October 5, 2010

Alim

Djanogly City Academy College, Nottingham.

Alim baru start sekolah semalam (4 Oktober 2010). Yup, sejak dari Ireland, semalam baru mula sekolah sebab register lambat. Dahlah di Ireland di cuma pergi sekolah seminggu je. Baju sekolah di sini kena beli baru of course. Budak ni punyalah berani. Dia register diri dia sendiri semalam sedangkan pelajar lain datang dengan parents. Orang di office siap puji Alim lagi sebab dia dengan muka selamba cari kelas sendiri. Kat sini, sekolah menengah macam universiti. Lain subjek, lain kelas so kena bawa beg ke hulu dan ke hilir. 

Habis sekolah, Along dan aku jemput. Aku suruh Along balik sebab aku nak jalan kaki dengan dia. Nak bagi Alim tahu jalan pulang sebab nanti dia kena jalan kaki sendiri mulai hari ni. Senang je walaupun jauh betul. Aku tak boleh drive kereta yang tak ada power steering. Sakit bahu aku!

Well done, Alim!

***