December 21, 2016

Kakao Talk with Students Sini

.
.
.
Aku key in markah semalam. Markah finale. Lebih kurang pukul 11 pagi. Dah selesai semua masuk markah dan grading. Pastu tunggu seminit. Berdesup2 mesej masuk dalam kakao dan email. Aku agak dah. 



Kat sini, kita masuk je markah, student dah boleh tengok kat portal dia. Tak ada melalui proses timbalan dekan akademik nak luluskan ke, bawak mesyuarat ke, memang nehi. So kuasa mutlak kat kita yang mengajar.


Tak kiralah kau handsome ke, lawa ke, comel ke, atau rupa sebijon retis drama Korea, kau tetap akan dapat gred yang tak best kalau kau tak study. Comprende!!



So semalam aku busy mengajar samsung dan jawab emel student. 





Yang benar,
DrNotts yang rasa famous jap layan peminat kat kakao dan emel




Yongin, South Korea

***