February 14, 2013

Monologue Si Tua

.
.
.
1. Minggu ni banyak janji. Janji dengan orang. Selasa kelmarin janji jumpa di satu lokasi. Nasib baik jumpa walaupun lambat. Ingatkan istilah janji Melayu je tapi rupanya orang Korea lagi teruk janjinya. Kami borak dan jenjalan.

2. Janji nak keluar hari rabu semalam tapi aku cakap, tinggalkan aku dulu. Korang pergilah. Aku dah mula bersin dari hari Isnin dan selasa lagi teruk. Entah dapat dari mana selsema ni. Malam tu telan actifed. Terus tko.

3. Maka semalam (rabu), aku pun saja jalan ke bawah. Dalam hati, nak ke gwangju. Pastu tak nak. Pastu nak. Pastu tak nak. Pastu nak. Sambil berkelana sorang diri, ternampak keter biru. Eh, itu macam Song (Profesor Korea). Dia ajak naik keter dia. Dia tanya nak ke mana. Aku cakap nak cari buah di emart.

4. Maka, aku ikut Song. Dia uruskan tugas di opis dulu. Pastu baru gerak ke emart. Setelah makan which yang aku rasa semua makanan tawar sebab aku selsema kot, kami pun naik atas beli barang. Aku gunakan keter Song untuk angkut barang banyak. Aku kena makan banyak buah untuk vitamin C. Orang tualah katakan.

5. Selesai di emart. Song ajak ke Orange factory. Orang Korea sebut Orange factory ini dengan cara O-ren-ji factory. Ada outlet macam2 brand di situ. Aku yang sedia ada setuju sebab tamu akan datang semula petang nanti, so aku ada banyak masa siang hari ni. Maka terbeli satu handbag Tommy Hilfiger. Mahal nak juling tapi macam cantik je. 315,000 won. Cuba kalikan dengan 3 untuk dapatkan duit Malaysia. Ada diskaun sikit. Lepas beli menyesal sebab baru teringat, aku bukan pakai handbag pun. Aku pakai bagpack untuk pergi kerja dan handbag memang tak perlu. 

6. Wuduk, solat, mengaji dan berdoa betul2 dapat memberi ketenangan. 

7. Lain hari kita jumpa di Malaysia pulak ye, itu aku cakap pada mereka.

8. Lupa pulak. Aku sempat beli sambal isi ikan. Sebab aku suka, aku beli 20,000 won. Banyak tu. Entah bila nak makan. Sambal isi ikan ini ialah bukan isi ikan yang flesh tu tapi isi ikan yang dalam perut ikan. Salah satu dari isi ikan tu agak kenyal dan dibersihkan dan dicampur dengan cili, minyak bijan dan bijan. Aku suka ni. Sebab tulah macam tamak tak ingat dunia sampai beli 20,000 won tu.

9. Selsema makin pulih hari ni. Walaupun bila sarapan tadi, rasa tawar je horlick. Aku lupa letak susu pekat ke? Lerr.

10. Hari ni operasi basuh kain lagi. Lepas tu sapu rumah. Lepas tu ambil tisu basah dan lap lantai di living room. Yup. Aku gigih lap lantai dengan tangan.


11. Oh ye. Baru nampak gambar kakak aku yang KSU tu dengan family dia berholiday di New Zealand. Aku sangatlah jealous sebab dia pergi ke tempat Lord of the Ring (LOTR). Tempat movie favorite aku dan jutaan orang lain. The Hobbits yang aku belum tengok pun. Cis. Aku jealous hingga aku cakap pada anak2 aku, kita akan pergi family vacation jugak tahun ni. Di Langkawi. Jadiklah ke Langkawi pun. Kepada anak2ku, korang dah merasa tinggal di merata dunia. Jangan banyak songeh kalau nak holiday di Langkawi saja. Nak ikut, ikut. Tak nak ikut, ikut gak.






Dah.



***