.
.
.
Yay. Semester dah habis. Student pun dah berpusu2 balik kampong sabtu ritu.
Kami tak pergi mana pun sabtu dan ahad. Sebab khamis ritu dah pergi ke emart beli groceries. Tak sampai penuh troli pun dah nak dekat 200 ribu won. Bukan beli apa pun. Banyak fruits je.
So hari ni aku cuti. Patutnya cuti dua bulan hingga hujung februari. Yakni, semester akan mula musim bunga nanti.
Tapi, Samsung dah minta tolong mengajar. Ya. Yang kat atas bukit sana tu. Bagi aku cam gunung je. Hahah, tak nak kalah. On the bright side, aku bolehlah nak senam jantung aku ni. Asyik jantung ni kat comfort zone je. Maka, kenalah tercungap2 sikit.
Yang penting. Samsung bagi won. Memanglah best. Dengar cerita dari anak2 aku di Malaysia, pertukaran lagi cantik. Sebelum ni, 3.6. Sekarang 4.0. So kalau aku tukar 1 juta won, aku dapat RM4k Malaysia. wohoooo. Marilah kita berangan beli Stella empat pasang.
Tapi anak2 aku cakap. Kalau dorang datang bulan depan ni, sure pengsan nak tukar duit. Marilah aku bagi sikit duit won ye. Sikit je.
Yang benar,
DrNotts yang kena set her mind untuk naik gunung for 150 days.
Yongin, Korea
***