May 3, 2011

Aku Pekerja Kontrak


Aku tak suka perkataan kontrak. Semua yang berkaitan dengan kontrak. Di rumah ni saja banyak perkara yang berkaitan dengan kontrak. SKY aku ni kontrak so aku kena bayar kontrak hingga mati kontrak. Sewa rumah kontrak tapi sudah habis dah ritu. 6 bulan kontrak dan selebihnya kalau nak pindah boleh bagi sebulan notis. So aku sudah pun bagi notis. Selamat di situ. 

SKY tak selamat lagi. Apakah?Ada banyak lagi kontrak ni tapi aku buat-buat lupa sebab malas nak fikir nanti aku sendiri tak boleh tidur malam. Di Malaya lagilah banyak kontrak. Sana sini kontrak. Ni balik sebatikal pun ada 2 tahun kontrak. Sebatikal pun kontrak juga kah? Sudah semestinya. 


Dahlah dari mula kerja aku sudah berkontrak dengan pelbagai badan kerajaan hingga dah nak pencen ni pun masih  kontrak lagi. Tapi aku being aku, peduli haper. Kalau tak suka dengan kontrak tu, aku bayar aje, sudah! Betul bukan! 


Mahu makan berjuta tu! Cis.








Radford Grove Lane, Nottingham.

***