December 16, 2016

Balas Komen Ya!

.
.
.
Hari ni nak cerita pasal pengguna social network. Aku ni bukanlah pengguna tegar social network. Aku tak ada facebook. Aku tak ada twitter. Aku ada instagram tapi jarang aku upload sebab agak malas (sebenarnya tak ada gambar yang elok nak di upload). Aku rajin baca dan tengok ig orang. Malah, facebook dan twitter pun aku guna widad punya account. Tapi tulah, account budak muda (widad is 22), so tulisan dari kawan2 dia pun cara orang muda. Jenuh nak paham.



So, aku perhatikan. Ada pengguna yang akan reply komen orang. Ada yang langsung tak reply. Apalah perasaan orang yang ada instagram account, pastu letak caption, pastu orang komen, pastu dia buat dono je tak balas komen orang tu. Apa perasaan dia. Kadang2 tu, bukan banyak pun orang komen, but still dia tak balas. Apa motif kau buka account dan letak caption kalau kau tak usaha nak balas komen orang. Aku cukup tak paham dan aku cukuplah tak respect orang gini. Kalau dah malas nak reply semua komen orang, tutup je instagram or facebook or twitter tu. 



Buat cam aku niha, aku tutup terus bahagian komen blog ni sebab aku tau, aku bukan famous (memang tak famous pun). Entah ada ke tak orang baca blog aku ni. Tapi at least aku taklah abaikan komen orang di instagram aku. Aku balas semua ok, including komen dari peniaga online. 




So berbalik kepada instagram dan facebook. Ada je, orang yang VVVIP yang usaha balas tiap komen. Walaupun setakat dia reply dan letak icon but at least dia usaha. Contoh, Azrinaz will reply. Aku pernah dapat reply dia a few times. Aku kagum sebab dia ni orang yang terkenal tapi dia usaha nak reply walaupun aku ni dia tak kenal langsung. Even, Fasha sandha will reply komen dari peminat. Although, aku tak pernah tinggal komen but aku baca and she took the effort to reply.  Jozlynhanania pun balas komen peminat ok. Even KJ pun reply. Kelakar lak tu. Mungkin ada banyak lagi, tapi aku tak sempat nak cari. Kagum. 



Yang aku heran tu, yang tak balas komen tu aku tengok, bukanlah banyak orang komen. Kekadang tu ada lah 3 orang tinggal komen. Still, dia tak reply. Sebab aku tengok dalam pos terbaharu dia reply tapi post sebelum dia tak reply. Kenapa ek? 



I do feel pity to these empunya accounts. Ignore the friends and peminat punya komen. They just want to have ramai orang komen supaya nampak lebih glamour or what, am not sure. 



So, nasihat aku (kau dengar!!! hahah). Usaha sikit. Kalau dah ada account instagram or facebook or twitter, make an effort to reply all the comments. Kalau tak mahu reply, JANGAN letak new post. Kau baca je. Jagalah hati orang yang bersusah payah untuk susun ayat yang baik untuk post kau tu.




As for online business, I got no complain. Aku rasa at least dia usaha letak promosi business dia. At least dia add kau dalam friend list dia. Bairlah dia nak berniaga. Kita sokong business dia. Dia nak ubat tinggi ke, ubat jerawat ke, ubat kurus ke, hairband ke, botol baby ke, telekung ke etc. Biar lantak dia. Sebab bagi aku, aku hormat orang berniaga ni sebab aku rasa dia usaha. Aku sokong 100%. Sebab aku dah pernah beli telekung, baju, dan banyak lagi. Sebab aku suka orang yang berniaga macam2 ni. So far insyaallah belum kena tipu lagi. 



Maka, jom kita ubah perangai buruk kita mulai hari ni. Usaha sikit untuk balas komen orang dalam instagram, facebook, twitter or apa jua. Not all yang komen tu keyboard warriors. Ramai yang baik. Even keyboard warriors pun baik juga. 









Yang benar,
DrNotts yang kesejukkan sebab hari ni -9 darjah celcius







Yongin, Korea


***