senyap sambil tidur.


Kalau ikutkan orang yang normal.
Boleh mati kebosanan hidup cara aku.
Nasib baik aku tak normal.
Eh.

Nak pergi ke Mohyeon pun aku tak larat.
Sebab fikir, kalau pergi pun.
Kena angkut barang dalam beg pack.
Pastu kena daki bukit ke apartment.
Erk.
Sangat tidak exercise bagi aku.
Baik aku masak sambal kentang.
Biarlah giler kentang sekalipun.

Minggu ni ada konvo di UPM.
Nasib baik tak ada di Malaya.
Kalau tak, dah sure kena bertugas.
Kena duduk depan masa student ambik sijil.

Tapi tahun depan.
Aku nak bertugas.
Sebab anak aku akan konvo.
Maisarah punya graduation tahun depan.
Wohoo.
Aku nak tempah seluar panjang baru yang ada bedazzle.
Atau aku jahit labuci di bahagian bawah seluar.
Bahagian kaki je.
Dah kena pakai jubah, so tak guna pakai baju cantik.
Seluar panjang berlaboci je sesuai.
Apakah?

Tahun depan student aku pulak konvo.
Kena pergi ni.
Student masters aku konvo tu.
Norhidayati konvo.
So kena siapkan tesis tu cepat.
(wajah ketap gigi!)

Tahun 2014.
Along pulak konvo.
Dah DR anak akukan.
Biar dia stress baca blog aku ni.
Biar dia macam guilty sebab tak buat article.
Muahahhahhaha.






Dah.
Seronok buat orang rasa bersalah pepagi buta ni.




















Sejuk di Korea

***



October 9, 2012

Sejuk Pun Gitu

.
.
.
Hari ni cuaca sejuk sikit.
Matahari tak berapa nak keluar.
Walaupun kena pakai jaket sebab sejuk.
Student perempuan masih pakai seluar pendek.
Ke kelas aku.




Nak kata apa ek, DrNotts!
Pakailah, pakailah, pakailah







Koreana

***

Hari Ahad Lepas

.
.
.

7 Oktober.
Aku dapat tiga mesej dari Widad dalam twitter dia.
Dalam blog Widad.
Dalam e-mail Alim.
Dalam blog Maisarah.
Dalam gtalk Along.


Rupa-rupanya.
Birthday aku.
Cis.





Itu pun aku tak ingat!




Dah 51 kau ye DrNotts!













Kohrea



***

October 8, 2012

Yeongju - Part 5 - Jejaka Handsome

.
.
.
lepas breakfast terus naik gunung lagi. kali ni aku dapat sepesel treatment. oleh kerana dia orang tahu aku tak boleh panjat gunung, maka aku disediakan sorang driver dengan 4 wheel lagi. hahahha. ni pun budak driver tu ambikkan gambar. actually budak ni staf mayor tu

adalah sikit tangga aku naik. dia tolong pimpinkan. pastu aku terus surrender dan dia siap cakap dalam bahasa Korea, kalau nak naik atas tu lagi, dia boleh dukungkan. macam drama Korea yang aku kena naik atas belakang dia tu.

ni keter dia ni. so naik gunung dengan kereta tapi kat bangunan lama atas tu kena naik tangga. so aku berdua dengan dia je

dia tak pendek tapi dia rendahkan diri dia supaya sama tinggi ngan aku bila bergambar. suka kau ye drnotts. ada orang hantarkan kat atas tu


of course aku sampai dulu dalam bas. orang lain sampai termengah2 dan bau ketiak busuk sebab berpeluh turun naik gunung tu

pastu kami pergi apple picking. masa kat UK tak buatlak kerja ni





dapat petik 4 apple dan free ok


bapak labu. ini lauk setahun pun berlebih2 ni

pastu kami pergi ke sekolah confucious yang pertama. tempat ni pun shooting untuk drama THE SLAVE HUNTER


pastu gi lunch. ni bergambar dengan anak duta serbia. dia ni vegetarian so makan dengan kami

sempat aku pergi beli ubi kentang kat kedai sebelah

pastu singgah di museum folk village keluarga Kim

Korea ni mempunyai keluarga PARK yang terbesar dan diikuti dengan keluarga KIM

ni di rumah Profesor Kim, profesor mengajar Czech language. tiada kaitan dengan Prof kim aku tu.

ni budak yang drivekan aku ke atas. dia kerja dengan mayor so dia layan kami the whole day. ikut ke mana2

ni pun kerja bawah mayor gak

kau tengok, duta serbia ni elok duduk relax dengan profesor Kim. rumah family KIM ni dijadikan museum di Korea. wah, sure dia bangga giler kan

pastu singgah ke tempat tanam ginseng. mayor datang lagi tengok kami.

pondok tanam ginseng

ahjuma tengah rehat sebab kami ramai kat ladang ginseng tu

aku sempat beli keledek dari ahjuma pakai baju purple ni. aku nak beli pun 2 biji je

pastu dia bagi 3 bijik untuk 3000won. lepas tu aku pergi. pastu lak aku dengar dari jauh dia panggil aku. dia jalan cepat sebab nak bagi aku lagi sebijik keledek. lerr, aku cakap, 'tak payahlah' gwenchana. dia nak bagi gak, terus aku nak ambik gambar dengan dia. terus aku rasa muka aku berkedut.. ceh

sempat lalu kat sawah lagi. beras kat korea ni pendek dan gemuk

abaikan jari jemari yang montok tu.

orang lain buat aktiviti cabut ginseng. aku tak minat. so aku tumpang pinjam ginseng orang lain dan bergambar.

nilah driver merangkap orang bawahan mayor yang nak kendung aku di belakang dia. itu pun punya payah nak bercakap dengan dia sebab dia tak tahu sangat english. kalau tidak, dah sure jadik menantu aku. by the way, aku tak naik atas belakang dia ye. bagi dia adalah normal untuk dukung orang tua cam aku. sebab itu cara orang Korea untuk hormat orang tua tak larat cam aku ni.








Dah sekian.
Balik TKO.









Yeongju, Korea



****