.
.
Dah dua kali aku jumpa ajushi kening lukis ni.
Sejak berbulan dia shift pagi kot.
Sebab tulah aku tak jumpa dia bulan lepas tu.
Actually ajushi ni memang mempunyai kening yang macam dilukis.
Agaknya tiap pagi, dia akan pakai eye liner.
Tapi perfect betul.
Takkanlah dia buat gitu tiap pagikan.
So Widad dapat conclusion.
Which yang aku sendiri tak terfikir.
Widad cakap.
Ajushi tu tatoo kening dia.
Sebab tu perfect giler.
Betul gak tu.
Mungkin dia suka nampak kening gitu.
So dia tatoo bagi cantik.
Good idea tu.
Pandai gak Widad ni ek.
Sedangkan dia cuma jumpa ajushi tu.
Banyak kali jugak.
Jeling-jeling kat ajushi ke, Widad!
So, dah dua hari aku naik bas dengan ajushi.
Dalam minggu ni.
Walaupun bas hingga ke Woori bank je.
Aku tetap naik bas jugak.
Hari Isnin ritu.
Ajushi ingat aku nak ke fakulti.
Sedangkan bas cuma sampai bank je.
Dia sanggup nak hantar.
Aku terus cakap.
Gwenchana ajushi. Chonun Woori banker! (sambil tunjuk ke arah bank. bank kena sebut 'er' hujungnya)
ok, fine, aku cakap entah apa.
Tapi dia faham.
Miaahhahhaha.
So untuk semua orang yang nak berkenalan dengan ajushi kening lukis.
Aku ada ambik gambar.
Tapi tak lah clear.
ni bas ajushi kening lukis. tak ada orang sangat masa cuti ni. so biasanya aku sorang je |
inilah ajushi kening lukis. biasanya aku akan tengok kat cermin atas tu. memang terang kening dia lukis. tatoo bak kata widad. sakit tu tatoo kat kening |
ni dia tengah phone. oit, kau telefon masa bawak bas ni. ingat bas kau ke. eh, iyo |
Semalam dia siap ada mood baik lagi.
Dia siap cakap.
Anyeong hi gaseyo!
Aku pun cakap.
Kamsamnida.
Anyeong hi geseyo!
Betul ke aku cakap tu?
Lantak kau DrNotts.
Sebut apa je. Janji bunyi Korea.
Since siang cepat aku otomatik bangun awal. awal giler kot!
***