October 13, 2010

Garit

Radford Grove Lane, Nottingham.

Tiga hari lepas, mata kiri aku bergarit. Orang tua-tua kata, kalau mata bergarit, kita akan menerima berita buruk dan menangis. Ye ke? Selang dua hari kemudian, mata kanan pula bergarit. Orang tua-tua kata, akan menerima berita baik.  Dalam hati aku, biarlah mata kanan je yang bergarit. Hari ini, aku masih tak paham, apa orang tua buat masa dulu bila mata  kiri bergarit. 

Orang tua zaman dulu, sila jangan bagi petua atau kata-kata yang membuatkan orang risau.


Masa nilah aku nak tapak tangan kanan aku gatal. Boleh sepak orang!

***