.
.
Jumaat lepas aku ke Seoul pastu ke Incheon. Lepas subuh yakni pukul 6 pagi, aku terus turun ke bawah tunggu bas. Aku bayangkan sure gelap gelita. Memang gelap gelita tapi banyak pulak lampu. So cerah jugaklah nak tunggu bas. Pukul 6.30 bas pun sampai. Aku yang pertama naik. Aku sorang yang naik. Hahhaha. Pastu on the way ke Seoul, ramai lah pekerja opis yang naik. Penuh you all. Nasiblah bas station kat uni ni. Perjalanan dari rumah ke Seoul ialah 1 jam setengah sebab banyak nau berhenti ambik orang kan. Cis.
Sampai Seoul aku singgah ke Paris Croissant jap. Saja nak tengok ada tak favorite kami yakni strawberi pastry. Ada, yessss, so aku cakap pada diri aku, marilah beli sedozen. Tapi not now. Balik kang. Pastu terus ke train station nak ke Incheon. Tak ramai dalam train. So sampai satu setengah jam. Sampai Incheon terus ke arrival. Tulah, tiap kali aku pergi incheon dah sure aku jalan entah mana. Lain. Manalah aku nak ingat semua nia. Balik pun sama. Dalam airport pun boleh sesat. Ceh.
Sampai kat arrival, dapat wasap Alim. Dia tengah tunggu beg. Wah, lega. Aku ingat aku lambat. Dalam 10 minit dia keluar. Ramai juga orang Malaysia keluar. Aku nak senyum tapi no response. Tak apa, mungkin orang Malaysia ingat aku bukan orang Malaysia. hahah aku ada rupa orang Monggolia ke? ok tak.
Naik train balik ke Seoul. Tapi stop kat Paris croissant.
pastu alim cakap, mum, we need water because i wanna eat that in the bas. ok fine honey (not all for you hokey), don't buy anything else sebab dah ada 3 beg berat nak gilos ni |
Akhirnya sampai rumah pukul 1.15 lebih kurang. 6 jam aku atas jalanraya. Mak ai. Mahu putus pinggang aku ni. Terus unpack segala bagai. Nanti aku masuk entry lain apa ada dalam beg tu. Esok ek. By the way, perjalanan ok. Alhamdullilah. Driver bas pun ok. Sebab dia tengok beg ada 3. Dia suruh letak dan duduk kat depan je sebab ada space sikit.
Malam tak boleh tidur sebab sakit bahu angkat beg. Dahlah kepala aku masuk angin sebab makan cekodok yang aku goreng. Yup, aku tak boleh makan tepung gandum.
Yang benar,
DrNotts yang tak boleh makan macam-macam
Yongin, Korea
***