May 20, 2011

Sudah Mula Bosan dan Menyampah



Aku memang sudah tahu akan perangai diri aku sendiri di mana aku akan cepat rasa bosan. Tidak. Bukan bosan pada seseorang tapi aku ni bosan terhadap aktiviti yang pada mulanya aku sangatlah suka. 

So kini, aku sudah bosan dengan facebook. Arghh, rasa nak muntah pun ada. Entah sampai bilalah bosan aku terhadap facebook ni akan hilang. Tidak. Bukan nak buang terus. Tapi, dulu pernah sekali aku deactivate facebook selama setahun dan lepas tu agaknya tergerak hati semula maka aku join semula. 

Serupalah dengan Twitter. Ya. Aku join twitter ok. Tak mahu kalah dengan teknologi. Tapi twitter tu cuma bertahan seminggu je kot sebab lepas tu twitter aku kena hack. Betul. Memang boleh hack twitter aku tu. So aku buang terus twitter. 

Now, aku cuma ada blog. Aku pun kurang pasti sampai bila aku mampu bertahan dengan blog ini. Sebenarnya blog ni baru lagi. Sebab aku sudah bosan dengan blog lama maka aku buang terus dan buat baru. 

Email? Mesti ada. Kalau tidak macamana aku nak tahu ada meeting jabatan atau meeting fakulti atau pun mana aku nak tahu jika ada sale merata Malaysia. Email sahaja yang mampu bertahan dalam rutin kehidupan aku yang mula sudah samar ni!



Aaah, agaknya aku sudah hampir ke akhir perasaan!









Radford Grove Lane, Nottingham.

***