October 15, 2010

Beda

Radford Grove Lane, Nottingham.




Di sana: Hari-hari makan di restoran.
Di sini: Hari-hari kena masak (haish!).


Di sana: Kerja macam tak hengat dunia.
Di sini: Tak perlu kerja. Rehat serehat-rehatnya (hehehhe)


Di sana:  Perlu keluar setiap hujung minggu untuk bersantai.
Di sini: Tak perlu keluar kerana sejuk dan setiap hari memang bersantai.


Di sana:  Banyak dateline.
Di sini:  Dateline tu haper?



Di sana:  Pakai kasut dan bersetokin untuk pergi kerja.
Di sini:  Pakai kasut dan bersetokin untuk pergi keluar (sama je).



Di sana:  Pelbagai  hantu jadi bualan dan memang menyeramkan.
Di sini:  Hantu jenis Vampire aje. Contoh Jasper yang handsome tu.


Di sana:  Ada dining table untuk sesekali makan makanan bungkus.
Di sini:  Beralaskan saprah dan duduk atas lantai.



Di sana:  Kain baju hantar dobi.
Di sini:  Kain basuh sendiri guna tangan. Tak payah perah sangat, buat sakit tangan je.


Di sana:  Senyum pada jiran.
Di sini:  Elak dari jumpa jiran Poland.


Di sana:  Maisarah beli groceries.
Di sini:  Along beli groceries (aku rehat).


Di sana:  Kena pergi beli baju dua minggu sekali.
Di sini:  Baju tshirt tiga helai pun cukup untuk setahun.


Di sana:  Fridge penuh dengan makanan bungkus.
Di sini:  Fridge penuh dengan makanan mentah untuk dimasak.


Di sana:  Sebulan sekali perlu pergi holiday.
Di sini:  Hari-hari holiday.


Di sana:  Elak dari reunion.
Di sini:  Terfikir kalau pergi reunion jadi apa!


Di sana:  Sambut birthdays anak-anak di restoran pilihan mereka.
Di sini:  Sambut birthdays dalam hati.


Di sana:  Malas nak keluar sebab panas.
Di sini:  Malas nak keluar sebab sejuk.



Di sana:  Full of meetings.
Di sini:  Full of chillings.


Di sana:  Beli kek kat secret recipe.
Di sini:  Buat kek sendiri.


Di sana:  Masa cepat berlalu.
Di sini:  Kadangkala lupa tarikh.


Di sana:  Lalu sekali di kubur terus seram sejuk.
Di sini:  Lalu lalang setiap hari tiada perasaan (rumah aku depan kubur tu!)


Di sana:  Air mineral semua tak sedap.
Di sini: Air paip sangat sedap dari air mineral dan tak perlu untuk dimasak.


Di sana:  Bil letrik RM600 sebulan.
Di sini:  Bil letrik GB20 sebulan (RM100)


Di sana:  Sangat rajin tulis paper untuk jurnal.
Di sini:  Bapak malas.


Di sana:  Boleh siap paper jurnal dalam masa sehari bila data ada.
Di sini:  Data dah berlanar pun masih belum mula menulis lagi.


Di sana:  Suka tengok cerita Korea.
Di sini:  Tak mahu mula obses lagi. Aku taubat!


Di sana;  Widad sangat malas belajar.
Di sini:  Widad lagi malas belajar. Jom sekeh dia.


Di sana:  Alim suka mengomel dan memberi pendapat dia pada orang lain.
Di sini:  Alim still suka mengomel sambil merempan kalau pendapat dia tak boleh pakai. Jom sekeh jugak.


Di sana:  Along suka keluar berjumpa dengan kawan-kawan sekolah, universiti dan kawan kerja. 
Di sini:  Kena pergi sekolah untuk belajar dan duduk rumah lepas tu (padan muka).


Di sana:  Maisarah malas kemas rumah.
Di sini:  Maisarah kena leter dengan aku suruh kemas rumah.


Di sana:  Muhammad manja dengan aku.
Di sini:  Muhammad manja dengan aku.


Di sana:  Aiman akan jenguk aku sebulan sekali di ofis.
Di sini:  Aiman akan miscall aku sebulan sekali. 


Di sana;  Lana gembo-gembo.
Di sini:  Lana tomei-tomei.


Di sana:  Miza nampak penat bekerja.
Di sini: Miza jadi ibu penyayang bila tengok gambar Lana di facebook dan blog.



Penat.


***