December 13, 2016

Korea Pun Ada Nasi Arab dan Karipap Ikea

.
.
.

Masa jemput alim kat airport hari Jumaat lepas, aku cuma terbayangkan barangan yang aku kirim kat aliaa and maisarah je. hahhahha. Semuanya makanan. Beg pun berat kemain. Ambik 40kg kot. Still tak muat. Ada yang kena tinggal. Nangis. 




Along yang belikan paling banyak. Ada rempah segala bagai. Cili kicap pedas. Sos linggam. Kiub bilis dan tomyam knorr. Cokelat zip. Satay frozen (nanti aku upload gambar). Daging salai frozen (beli kat KL kot). Meggi alim dan banyak lagi makanan. Yummsssssss. 

Yang penting kiriman ialah bekalan ubat aku selama lagi 7 bulan. Ubat cardio dan high blood. Kalau tak makan kang, menyusahkan orang lak nanti di Korea ni. 

bungkusan surat khabar tu semua frozen foods. wuhuuu. tu yang boleh patah bahu nak angkat. aku cuma angkat satu beg kecik pun cam nak pengsan. alim elok je angkat dua beg besar naik bas.

nasi arab you ol. ni memang suruh along beli dan frozenkan kambing tu. perghhhh memang still sedap. aku suruh beli 4 set. dua hari settle makan dengan alim. 

kirim karipap ikea. suruh maisarah pi beli pastu frozenkan. hahaha dapatlah 20 ketul sebab yang lain tinggal di Malaysia. uwaaahhhhh. nak suruh buat sendiri? no way. rasa lain kot.

kirim kat aiman. keropok kacang dal ke kacang hijau. dia beli kat banting. memang habis dalam 2 minit walaupun lenguh rahang aku mengunyah. 






Yang benar,
DrNotts yang tak sudah2 nak makan.




Yongin, Korea

***