.
.
dalam kelas student final year ni, memang ramai yang pandai tapi dia orang stress sebab kena prepare untuk interview kerja bagai |
apa kenalah student korea yang gemar tarik2 rambut ni. |
ni student suka tarik rambut tadi. dia habis yang paling akhri sekali |
ni exam kelas lain. kau tengok korea ni punya aircond or heater kotak tu. bunyi pun macam motoboat |
kelas ni tak ramai. ada 10 orang je pun. |
student ni masuk je exam dia tidur. dah setengah jam exam aku suruh dia bangun. kau tengok dahi merah dia tu. baru bangun tidur. bila tengok paper, bukan dia jawab mender pun |
ni sorang lagi student dari 10 orang tu. dia ni selalu nak melawa je ke kelas. ada sekali tu dia pakai baju biasa dan aku cakap kat dia yang barulah nampak macam student. dia sengeh je |
ni Kihoon. student yang selalu tak datang sebab mabuk soju malam sebelumnya. entah apa yang dia tutup kepala. rupa2nya dia tak basuh rambutlah tu sebab habis exam terus pakai topi |
dia jalan dengan aku balik ke apartment. siap hantar ke depan pintu apartment lagi. aku panggil dia won-bin. nama betul dia yeong-bin. suka hati aku jekan! |
ni kelas lain. kau tengok student pakai seluar pendek je ke kelas. hishhh |
ada yang pakai selipar jamban. kalau student aku kat malaysia pakai selipar gini, dah lama aku halau keluar dah |
Habis dah exam mereka.
Aku dah masukkan markah hari Jumaat lepas.
Aku habis masuk markah pukul 12 tengahari.
Pukul 2 petang, dah bertubi e-mail masuk.
Student merayu untuk naikkan markah.
Aku terkejut kejap.
Takkan cepat sangat student tau markah.
Rupanya, memang terus online je markah tu.
Di Korea ni, memang kes percaya apa yang lecturer bagi markah.
Tambahan, kalau Profesor yang bagi markah.
Pihak uni takkan bantah.
Oleh kerana e-mail rayu tu banyak.
Aku baca tapi buat bodo.
Sebab kalau aku layan tukar markah satu student.
Semua student nak markah lebih.
Aku takkan naikkan markah.
Kau dapat itu.
Memang itulah aku bagi.
Sekian.
Mohyeon, Korea
****