June 18, 2012

Mereka Pulang Tapi Barang Pos Korea Express

.
.
.
Pulanglah mereka semua ke kampung halaman.
Aku agak terkejut jugak.
Bila ada dua lori Korea Express kat depan asrama student.
Rupanya setiap semester akan jadi gitu.

Student akan beli kotak kat lori tu.
Isi barang.
Dan pos.
Ni pos yang datang depan pintu.

Masa ni teringat kalau kat Malaysia.
Student bawaklah beg besar sendiri.
Naik bas hingga puduraya.

Ni tiap semester kena kosongkan bilik.
So manja dan spoil betul dia orang ni tak reti nak bawak sendiri.
Kena pos pulak.

So adalah troli kalau nak pinjam.
Troli leper yang biasanya orang angkut barang tu.


jual kotak, selotape dan gunting. yang belah kanan tu dah siap nak hantar je.

actually taklah mahal mana pun. tengok rege kat tepi tu.

so Korea Express akan bertenggek kat asrama selama 4 hari. Dari khamis, jumaat, sabtu dan ahad.

ni lori lagi satu. tak bukak lagi sebab kena penuhkan lori tadi

lori ni panjang sikit dari yang tadi kot. dah semua student pos barang


So agak sibuk 4 hari tu.
Ke hulu ke hilir student hantar barang.
Kalau hal sampah tu lagilah menggunung.
Cleaner kena buat extra kerja gamaknya.
Kesian ajumma dan ajushi yang mengemas tu.



Dah.



Mohyeon, Korea

***