May 25, 2011

Journal Itu Lagi



Kawan aku baru email pagi ini. Dia kata, journal yang sepatutnya terbit awal tahun ini telah ditangguh penerbitannya. Tapi journal ni dari uni yang agak ternama juga. Kerana? Ya, kerana ada hal dalaman seperti pertukaran pengarah sebanyak dua kali. Arghh, kalau tukar pengarah maknanya lambatlah lagi keluar journal itu? Apakah susah sangat hal dalaman ini untuk diselesaikan. Aku sangatlah kecewa. Kerana? Kerana, kalau tak terbit journal ini which yang aku ada satu paper disitu dan sudah pun selesai review dan cuma tunggu terbit dan seterusnya tanpa bukti terbitan ini, aku tidak boleh memohon geran lain dan dalam hati kecil aku, aku sangatlah marah which also kalau tahu hal ini berlaku, baik aku hantar ke journal lain aje. Aaaaaaah! Sila baca sekali nafas sebab kecewa sangat ni! 

Jom boikot journal itu.









Radford Grove Lane, Nottingham.

***