October 13, 2010

Malang

Radford Grove Lane, Nottingham.


Kalau boleh elak, memang aku elakkan dari berjirankan orang Poland. Peristiwa yang sangat tak bagus di Ireland membuatkan aku jadi tak suka langsung dengan orang Poland yang sombong, kasar , cakap jerit-jerit dan memang muka pecah pintu. Semalam, semasa aku sidai kain di belakang rumah, aku terdengar seorang lelaki bercakap dalam phone. Aku dekatkan diri aku supaya aku dapat dengar dengan jelas. Haishhh, dia tak cakap bahasa Inggeris atau Perancis atau Sepanyol. Dia cakap bahasa Polish. Ceh. Aku memang kenal sangat bahasa tu. 

Jiran aku orang Polish!

***