October 28, 2010

Booking

Radford Grove Lane, Nottingham.


Pagi tadi dah booking holiday ke Venice, Italy. Easter break nanti! So meanwhile, kena book untuk ke Sweden, Portugal, Budapest, Amsterdam, Paris juga. Tapi yang lain tu booking dalam mimpi kot!


****

Media

The Bluecoat Technology College, Nottingham.


Memang aku yang akan dapat sijil berikut tahun hadapan:

1. Media Creative

2. IT 

3. Counseling 

4. Script Writing



 Widad, sila weep!


***

Mercun

Radford Grove Lane, Nottingham.


Since bonfire night makin hampir, maka banyaklah jual mercun, bunga api dan segala bagai. Ada blast o'mania yang cuma 20 pound untuk sekotak, super missile yang harganya 20 pound juga, sonic blast, meteor shower, sparkiling treasure, 18 tnt gold sparklers and pelbagai lagi. Semua harga lebih kurang je. Ada catalogue untuk semua ini dan boleh juga dibeli di kedai biasa dan supermarket.


Tidak perlu untuk seludup untuk beli semua ini. Yang paling bagus, tiada yang putus jari atau buta atau terbakar separuh badan, seluruh badan atau mati sebab main bunga api atau mercun.


Ada sesiapa berminat untuk bakar duit nanti!



****

Konon

Radford Grove Lane, Nottingham.



Kononnya hendak pergi outing ke Manor Farm di Loughborough. Sudah browse website. Memang sangat interesting. Ada loads of owls, donkeys and a few others. Kalau hendak pegang owl tu, bayar satu pound. Naik keldai, bayar dua pound kot! (Macam tak pernah naik keldai! eh, memang pun tak pernah)


Tapi kanak-kanak bangun pukul 11 pagi ini! Memang tak boleh hendak pergi sebab nanti kena rush balik untuk solat zuhur. So cancel untuk hari ini.


Padan muka awak semua! Duduk rumah masa term break ni! huahuahua!


***

Doner

Hyson Green, Nottingham.



Oleh kerana balik dari Arnold which yang lama dan memenatkan, si Along terasa agak lapar sedangkan dia sudah makan dua sudu nasi sebelum keluar tadi, maka kami pun berhenti di Khyber Pass untuk membeli Lamb Doner yang bau harum sampai ke London. Memang terasa nak makan dalam kereta lagi tapi sila beri peringatan pada diri aku yang aku memang tak boleh makan malam. Sighhhhhh, rugi satu nikmat dunia!

So Along dan Widad telah kenduri lamb doner malam ini!

Burppppppp, memang bukan aku ok!


****

Malam

Radford Grove Lane, Nottingham.


Kami semua keluar malam ni. Malam? Baru pukul 6.05 petang dan di luar dah gelap. Orang sini, kalau dah gelap maknanya malam sedangkan setiap hari dah semakin cepat gelap walaupun jam masih menunjukkan siang. Anyways, kami semua akan keluar ke Arnold kejap lagi!

Maghrib pukul 5.46 petang hari ini (Puasa hari tu, maghrib pukul 9 malam!)


***

Maisarah

Radford Grove Lane, Nottingham.

Lip lap lip lap, Maisarah akan masuk ke semester 3 degree di UPM. Aku memang bangga! Tapi CGPA mesti second class upper to first class, kalau tidak, akan ku sekeh sekuat hati nanti! Bila balik Malaysia nantilah maksudnya!



****

Along

School of Geography, University of Nottingham.



Aku tengok sekolah si Along ni memang macam rupa tajuk sekolah dia. Agak gloomy sikit! Bayangkan National Geographic, macam itulah rupa sekolah dia. Tapi seronok dapat tengok bangunan tu! Lagi pun aku takkan dapat pergi lagi nanti dalam masa yang terdekat ni sebab sejuk. Akan pergi bila dia dah dapat ofis yang cantik dari ofis aku di University of Leicester (13 tingkat punya dan aku di tingkat 11). Hahahaha, tak dapatlah, John. Takkan nak lawan ofis Mama yang cantik dari ofis UPM tu kot!



****

Dua

Radford Grove Lane, Nottingham.



Sudah dua kali, si Maisarah dan Muhammad keluar tengok wayang pada hari rabu. Maisarah kata, hari rabu lady's day so dapat tiket murah sangat. Habis tu si Muhammad guna tiket apa?

Call dua kali di rumah dan mobile phone Muhammad langsung tak berangkat. Ada yang nak kena buang mobile phone ni!

***

Lagi

Sherwood Forest, Nottinghamshire.



Kami ke Sherwood Forest lagi hari ini. Memang seronok sangat! Takkan bosan walaupun berjuta kali ke sana. I love nature which yang aku ambil gambar memang banyak tapi Along dan Widad langsung tak minat untuk tengok.


Youngsters nowadays, ceh!


***

Masa

Radford Grove Lane, Nottingham.



10 hari = 80 jam = 4800 minit = 288000 saat, 

untuk aku membaca semua blog, teka-teki, web dan segala bagai sebelum keputusan dibuat.




***

October 26, 2010

Plan

Radford Grove Lane, Nottingham.



Sebelum datang sini, aku buat 20 plan. Salah satu plan, aku ingin sangat hendak pergi Portugal dan Sweden. Sweden tu sebab aku nak cari tempat kumpulan favourite aku, ABBA. Portugal tu, macam tak ada sebab je! Tapi aku rasa puas hati sebab aku ada plan. Jadi atau tak jadi, sekurang-kurangnya aku ada plan. 

Dalam plan tu juga ada perancangan hendak beli rumah bersebelahan dengan rumah Michael Owen. Jauh sikit pun tak apa!

Itu cuma plan aku.

***

October 25, 2010

Muhammad

Radford Grove Lane, Nottingham.


Perbualan telefon pada pukul 2 petang tadi.


'Ibu, Mamat ada berita buruk ni,' kata Muhammad dengan suara perlahan.


'Apa pulak lagi ni! Memanjang berita buruk dari awak,' jawabku sambil mengunyah cokelat M & M.


'Mamat terhilangkan remote control aircond bilik ibu!' sebut Muhammad dengan suara yang lebih perlahan dan lembut.


'Macamana boleh hilang? Kan memang ibu letak atas katil!' tanyaku lagi dengan suara yang agak tinggi. 'Awak buat apa dengan remote tu?'


'Mamat tidur kat atas katil ibu sebab rindu kat ibu. Masa tidur tu  rasa macam nak sepak Kakak, rupa-rupanya tersepak remote control dan remote control tu terjatuh ke bawah katil so sekarang ni agak malas nak cari!' terang Muhammad dengan tenang.


Memang sah balik Malaysia nanti, aku sekeh dia dulu.


***

Hati

Radford Grove Lane, Nottingham.


Walaupun aku di sini tampak tenang dan senang hati, tapi hati aku gundah gulana terkenangkan anak-anak aku yang bersepah di Malaya. 


***

October 24, 2010

Buku

Radford Grove Lane, Nottingham.


Buku siri dua, Heroes of Olympus written by Rick Riordan sudah keluar. Author yang sama tulis Percy Jackson.  Alim's favorite author. Alim dah mula kumpul duit elaun. Harga buku GB12.50 dan sekarang dia ada 50p. 

'Really a long way to buy the book, mum!' kata Alim dengan wajah syahdu.


****

October 22, 2010

Millie

City of Nottingham.



Beli 2 kotak besar Millie's cookies with milk chocolate di Victoria Centre. Cita-cita nak menambah berat badan di hujung minggu.




***

October 21, 2010

Salah

City of Nottingham.


Aku ingin ke bank di city. Aku rasa seperti sejuk tetapi kurang pasti. Aku pakai sehelai tshirt dan satu winter wind breaker jacket yang sangat tebal. Thats it! Sampai di city rasa macam malu sikit sebab semua orang masih pakai baju autumn yang kurang tebal. Tetapi aku tidak peduli, aku harus teruskan niat aku walaupun macam tak kena. Aku tak rasa sejuk langsung. Tapi bila aku selisih dengan orang ramai, aku lihat, semua orang berpeluk tubuh bila berjalan, menggeletar, bibir biru, dan hingus yang hampir keluar. Aku senyum. Padan muka semua orang! 

Hari ini 4 darjah celcius.

Aku memang pakai baju yang betul rupanya.


***

October 20, 2010

Kalau

Radford Grove Lane, Nottingham.



Suatu pagi yang hening.

'Kalau diberi extreme makeover free, apa yang kau nak ubah?' tanya A kepada B sambil tersenyum.

'Aku nak jadi kaya, nak pergi shopping tak payah tengok tag harga, beli kasut di mana ada orang yang tolong sarungkan kasut tu, mansion yang tiga kali besar dari sekolah aku, ada jet sendiri, baju baru yang aku pakai sekali dan lepas tu aku buang, aku boleh buat filem mengenai aku dan banyak lagi lah dan aku nak belikan rumah batu sebesar kampung aku tu untuk mak bapak aku,' bebel si B tanpa henti. 

'Apa yang kau bebel ni? Bongok ke apa? Aku tanya lain, kau jawab lain. Makeover?  Changing apprearance. Muka, badan, telinga, hidung dan apa saja yang kau nak ubah. Berangan taik tu!' jerit A sambil membaling kain lap meja ke muka B.

'Hmm, kalaulah....,' bisik hati A.


***

Akhir

Radford Grove Lane, Nottingham.




Akhir.




****

Excursion

Radford Grove Lane, Nottingham.


Widad beritahu aku semalam. Ada school excursion. 

Aku tanya, 'Kemana?'. 

Dia jawab, 'France'. 

Aku jawab, 'Pergilah'. 

Dia terkedu, 'Thanks, Mum? Really?'.

Rombongan sekolah Widad pergi France. Masa aku sekolah dulu, rombongan sekolah pergi Zoo negara dan Batu Caves. Itu pun jenuh minta dari Mak dan Abah. Tapi aku masih ingat kandang harimau tu hingga kini!

***

October 19, 2010

Mereka

Radford Grove Lane, Nottingham.




Gambar cucu aku ni. Lana Al-Dayyanna Aiman Mustaqim. Aku ada contribute nama cucu aku tu jugak. Yang bahagian titik tu je. Kat hujung nama. Eh, tak ada ye! Hmmmm.

Gambar diambil dari facebook Aiman dan Miza.




ni dia budak Lana  yang mempunyai dua dagu


kesian budak kecik ni

dah dua bulan lebih dah lana ni



anak aku si Aiman dan menantu aku si Miza dan cucu aku si Lana.

October 15, 2010

Beda

Radford Grove Lane, Nottingham.




Di sana: Hari-hari makan di restoran.
Di sini: Hari-hari kena masak (haish!).


Di sana: Kerja macam tak hengat dunia.
Di sini: Tak perlu kerja. Rehat serehat-rehatnya (hehehhe)


Di sana:  Perlu keluar setiap hujung minggu untuk bersantai.
Di sini: Tak perlu keluar kerana sejuk dan setiap hari memang bersantai.


Di sana:  Banyak dateline.
Di sini:  Dateline tu haper?



Di sana:  Pakai kasut dan bersetokin untuk pergi kerja.
Di sini:  Pakai kasut dan bersetokin untuk pergi keluar (sama je).



Di sana:  Pelbagai  hantu jadi bualan dan memang menyeramkan.
Di sini:  Hantu jenis Vampire aje. Contoh Jasper yang handsome tu.


Di sana:  Ada dining table untuk sesekali makan makanan bungkus.
Di sini:  Beralaskan saprah dan duduk atas lantai.



Di sana:  Kain baju hantar dobi.
Di sini:  Kain basuh sendiri guna tangan. Tak payah perah sangat, buat sakit tangan je.


Di sana:  Senyum pada jiran.
Di sini:  Elak dari jumpa jiran Poland.


Di sana:  Maisarah beli groceries.
Di sini:  Along beli groceries (aku rehat).


Di sana:  Kena pergi beli baju dua minggu sekali.
Di sini:  Baju tshirt tiga helai pun cukup untuk setahun.


Di sana:  Fridge penuh dengan makanan bungkus.
Di sini:  Fridge penuh dengan makanan mentah untuk dimasak.


Di sana:  Sebulan sekali perlu pergi holiday.
Di sini:  Hari-hari holiday.


Di sana:  Elak dari reunion.
Di sini:  Terfikir kalau pergi reunion jadi apa!


Di sana:  Sambut birthdays anak-anak di restoran pilihan mereka.
Di sini:  Sambut birthdays dalam hati.


Di sana:  Malas nak keluar sebab panas.
Di sini:  Malas nak keluar sebab sejuk.



Di sana:  Full of meetings.
Di sini:  Full of chillings.


Di sana:  Beli kek kat secret recipe.
Di sini:  Buat kek sendiri.


Di sana:  Masa cepat berlalu.
Di sini:  Kadangkala lupa tarikh.


Di sana:  Lalu sekali di kubur terus seram sejuk.
Di sini:  Lalu lalang setiap hari tiada perasaan (rumah aku depan kubur tu!)


Di sana:  Air mineral semua tak sedap.
Di sini: Air paip sangat sedap dari air mineral dan tak perlu untuk dimasak.


Di sana:  Bil letrik RM600 sebulan.
Di sini:  Bil letrik GB20 sebulan (RM100)


Di sana:  Sangat rajin tulis paper untuk jurnal.
Di sini:  Bapak malas.


Di sana:  Boleh siap paper jurnal dalam masa sehari bila data ada.
Di sini:  Data dah berlanar pun masih belum mula menulis lagi.


Di sana:  Suka tengok cerita Korea.
Di sini:  Tak mahu mula obses lagi. Aku taubat!


Di sana;  Widad sangat malas belajar.
Di sini:  Widad lagi malas belajar. Jom sekeh dia.


Di sana:  Alim suka mengomel dan memberi pendapat dia pada orang lain.
Di sini:  Alim still suka mengomel sambil merempan kalau pendapat dia tak boleh pakai. Jom sekeh jugak.


Di sana:  Along suka keluar berjumpa dengan kawan-kawan sekolah, universiti dan kawan kerja. 
Di sini:  Kena pergi sekolah untuk belajar dan duduk rumah lepas tu (padan muka).


Di sana:  Maisarah malas kemas rumah.
Di sini:  Maisarah kena leter dengan aku suruh kemas rumah.


Di sana:  Muhammad manja dengan aku.
Di sini:  Muhammad manja dengan aku.


Di sana:  Aiman akan jenguk aku sebulan sekali di ofis.
Di sini:  Aiman akan miscall aku sebulan sekali. 


Di sana;  Lana gembo-gembo.
Di sini:  Lana tomei-tomei.


Di sana:  Miza nampak penat bekerja.
Di sini: Miza jadi ibu penyayang bila tengok gambar Lana di facebook dan blog.



Penat.


***

Bunuh

Radford Grove Lane, Nottingham.


Dah keluar paper hari ini. Dah keluar TV jua. Ada orang mengadu pada polis.  Seorang bayi dibiarkan di luar rumah. Bayi itu kesejukan sambil menangis. Bila polis datang, polis  mencari ibu bayi tersebut di rumah. Polis terjumpa mayat ibu bayi itu mati ditikam. Di Aspley. Aspley tu dekat sekolah Widad. 


***

October 14, 2010

Apa

Radford Grove Lane, Nottingham.


Aku sememangnya sedang obses sekarang ni. Kalau tak tengok cerita 'Criminal Minds', mesti aku menggigil. 



***

October 13, 2010

Seremban

Radford Grove Lane, Nottingham.



Aku doakan orang di Seremban sihat.




***

Izzad

Radford Grove Lane, Nottingham.


By the way, aku lupa nak bagi tau, Izzad yang menang Malam Sayembara Puisi tu ialah penyanyi yang sangat low profile. Dia tak mahu glamour. Dia pencinta seni. Menyanyi duet bersama Misya Omar. Lagu 'Pulangkan'. Lagu Pontianak Harum Sundal Malam. Dan banyak lagi lagu-lagu lain. Suara dia memang class gitu. 

Well done, Izzad!



***

Congrats

Radford Grove Lane, Nottingham.

Baru dapat tahu semalam dari Nana, yang abang Nana, Izzad, menang dalam Malam Sayembara Puisi 2010. Dia seorang composer yang sangat berbakat. Suara pun memang sangat best! By the way, Izzad yang compose lagu aku for sabbatical ni! All thumbs up, Izzad!

Dengar lagu dia terus ada goose bumps!

http://www.youtube.com/v/lgIDWtgNrAw?fs=1&amp%3Bhl=en_US


***

Kubur

Radford Grove Lane, Nottingham.

Setiap pagi, aku akan ke tingkap dan melihat suasana yang tenang di taman di hadapan rumah aku. Aku akan mengira berapa kubur yang ada. 10 semuanya. Aku terfikir perlukah aku masuk ke dalam itu dan mengira dengan betul berapa yang ada? Hmm, tidak perlu sebab itu bukan kubur saudara mara aku pun. Setiap hari juga ramai orang akan berjalan sambil bersenam dengan anjing-anjing yang jinak. Anjing-anjing itu pun nampak sangat gembira sambil melompat-lompat dan berkejar-kejaran di dalam taman itu. Kadangkala hingga 30 ekor anjing yang kelihatan. Dalam hati aku, aku terfikir, kasih sayang yang sangat utuh di antara manusia dan anjing.

Bila malam, bau taik anjing akan sampai ke lubang surat aku. 

Memang sah nak kena baling batu anjing-anjing tu, bersama dengan tuan anjing tu sekali!


***

Puan Duktur

Radford Grove Lane, Nottingham.

Baru inilah pertama kali, aku berkenalan dengan seorang doktor perubatan yang sangat relax dan kelakar. Biasanya doktor perubatan ni macam formal banyak dan frankly speaking, sangat book worm dan always talk about facts (yup, I have a few friends yang macam tu). But this doctor ni lain (doc, sila bagi commision lepas ni!), aku suka baca blog dia sebab dia relax. So doctor, keep up the good work! (Balik Malaysia nanti, aku dapat free consultation ni!!! hehehhe).



****

Malang

Radford Grove Lane, Nottingham.


Kalau boleh elak, memang aku elakkan dari berjirankan orang Poland. Peristiwa yang sangat tak bagus di Ireland membuatkan aku jadi tak suka langsung dengan orang Poland yang sombong, kasar , cakap jerit-jerit dan memang muka pecah pintu. Semalam, semasa aku sidai kain di belakang rumah, aku terdengar seorang lelaki bercakap dalam phone. Aku dekatkan diri aku supaya aku dapat dengar dengan jelas. Haishhh, dia tak cakap bahasa Inggeris atau Perancis atau Sepanyol. Dia cakap bahasa Polish. Ceh. Aku memang kenal sangat bahasa tu. 

Jiran aku orang Polish!

***

Makan

Radford Grove Lane, Nottingham.

Aku setuju dengan Cik Lurpak bilamana, kadangkala tak tahu nak masak apa. Kat sini, memang buntu sentiasa. Hari-hari kena masak. Aku amat rindukan kehidupan di Malaysia di mana aku tak perlu masak langsung. Aku bahagia begitu. Aku boleh pilih tempat mana nak makan. Tapi di sini, aku kena akur. Aku perlu fikir, apa yang nak dimasak. Kadangkala tak lalu nak makan masakan sendiri. Sebab itulah aku ada Along. hehehhe. Biar dia aje yang masak.

So hari ini, kita makan nasi lauk telur goreng mata kerbau dengan kicap hablal. To make it interesting, kita balut nasi tu dengan daun salad. Jadi Korea kejap! 

***

Seminar

University of Leicester, Leicester.


Baru dapat email dari Dr Jessica Bain. Aku akan present di seminar pada 24 November 2010. So dia minta tajuk supaya dia boleh war-warkan. Aku masih belum mail dia lagi sebab aku masih fikir tajuk apa nak bagi. Television? Radio?  Film?  Drama? Theatre? IT? All the technologies?

Hmm, sah aku pilih Psychology!

You go, woman!


***

Ubat

Radford Grove Lane, Nottingham.


Ubat aku (muscle relaxer) yang di post oleh Maisarah tiga minggu lepas masih tak dapat lagi. Samada hilang atau telah diconfiscate! Sighhh. Boleh pengsan menahan sakit di sini!

Macam tak ada ubat kat sini je!

***

Berita

Radford Grove Lane, Nottingham.


Berita baik untuk orang lain tapi berita buruk untuk aku! Amacam? Ada berani mau sepak orang?


***

Borak

Radford Grove Lane, Nottingham.

Semalam baru dapat borak lama dengan Maisarah. Kelmarin borak lama dengan Muhammad. Macamana nak call Aiman? Kalau call kat mobile phone, mahal betul. So nantilah aku pikirkan.

***

Garit

Radford Grove Lane, Nottingham.

Tiga hari lepas, mata kiri aku bergarit. Orang tua-tua kata, kalau mata bergarit, kita akan menerima berita buruk dan menangis. Ye ke? Selang dua hari kemudian, mata kanan pula bergarit. Orang tua-tua kata, akan menerima berita baik.  Dalam hati aku, biarlah mata kanan je yang bergarit. Hari ini, aku masih tak paham, apa orang tua buat masa dulu bila mata  kiri bergarit. 

Orang tua zaman dulu, sila jangan bagi petua atau kata-kata yang membuatkan orang risau.


Masa nilah aku nak tapak tangan kanan aku gatal. Boleh sepak orang!

***

October 10, 2010

Template

Radford Grove Lane, Nottingham.


Bukan aku yang tukar template ini! 


***

Robin of Locksley

Sherwood Forest, Nottingham.

Kami berjalan di Sherwood Forest pagi tadi. Nak tengok 'Oak Tree', di mana Robin Hood dan kawan-kawan dia menyembunyikan diri. Ahh, penatlah cerita. Tengok gambar sudah! Yang penting, kami terserempak dengan Robin Hood aka Robin of Locksley. Kat belakang salah satu pokok di bawah.


Perjalanan yang tak sampai sejam pun.

 Masuk je terus nampak sign board ni!

 Sejuk

Letih

 Singgah

 Kedu

 Mana

 Gagah

 Selinap

 Celah

Gigih

 Kongsi

 Putar

 Tua 
(Old Oak Tree-terpaksa letak besi keliling (tujuan tumpang dahan yang sudah tua) dan berpagar (supaya orang tidak masuk dan ukir nama atas pokok).

 Sorok

 Ramping

 Cantik


 Ingin

 Serabut

 Semua

Sila bayar


Aku suka.

****


October 9, 2010

Alim

Radford Grove Lane, Nottingham.




Ni kerja sekolah Alim masa di Limerick, Ireland. Lupa nak uplaod ritu. Dia belajar Gaeilge. Hmm, aku sendiri tak faham. Dia belajar kat sekolah tu seminggu je tapi terus faham apa semua di atas. Siap baca dengan lancar. Gaeilge tu bahasa Irish, ye encik!

Ya, tulisan dia buruk!

***



Bukan

Radford Grove Lane, Nottingham.

Aku baca semua comment. Memang aku baca. Cuma kekadang tak sempat nak balas comment tu. Jangan kecil hati atau kecewa. Aku suka baca. Aku suka tulis. Buktinya, kekadang aku senyum sendiri baca semua comment. Aku juga buka blog orang yang hantar comment tu. Aku senyum. Aku sengih. Kekadang aku ketawa baca. Sehari aku boleh duduk depan laptop ni hingga berjam. Bukan tak ada kerja. Memang ada. Banyak kerja. Tapi aku luangkan masa untuk baca blog orang lain. Aku hargai tulisan mereka. Mungkin sebab aku suka sengih. Mungkin sebab aku suka senyum. Mungkin sebab aku suka ketawa. Semua itu diri aku. Yang suka segala. Kalau pun tiada tempat untuk comment, aku tetap baca blog. Aku tetap baca semua. Aku suka berada dalam diri penulis. Mungkin sebab aku suka baca. Mungkin juga. Mungkin lepas baca aku boleh tulis kertas yang boleh aku bentang di merata dunia. Mungkin juga. So far, sudah ada 7 kertas yang boleh aku tulis. Terima kasih pada semua. Terima kasih jua. 

Sabtu yang aneh!

****

2nd Chance

Goose Fair, Forest Field.

Kali kedua pergi ke Goose Fair. Ingatkan dah tobat tak mahu pergi semalam tapi bila petang tadi je, mereka ni dah menggeliting nak ke sana. 

 Ride yang pertama mereka ni naik. Yang jaket warna pink tu, si Widad.

Yang ni ride kedua. Bulat dan tak perlu pakai seat belt. So berpusing dengan laju so badan melekat kat dinding. Alim je yang sanggup naik ni. Berani budak ni. Eh, mana si Alim ni??

There you are, Alim! The first person yang naik atas tu. Tak muntah ke nanti?



Nak muntah je, Along belikan Alusmitai untuk mereka. Widad dah terjelir nak makan Alusmitai sebab dia dah macam pening naik ride pertama kat atas tu. Orang lain makan Alusmitai tak meleket jari tapi si Widad dan Alim, habis meleket seluruh tangan. 


Dengan gigihnya mereka ni berjalan kaki dari rumah ke Goose Fair. Bak kata Alim, 'It is just like, I walk to school everyday.' Memanglah sama, sebab sekolah Alim berdepan dengan Goose Fair tu. Dey!

***

Kanaks

Radford Grove Lane, Nottingham.





Dia ni banyak tolong aku di sini, di sana dan di mana-mana. Thank you.



Di Malaysia sekarang, dia ni banyak tolong aku. Thank you.



*Anak-anak yang lain, sila tunggu. Sebab tiada gambar nak upload.
***

Nama

Goose Fair, Forest Field.

'When I was small, I love this 'Alusmitai,' kataku sambil menelan air liur. Anak-anak aku ternganga seketika. 'Alusmitai? What is it, Mum?' tanya mereka sambil menggaru kepala. 

Aku jawab, 'Cotton candy!'.



Alim dan Widad makan 'Alusmitai' yang dibeli di Goose Fair setelah pening kepala naik ride. Yummy!

***

Rides

Goose Fair, Forest Field.



Inilah ride yang kanaks, Widad dan Alim, naik dan lepas tu menyesal tak sudah. Rasa nak muntah segala! Ada sesiapa yang berani mau cuba?


***

Minyak

Fiat Punto, Nottingham.

Hari ni cuba isi minyak kereta penuh sebab malas nak singgah banyak kali. Baru 43 pound. Murah je. Tapi kalau convert to Malaysian ringgit, silalah kali dengan 5. Boleh pengsan masa tu jugak!

Truck aku kat Malaysia pun cuma RM140 je kalau isi penuh!

Ceh!

***

City

City of Nottingham.

Bawa cousin dan anak dia ke city bersama Along. Mark and Spencer ada sale! Meraung di luar kedai seketika.

***

October 8, 2010

Maisarah

Radford Grove Lane, Nottingham.

Pagi semalam Maisarah call just to wish me Happy birthday. Auwww, so sweet! Mahal harga tu!

Aiman miscall me really early in the morning just to inform me that he is trying to wish me Happy birthday! Sweet too! (aku ni telepathy ok)

***

Pagi

Radford Grove Lane, Nottingham.

Rancangan TV pepagi buta ni bukan menarik pun. So aku pun tengok apa je including Takashi Castle. Hentam jelah Labu. Rancangan ni macam tahun 70an punya je!

***

Message Muhammad

Radford Grove Lane, Nottingham.


komfem wahai bunda ku
by the way
mamat ad sumting important nak bg tau ibu
tp ni antare dunia dn akhrirat
janji ibu jgn mrh
n jgn bad mud
bnde yg mamat nk bg tau ialah

HAPPY BDAY MUM
pnjang umo n murah rezeki
ingat mamat yg cmel ni
jgn lpe duit rye
ur age is becomeing younger n younger
from 17 to 18
bak kate alim 'awk nak ap bang'

takecare k mum

luv u loads

muah.. 

***

Facebook

Radford Grove Lane, Nottingham.

Aku terharu menerima semua ucapan selamat hari jadi kat facebook. Aku sudah balas setiap satu ucapan itu dengan jayanya. Terima kasih sekali lagi. 

 
***

Cekodok

Radford Grove Lane, Nottingham.


Along masak pasta curry and malam dia goreng cekodok pisang. The best birthday celebration ever with the cekodok pisang of course!


***

Kanaks

Goose Fair, Forest Field.

Along bawa Widad dan Alim ke Goose Fair petang semalam. Widad dan Alim naik satu ride. Berpusing hingga 360 darjah gamaknya. Terus nak muntah dan pening. Sampai rumah, Widad cakap, 'no more'.' Dia tak mahu naik apa rides pun lagi. Macam pening tak lepas tu. Dalam hati aku, 'syukur, jimat duit aku'. hehehhe.

***

October 7, 2010

7 Oktober 2010

Radford Grove Lane, Nottingham.

Al-kisah, birthday aku! Yup, dah 49. Tua makcik nia!

***

GF

Forest Field, Nottingham.

Sejarah Goose Fair yang tengah hot kat padang sekarang. 

The fair dates back more than 700 years and was once said to be Europe's biggest. The consensus among historians is that the fair probably started just after 1284, when the Charter of King Edward I referred to city fairs in Nottingham. Until 1928 it was held in Old Market Square in Nottigham city centre, but it was moved because of redevelopment of the area.




The Goose Fair started as a trade event and enjoyed a reputation for its high-quality cheese, although it is now known for its rides and games. Its name is derived from the thousands of geese that were driven from Lincolnshire to be sold in Nottingham.



Originally, the fair was held in September on 21 September, but in 1752, with the change to the Gregorian calendar, it moved to early October. The duration of the fair was shortened from eight days to three days in the 1800s.

Nottingham Goose Fair is considered by most to be one of the most prestigious fairs in the UK.

It is now held at the Forest Recreation Ground. After the turn of the 21st century its length was increased again to four days, for the 700th anniversary, and was kept like this afterwards.





*semua di atas ambil dari google.com

Kesimpulannya, aku memang akan buat shooting kat Goose Fair.
****