June 8, 2012

Apa Lagi Yang Kau Nak Ni?

.

.
.

Masa aku ada anak kecik dulu.
Memang tak cukup tidur.
Masa tu cemburu tengok orang lain.
Yang punya anak yang dah boleh berlari.
Dan dengar cakap.

Masa anak aku dah boleh berlari dan dengar cakap.
Aku tak terkejar mereka tu.
Panjat kerusi. Makan bersepah.
Memang dengar cakap.
Tapi cakap bahasa dia.
Aku cemburu tengok orang lain yang anak dia dah pergi sekolah.
Dah tak panjat.
Dan dengar kata.

Masa anak aku dah masuk sekolah.
Aku tak terkejar pulak.
Dengan tantrum remaja dia.
Tak nak buat homework.
Kena suruh semua kerja.
Aku cemburu tengok anak orang yang dah masuk uni.
Senang nak jaga.

Masa anak aku masuk uni.
Aku tak terkejar dengan cara dia belajar.
Belajar ikut suka namanya.
Aku cemburu pada orang lain.
Yang tak perlu nak fikir pasal anak.
Sebab anak dah besar.

Bila anak semua dah kerja.
Aku cemburu pada suasana.
Ibu bapa yang beranak kecik.
Yang nampak tenang dan main dengan baby.
Aku suka baby.
Aku tunggu cucu pulak.


.
.


Tapi.
 .
.
.
Aku tipu.
Aku tak mahu nak start from square one.
No way.

.
.
.
Aku nak relax now.
Aku boleh buat apa aku suka.
Aku nak duduk Korea ke.
Eh, aku memang tinggal di Korea.
Aku tak nak tinggal kat mana-mana ke.
Suka hati aku.
 .
.
.
.
Tak.
Aku tipu.
Semua itu tipu.
.
.
.
Alim masih sekolah lagi.
Baru 13 tahun kot.
.
.
.
Tak ada motif cerita di atas.
Saja nak cerita.
Sebab aku tengah tengok TV di SBS ni.
Tengok iklan.
Sejibik cerita aku di atas.



P/S Rupanya cycle yang aku buat dengan anak aku, juga diperhatikan dek orang lain. Dan orang lain pun cemburu tengok aku. Deng!

.

Mohyeon, Korea.

***