October 9, 2010

2nd Chance

Goose Fair, Forest Field.

Kali kedua pergi ke Goose Fair. Ingatkan dah tobat tak mahu pergi semalam tapi bila petang tadi je, mereka ni dah menggeliting nak ke sana. 

 Ride yang pertama mereka ni naik. Yang jaket warna pink tu, si Widad.

Yang ni ride kedua. Bulat dan tak perlu pakai seat belt. So berpusing dengan laju so badan melekat kat dinding. Alim je yang sanggup naik ni. Berani budak ni. Eh, mana si Alim ni??

There you are, Alim! The first person yang naik atas tu. Tak muntah ke nanti?



Nak muntah je, Along belikan Alusmitai untuk mereka. Widad dah terjelir nak makan Alusmitai sebab dia dah macam pening naik ride pertama kat atas tu. Orang lain makan Alusmitai tak meleket jari tapi si Widad dan Alim, habis meleket seluruh tangan. 


Dengan gigihnya mereka ni berjalan kaki dari rumah ke Goose Fair. Bak kata Alim, 'It is just like, I walk to school everyday.' Memanglah sama, sebab sekolah Alim berdepan dengan Goose Fair tu. Dey!

***