.
.
Gambar berterabur. Silalah susun lepas ni ek. Well, tiap kali hujung sem, ni yang berlaku. Ada lori datang untuk jual kotak pastu student akan isi borang dan barang supaya barang dihantar ke kampong halaman. Dah kampong pun jauh kot. Ada yang tinggal di Busan. Mana yang dekat pun akan pos juga barang sebab tak nak bawak barang banyak dalam bas nanti. Sangat mudah kan di sini.
Dulu, Korea post yang buat. Tahun 2012 masa aku kerja sini. Tapi now, agaknya Korea post sibuk. Sebab Korea pos buat pos ikan, udang dan segala barang basah jugak. Memang best. Kami guna Korea post untuk pos shampoo ke Malaysia biasanya. Macamlah tak ada shampoo kat Malaysia kan. Erk.
Well, esok last day final exam. Pastu bangunan student akan lengang. Literally lengang. Memang boleh dengar desiran angin. Hahhha.
Semalam snow. Kejap. Masa tu aku tengah jaga peksa. Student sampai tak heran dengan snow. Aku yang dok menung tengok luar tingkap. Always akan kagum dengan snow. Kuasa Allah. Aku balik semalam pun aku kena guna payung. Kalau tak, dah sure masuk snow dalam mata pastu eksiden lak dengan student baca nota atas jalan raya.
Gambar snow tak ada nak letak sebab tangan beku nak snap gambar. Lagi pun, sikit je snow. Nanti bila lebat, aku letak banyak gambar putih. heh.
sila beli kotak, isi barang dan kami hantar ke depan pintu rumah |
every hujung semester akan jadi gini. sebelum ni Korea post yang buat tapi ni aku tengok company private yang tender. by the way, company jual tape jugak untuk tutup kotak. |
lori yang dah siap nak load barang student balik kampong |
nanti lori pergi, tinggallah khemah plastik tu. sejuk kot. tapi dalam tu ada kipas heater bagai and ada komputer. boleh tak hilang komputer tu bermalam. tak ada orang tunggu pun |
Sekian.
Yang benar,
DrNotts yang dah habis grading papers
Yongin, Korea
***