October 5, 2010

Aiman

Radford Grove Lane, Nottingham.

Oleh kerana semua anak-anak aku tak ambil SPM (kecuali Muhammad), so mereka perlu ambil kertas bahasa Melayu Julai. So si Aiman ni sejak balik Malaysia dah tiga kali cuba ambil kertas bahasa Melayu ni. Pertama kali dia buat, dapat lulus je. Kali kedua gagal terus sebab tak pergi ujian lisan. Kali ketiga tahun ni, aku pastikan dia pergi untuk dua-dua kertas lisan dan tulisan. So semalam dia online dengan aku dan cakap, dia dapat credit C. Finally, berjaya juga anak Melayu ni dapat credit. Phewww. Nak kerja kerajaan mesti dapat credit bahasa Melayu ok.

By the way, anak-anak aku sekolah di UK dulu. Tinggal di sini selama 6 tahun cuma. Sebab tulah tak buat SPM dan bahasa Melayu macam payah. Along dan Maisarah buat paper bahasa Melayu Julai  dua tahun lepas elok dapat credit je pun. Agaknya anak lelaki ni payah banyak kot!

Good Job, Aiman! Bolehlah mama tidur lena untuk seminggu ni.

***