Manchester, United Kingdom.
Kalau tak salah aku, dah beberapa kali aku ke airport Manchester ni. Yang penting, airport dah pergi banyak kali tapi Manchester city atau Old Trafford Stadium aku langsung tak pernah pergi. Memang kira ketinggalan banyak aku ni. So, aku nak cuba recall jap hal Manchester airport ni.
1. Jemput arwah Mak di Manchester airport
2. Jemput abang sulung aku di manchester airport
3. Jemput adik aku dari US di Manchester airport
4. Hantar abang sulung aku pulang ke Malaysia di Manchester airport
5. Hantar mak aku pulang ke Malaysia di Manchester airport
6. Hantar adik aku pulang ke US di Manchester airport
7. Jemput Dr Aien dari Malaysia di Manchester airport
8. Aku dijemput oleh rakan di Manchester airport dari Malaysia
9. Aku pulang ke Malaysia di Manchester Airport
10. Jemput cousin aku dan anak dia di Manchester airport
Ler, 10 kali je pun. Aku ni teringat sebab hari khamis lepas yakni 30 september, aku pergi dengan Along ke Manchester airport untuk menjemput cousin aku dan anak dia. Anak dia akan buat masters so mak dia hantar dulu. Bagus betul cousin aku ni, boleh hantar anak ke universiti lagi.
Entah bilalah dapat aku tengok stadium Old Trafford yang famous tu walaupun aku sendiri tak suka hal bola ni.
***