December 29, 2016

Matoi Sushi in Korea

.
.
.
Makan kat Matoi sushi di Korea. Boleh je nak sebut Mat Oi. Tak sedap mana pun. Sushi King jauh lagi best.

restoran Matoi sushi ni ajar macamana nak guna matoi sushi. ada step by step nak makan kot. opkos aku tak baca sebab aku tau makan je. aku tak tau baca ni hoiii. jap tuit, aku tau baca tapi tak paham makna mender


udang tempura. udang conet je

ha meriah kau. dalam tu ketam

ni kalau letak udon sedap ni. miso sup
sedap jugak green tea ni. either green tea or plum tea. aku tak sure. tapi habis 4 cup gaklah

limau pun nak amek gambar ke cik yah oi

kaki ketam tempura. yang ni aku makan sejuta pinggan hahah

opkos aku tak pakai copstik ni. aku bawak garfu dan sudu sendiri dari rumah hokey

satu kepala 18,900 won. mahal walawei sebab tak lah sedap mana pun. kicap masin gilos. tak ada ginger favourite aku cam sushi king. pastu tiap sushi tu dorang letak wasabi. aku tak suka wasabi. wasabi rasa cam besi karat. alim cakap, since when did you taste besi karat. ceh kau alim. 


Never oh never ke sushi sini again.




Yang benar,
DrNotts lapar



Yongin, South Korea

***

December 27, 2016

Snow and Strawberry

.
.
.
Malam tadi turun snow sikit. Sikit jelah tapi.

Pastu beli strawberry untuk Alim.

beli sekotak sebab manis. mana tau manis, tak tahu sebenar. hahah redah je. kalau masam, kita cicah gula kicap cili. 
sekotak kau. hambekkk


Yongin, South Korea


***

December 22, 2016

Sondobu Jjigae

.
.
.
ni aku dah turun dari apartment. tu yang belah kanan atas tu ialah apartment aku. sebelah nescafe tu, kena naik tangga menjunam dulu barulah jalan ke apartment. belakang apartment hutan dan  agak mendaki kalau nak masuk hutan. entah kenapalah nak susahkan diri panjat masuk hutan kan.

ni menurun bukit sikit. pastu kena panjat balik kat bangunan yang atas nun. kalau panjat straight je tak apa. tapi saja je dibuatnya jalan tu kona baring so jauh kemainlah nak sampai bangunan tu sambil mendaki. dah memang tercungap kalau pergi ke bangunan nak mengajar staf samsung tu. balik pun cungap gak sebab mendaki sampai ke apartment. complain? tak aah. good for me what!!!! balik fresh, malam tido lena. kekonon baru lepas masuk gym huahuahua





Semalam hujan. Basah kuyup sebab lupo bawak payung. Alim pergi Seoul shopping. Pastu balik rumah dia claim kat aku. Walaupun aku bagi dia gaji duduk sini sebab vaccum dan buang sampah dan angkat groceries (tu je ye), tapi balik dari shopping dia tetap claim. Kutey je elok dia ni.






Yang benar, 
DrNotts yang lapar pepagi ni sebab tu letak tajuk makanan



Yongin, South Korea

***

December 21, 2016

Kakao Talk with Students Sini

.
.
.
Aku key in markah semalam. Markah finale. Lebih kurang pukul 11 pagi. Dah selesai semua masuk markah dan grading. Pastu tunggu seminit. Berdesup2 mesej masuk dalam kakao dan email. Aku agak dah. 



Kat sini, kita masuk je markah, student dah boleh tengok kat portal dia. Tak ada melalui proses timbalan dekan akademik nak luluskan ke, bawak mesyuarat ke, memang nehi. So kuasa mutlak kat kita yang mengajar.


Tak kiralah kau handsome ke, lawa ke, comel ke, atau rupa sebijon retis drama Korea, kau tetap akan dapat gred yang tak best kalau kau tak study. Comprende!!



So semalam aku busy mengajar samsung dan jawab emel student. 





Yang benar,
DrNotts yang rasa famous jap layan peminat kat kakao dan emel




Yongin, South Korea

***

December 20, 2016

Beli Ayam Pakai Mesin

.
.
.


semalam pergi ke Mom's Touch. restoran fast food makan ayam and burger. jangan bimbang. aku tak makan pun. tak halal jack. aku temankan kawan aku je. dia sambut birthday so kami berjumpa kat sini. dalam kawasan uni je pun. maka berjalan kakilah kami ke sana. semput. anyways, nak order boleh pakai mesin je. senangkan. mana aku tau kat korea ada mesin order fast food macam nak beli teket train je. 



Hari ni start mengajar staf samsung kat atas gunung sana tu. Tapi hari ni kelas petang. So lepas zohor baru gerak. Tiap hari 3 jam je mengajar. Bertabahlah kau wahai DrNotts.




Yang benar,
DrNotts yang siap goreng nasi pagi niha sebab dak alim nak makan




Yongin, South Korea

***

December 19, 2016

Student dah Balik Kampong Dah Woi

.
.
.
Yay. Semester dah habis. Student pun dah berpusu2 balik kampong sabtu ritu. 



Kami tak pergi mana pun sabtu dan ahad. Sebab khamis ritu dah pergi ke emart beli groceries. Tak sampai penuh troli pun dah nak dekat 200 ribu won. Bukan beli apa pun. Banyak fruits je.


So hari ni aku cuti. Patutnya cuti dua bulan hingga hujung februari. Yakni, semester akan mula musim bunga nanti. 


Tapi, Samsung dah minta tolong mengajar. Ya. Yang kat atas bukit sana tu. Bagi aku cam gunung je. Hahah, tak nak kalah. On the bright side, aku bolehlah nak senam jantung aku ni. Asyik jantung ni kat comfort zone je. Maka, kenalah tercungap2 sikit. 


Yang penting. Samsung bagi won. Memanglah best. Dengar cerita dari anak2 aku di Malaysia, pertukaran lagi cantik. Sebelum ni, 3.6. Sekarang 4.0. So kalau aku tukar 1 juta won, aku dapat RM4k Malaysia. wohoooo. Marilah kita berangan beli Stella empat pasang.


Tapi anak2 aku cakap. Kalau dorang datang bulan depan ni, sure pengsan nak tukar duit. Marilah aku bagi sikit duit won ye. Sikit je.




Yang benar,
DrNotts yang kena set her mind untuk naik gunung for 150 days.




Yongin, Korea

***

December 16, 2016

Balas Komen Ya!

.
.
.
Hari ni nak cerita pasal pengguna social network. Aku ni bukanlah pengguna tegar social network. Aku tak ada facebook. Aku tak ada twitter. Aku ada instagram tapi jarang aku upload sebab agak malas (sebenarnya tak ada gambar yang elok nak di upload). Aku rajin baca dan tengok ig orang. Malah, facebook dan twitter pun aku guna widad punya account. Tapi tulah, account budak muda (widad is 22), so tulisan dari kawan2 dia pun cara orang muda. Jenuh nak paham.



So, aku perhatikan. Ada pengguna yang akan reply komen orang. Ada yang langsung tak reply. Apalah perasaan orang yang ada instagram account, pastu letak caption, pastu orang komen, pastu dia buat dono je tak balas komen orang tu. Apa perasaan dia. Kadang2 tu, bukan banyak pun orang komen, but still dia tak balas. Apa motif kau buka account dan letak caption kalau kau tak usaha nak balas komen orang. Aku cukup tak paham dan aku cukuplah tak respect orang gini. Kalau dah malas nak reply semua komen orang, tutup je instagram or facebook or twitter tu. 



Buat cam aku niha, aku tutup terus bahagian komen blog ni sebab aku tau, aku bukan famous (memang tak famous pun). Entah ada ke tak orang baca blog aku ni. Tapi at least aku taklah abaikan komen orang di instagram aku. Aku balas semua ok, including komen dari peniaga online. 




So berbalik kepada instagram dan facebook. Ada je, orang yang VVVIP yang usaha balas tiap komen. Walaupun setakat dia reply dan letak icon but at least dia usaha. Contoh, Azrinaz will reply. Aku pernah dapat reply dia a few times. Aku kagum sebab dia ni orang yang terkenal tapi dia usaha nak reply walaupun aku ni dia tak kenal langsung. Even, Fasha sandha will reply komen dari peminat. Although, aku tak pernah tinggal komen but aku baca and she took the effort to reply.  Jozlynhanania pun balas komen peminat ok. Even KJ pun reply. Kelakar lak tu. Mungkin ada banyak lagi, tapi aku tak sempat nak cari. Kagum. 



Yang aku heran tu, yang tak balas komen tu aku tengok, bukanlah banyak orang komen. Kekadang tu ada lah 3 orang tinggal komen. Still, dia tak reply. Sebab aku tengok dalam pos terbaharu dia reply tapi post sebelum dia tak reply. Kenapa ek? 



I do feel pity to these empunya accounts. Ignore the friends and peminat punya komen. They just want to have ramai orang komen supaya nampak lebih glamour or what, am not sure. 



So, nasihat aku (kau dengar!!! hahah). Usaha sikit. Kalau dah ada account instagram or facebook or twitter, make an effort to reply all the comments. Kalau tak mahu reply, JANGAN letak new post. Kau baca je. Jagalah hati orang yang bersusah payah untuk susun ayat yang baik untuk post kau tu.




As for online business, I got no complain. Aku rasa at least dia usaha letak promosi business dia. At least dia add kau dalam friend list dia. Bairlah dia nak berniaga. Kita sokong business dia. Dia nak ubat tinggi ke, ubat jerawat ke, ubat kurus ke, hairband ke, botol baby ke, telekung ke etc. Biar lantak dia. Sebab bagi aku, aku hormat orang berniaga ni sebab aku rasa dia usaha. Aku sokong 100%. Sebab aku dah pernah beli telekung, baju, dan banyak lagi. Sebab aku suka orang yang berniaga macam2 ni. So far insyaallah belum kena tipu lagi. 



Maka, jom kita ubah perangai buruk kita mulai hari ni. Usaha sikit untuk balas komen orang dalam instagram, facebook, twitter or apa jua. Not all yang komen tu keyboard warriors. Ramai yang baik. Even keyboard warriors pun baik juga. 









Yang benar,
DrNotts yang kesejukkan sebab hari ni -9 darjah celcius







Yongin, Korea


***




December 15, 2016

Semalam Snow Kejap, Student Balik Kampong

.
.
.

Gambar berterabur. Silalah susun lepas ni ek. Well, tiap kali hujung sem, ni yang berlaku. Ada lori datang untuk jual kotak pastu student akan isi borang dan barang supaya barang dihantar ke kampong halaman. Dah kampong pun jauh kot. Ada yang tinggal di Busan. Mana yang dekat pun akan pos juga barang sebab tak nak bawak barang banyak dalam bas nanti. Sangat mudah kan di sini. 




Dulu, Korea post yang buat. Tahun 2012 masa aku kerja sini. Tapi now, agaknya Korea post sibuk. Sebab Korea pos buat pos ikan, udang dan segala barang basah jugak. Memang best. Kami guna Korea post untuk pos shampoo ke Malaysia biasanya. Macamlah tak ada shampoo kat Malaysia kan. Erk.




Well, esok last day final exam. Pastu bangunan student akan lengang. Literally lengang. Memang boleh dengar desiran angin. Hahhha. 


Semalam snow. Kejap. Masa tu aku tengah jaga peksa. Student sampai tak heran dengan snow. Aku yang dok menung tengok luar tingkap. Always akan kagum dengan snow. Kuasa Allah. Aku balik semalam pun aku kena guna payung. Kalau tak, dah sure masuk snow dalam mata pastu eksiden lak dengan student baca nota atas jalan raya. 



Gambar snow tak ada nak letak sebab tangan beku nak snap gambar. Lagi pun, sikit je snow. Nanti bila lebat, aku letak banyak gambar putih. heh. 



sila beli kotak, isi barang dan kami hantar ke depan pintu rumah

every hujung semester akan jadi gini. sebelum ni Korea post yang buat tapi ni aku tengok company private yang tender. by the way, company jual tape jugak untuk tutup kotak. 

lori yang dah siap nak load barang student balik kampong

nanti lori pergi, tinggallah khemah plastik tu. sejuk kot. tapi dalam tu ada kipas heater bagai and ada komputer. boleh tak hilang komputer tu bermalam. tak ada orang tunggu pun




Sekian.


Yang benar,
DrNotts yang dah habis grading papers





Yongin, Korea

***

December 14, 2016

Bilamana Mereka Final Exam di Korea

.
.
.
Minggu ni final exam for semua student uni ni. So rata-rata nampaklah student study. Sambil jalan ke bas stop pun baca nota. Sambil tunggu bas baca nota. Dalam bas baca nota. Berdiri pun baca nota. Dalam bas sunyi sepi sebab semua busy baca nota. Dalam bangunan fakulti jadi sunyi sepi jugak sebab semua orang sibuk baca nota. Kalau naik tangga tu, sangatlah berhati2 sebab akan bertembung dengan student membaca masa naik tangga. Pastu teringat, aku dulu mana buat gitu. Pening kot membaca sambil jalan or naik bas or even tengah makan nak membaca. Boleh ke gitu. 



Oh by the way, ada sorang student datang 40 minit lewat untuk exam aku. Habis exam, aku tanya kenapa lambat. Opkoslah dia kata, malam tadi study dan tidur pukul 8 pagi baru jap tadi. Pastu exam pukul 9.30 pagi niha. Baguslah tu. 



baca jangan tak baca oiii. yang kiri tu tengah termenung mengenangkan akan repeat paper kot

see, nak ke toilet pun baca gak. yang kat tempat sampah hijau tu pun baca ok, letak nota atas tong sampah. by the way, yang kiri tengah nak minum tu, ialah student aku. baru 5 minit exam dia dah keluar. dia jawab satu dua pastu dia keluar. membazir datang kan. 
ni corridor nak ke bilik lecture aku. biasanya pagi2 ni ramai yang sembang kat luar kelas. tapi since minggu exam, semua duduk dalam kelas study last minit. masa ni lagi 5 minit nak start exam. yang sorang ni study kat luar kelas. 


ni grup student 2nd or 3rd year. jawab jangan tak jawab. kelas aku je yang suruh student letak bag and fon kat meja hujung tu. bukan aku percaya kat student2 ni tapi aku memang sangat tak percaya. hahaha. sebab kat Malaysia memang buat gini jugak. 

ni grup lagi satu. lebih tekun sikit sebab ni student first year. lurus bendul pun ya gak. yup, ada yang pakai setokin dan selipar je. rupanya dorang tinggalkan kasut kat bilik study room kat ground floor. tengah panik lah tu sampai lupa.
ni another first year student. nampak baik je kan sebab first year.
student korea ni tak pernah aku tengok bawak power bank. biasanya dorang akan bawak terus charger. ni kat meja lecturer kat depan. memang takkan orang curi or ambil. tinggallah charger ni hingga berhari2. kalau kat Malaysia, dah siap goreng sambal dah charger ni. 


Sekian cerita bergambar hari ini.




Yang benar,
DrNotts yang sangat girang sebab dah habis semester.




Yongin, Korea

***

December 13, 2016

Korea Pun Ada Nasi Arab dan Karipap Ikea

.
.
.

Masa jemput alim kat airport hari Jumaat lepas, aku cuma terbayangkan barangan yang aku kirim kat aliaa and maisarah je. hahhahha. Semuanya makanan. Beg pun berat kemain. Ambik 40kg kot. Still tak muat. Ada yang kena tinggal. Nangis. 




Along yang belikan paling banyak. Ada rempah segala bagai. Cili kicap pedas. Sos linggam. Kiub bilis dan tomyam knorr. Cokelat zip. Satay frozen (nanti aku upload gambar). Daging salai frozen (beli kat KL kot). Meggi alim dan banyak lagi makanan. Yummsssssss. 

Yang penting kiriman ialah bekalan ubat aku selama lagi 7 bulan. Ubat cardio dan high blood. Kalau tak makan kang, menyusahkan orang lak nanti di Korea ni. 

bungkusan surat khabar tu semua frozen foods. wuhuuu. tu yang boleh patah bahu nak angkat. aku cuma angkat satu beg kecik pun cam nak pengsan. alim elok je angkat dua beg besar naik bas.

nasi arab you ol. ni memang suruh along beli dan frozenkan kambing tu. perghhhh memang still sedap. aku suruh beli 4 set. dua hari settle makan dengan alim. 

kirim karipap ikea. suruh maisarah pi beli pastu frozenkan. hahaha dapatlah 20 ketul sebab yang lain tinggal di Malaysia. uwaaahhhhh. nak suruh buat sendiri? no way. rasa lain kot.

kirim kat aiman. keropok kacang dal ke kacang hijau. dia beli kat banting. memang habis dalam 2 minit walaupun lenguh rahang aku mengunyah. 






Yang benar,
DrNotts yang tak sudah2 nak makan.




Yongin, Korea

***

December 12, 2016

Strawberry Croissant and Crepe at Seoul Station

.
.
.
Jumaat lepas aku ke Seoul pastu ke Incheon. Lepas subuh yakni pukul 6 pagi, aku terus turun ke bawah tunggu bas. Aku bayangkan sure gelap gelita. Memang gelap gelita tapi banyak pulak lampu. So cerah jugaklah nak tunggu bas. Pukul 6.30 bas pun sampai. Aku yang pertama naik. Aku sorang yang naik. Hahhaha. Pastu on the way ke Seoul, ramai lah pekerja opis yang naik. Penuh you all. Nasiblah bas station kat uni ni. Perjalanan dari rumah ke Seoul ialah 1 jam setengah sebab banyak nau berhenti ambik orang kan. Cis.



Sampai Seoul aku singgah ke Paris Croissant jap. Saja nak tengok ada tak favorite kami yakni strawberi pastry. Ada, yessss, so aku cakap pada diri aku, marilah beli sedozen. Tapi not now. Balik kang. Pastu terus ke train station nak ke Incheon. Tak ramai dalam train. So sampai satu setengah jam. Sampai Incheon terus ke arrival. Tulah, tiap kali aku pergi incheon dah sure aku jalan entah mana. Lain. Manalah aku nak ingat semua nia. Balik pun sama. Dalam airport pun boleh sesat. Ceh. 



Sampai kat arrival, dapat wasap Alim. Dia tengah tunggu beg. Wah, lega. Aku ingat aku lambat. Dalam 10 minit dia keluar. Ramai juga orang Malaysia keluar. Aku nak senyum tapi no response. Tak apa, mungkin orang Malaysia ingat aku bukan orang Malaysia. hahah aku ada rupa orang Monggolia ke? ok tak.



Naik train balik ke Seoul. Tapi stop kat Paris croissant. 



gigih bawak ni dalam kotak. strawberi crepe. sedap you all. tapi ada satu je tinggal. so aku dan alim share. actually tak nak share dengan dia tapi dah ada anak bujang, mak dia kenalah makan yang hujung je. 


ni lah fav kami. biasanya dorang letak emas kat atas strawberi tu. tapi kali ni agaknya korea miskin so emas nehi. aku ingat nak beli sedozen tapi ada dua je. aiyayayayya. so kami satu sorang. sedap kemain. very crispy sebab berlayer yang pastry tu. marilah telan air liur



pastu alim cakap, mum, we need water because i wanna eat that in the bas. ok fine honey (not all for you hokey), don't buy anything else  sebab dah ada 3 beg berat nak gilos ni




Akhirnya sampai rumah pukul 1.15 lebih kurang. 6 jam aku atas jalanraya. Mak ai. Mahu putus pinggang aku ni. Terus unpack segala bagai. Nanti aku masuk entry lain apa ada dalam beg tu. Esok ek. By the way, perjalanan ok. Alhamdullilah. Driver bas pun ok. Sebab dia tengok beg ada 3. Dia suruh letak dan duduk kat depan je sebab ada space sikit. 



Malam tak boleh tidur sebab sakit bahu angkat beg. Dahlah kepala aku masuk angin sebab makan cekodok yang aku goreng. Yup, aku tak boleh makan tepung gandum. 




Yang benar,
DrNotts yang tak boleh makan macam-macam






Yongin, Korea

***

December 7, 2016

Yayyyyyyy New Winter Jacket

.
.
.
Semalam the big boss call aku kat rumah. Ye, aku selalunya memang ada kat rumah. Sebab habis je kelas memang kena balik rumah sebab bukan boleh buat apa pun kat opis. Lagi pun memang kat sini style dia, memang tak perlu lepak kat opis sebab internet sangat ok maka buatlah research kat rumah je. Aku kerja 3 jam je semalam. Sila kira berapa perkataan rumah di atas. hahahha. 



So borak dengan big boss. Dia cerita macam2 dan aku pun ceritalah tentang macam2. Dia bagi tau aku kerja 8 jam je sem depan. Hahhaha. Kau bayangkan kerja kat Korea ni, kerja 8 jam je untuk seminggu dan selebihnya balik rumah. hahhah rumah lagi. Ye, sememangnya aku punya banyak masa kali ni. Bolehlah belajar buat kek (not), belajar hias rumah (not) dan belajar tulis novel (not). Aku lebih rela tulis articles for journals tapi tulah, aku sakit bahu bila duduk lama kat laptop niha. So next sem, i have more time kat rumah. This sem? Well, this sem aku mengajar 12 jam. So kali ni kurang 4 jam. Berapa hari kerja? Well, aku dah cakap kat boss nombor dua yang aku nak kerja dua hari je seminggu. Silalah kumpulkan 8 jam tu dalam 2 hari supaya aku kurang nak daki bukit ke fakulti. Tapi tak sure dapat tak. Sebab jadual agak serabut bila aku mintak macam2.



Anyways, so excited the kids are coming. So I can plan untuk ikut dorang. Tu pun kalau aku larat dan naik tangga turun tangga. Yang penting aku nak ikut nak makan kat exclusive restoran. Selebihnya takat nak ke nami island yang dah 8 kali aku pergi tu, baik aku duduk rumah tengok tv. So, Dr Siti Nur Aliaa, silalah buat itinerary supaya aku boleh ikut serta. 


beli jaket baru. murah lak tu. 50k won je pun. yang penting aku tak rasa sejuk dan sangat ringan. scarf leher pun tak perlu pakai so far sebab boleh zip sampai atas 




Saya yang sentiasa beku,
DrNotts



Yongin, Korea


***

December 6, 2016

Aliaa, Maisarah Fambam Ke Korea Jan & Feb Plus Stella Maccartney

.
.
.
Minggu ni minggu akhir semester. Yahuu. Aku lak yang suka. hahha. Dah 14 minggu lecture dah rupanya. Cam laju ye. Ah tipu. Mana lak laju nya. Lama kot. So dari minggu lepas aku banyak suruh student buat presentation dan assessement je. So tak belajar. Next week terus final exam. Soalan aku dah siapkan dah pun. So boleh goyang kaki cik yah.


Habis je final exam. Aku diajak mengajar Samsung lagi. Aku ok je sebab aku bukan pergi mana. Kalau duduk rumah masa winter ni dah sure badan aku sakit2. So aku terima kerja tu walaupun aku tahu kena naik bukit tu sebanyak 50 kali. Yup, selama 10 minggu pulak kali ni. Tak apalah sebab aku redha. Salah satu faktor selain duit dapat banyak giler, aku perlu exercise untuk kaki aku yang second hand ni. 


Boleh ker hari tu yakni tiga bulan sudah, aku cuba nak buat zumba. Pastu pelipat peha aku terus sakit sampai sekarang. Hahah padan muka aku. Hingga kini ok. So tiap kali jalan, sakit kat pelipat peha  tu. Masa pergi Dr Hanseul, dia dah cuba buat accupunture tapi tak hilang pun. Aku anggap dosa aku banyak sangat dah ni, tu sebab Allah uji samada aku redha atau tak dengan kesakitan. Selain dari kaki kanan aku sakit ni juga. Aku redha. Tabah menghadapi segala kesakitan. 


Aku happy sebab anak2 aku kata nak datang bulan januari hingga awal februari ni. Yahuu. Dorang datang dua minggu. Bestnya. Tapi aku dah cakap, kalau tak datang pun tak apa sebab kang dorang banyak komitmen. So aku tunggu jelah kalau jadi ke tak dorang datang. Dorang datang dari januari  hingga februari. Sebab maisarah tak dapat cuti lama. Cadangnya nak main ski kat ski resort kat sebelah niha je. Hahha Macamlah dekat. Pastu nak gi everland. Ye, buat kali yang ke entah berapa tah. Aku duduk kat kampong Yongin ni boleh dikira dengan jari berapa kali aku ke Seoul. Memang tak ada urusan nak ke Seoul tu pun.


aku, along dan maisarah nak beli kasut ni. tiga pasang sorang. aku nak hitam tapi tapak hitam jugak. tak ada lak dalam gambar ni kan. maisarah nak yang gold kot. along nak yang mana tah. silver ke?

yang atas kiri tu aku nak beli. best tak? bestkan. rasa cam tinggi je. lagi pun kalau tapak hitam taklah nampak janggal pakai pergi kerja. 




By the way, kasut stella maccartney ni agak mahal tapi really worth it. Dalam lebih kurang 4k sepasang (ni mengikut harga personal shopper yang selalu ke sana). Aku akan beli jugak sebab aku suka. Nasib baik aku tak suka handbag tau. Kalau tak lagilah mahal belanja. 



Yongin, Korea


****

December 2, 2016

Marilah Kita Tengok Foyer Universiti Ni

.
.
.
Finally layout blog ni berubah. Haha. Tupun mintak tolong kat anak aku si aliaa (sila klik kat blog dia). Sebab aku tak pandai nak buat sendiri. Nama je ajar multimedia. Don't get me wrong, aku ada tiga akaun dalam satu blog niha. So macam tak jumpa setting nak ubahkan. Rupanya guna emel lain. Emel yang aku guna sejak 2008 ritu. Haiyaa. Monsokonlah. *Sebenarnya kau dah tua dan lupa nak tukar setting camner. 


Semalam tetiba angin kuat. Ingatkan dah masuk winter which yang patutnya dah winter sebab dah dua hari turun snow. Tetiba semalam punyalah kuat angin. Daun2 yang tinggal kat pokok semua melayang. Alhamdullilah.


ada photo exhibition kat foyer uni. suddenly, terus aku nak buat untuk student aku kat upm nanti. tunggu aku balik nanti yarr.





Bestkan exhibition ni. Macam so professional. Pastu pada minggu ni jugak ada piliharaya uni. Maka, kedengaranlah student kempen. By the way, kalau musim kempen ni, ada je orang yang akan berdiri  dan beratur di tepi jalan sambil tunduk hormat. Nak tunjuk muka yang silalah undi aku.


tempat undi

ada tiga so sila undi aku


tepilah yoja. kacau je aku nak amik gambar


Tempat undi ni pun dekat foyer. Foyer besar giler hokey. Ada banyak sitting area. So kanan gambar ni ialah yang exhibition tu.


ni salah satu angle di foyer. besar you all

beratur untuk fotostat di foyer

foyer yang tempat photo exhibition tu

foyer juga. tempat kempen pilihanraya



Sekian cerita bergambar hari ni. Saja nak tunjuk kawasan foyer uni ni. Dulu tak cam ni. Agak teruk. Ni baru je dorang upgrade so student boleh lepak. Tapi tiap kali aku datang or balik, memang kena lalu sini. So kenalah lalu kat student Korea yang ramai niha. Ada macam2 event kat bawah ni. 





Yang Kesejukan,
DrNotts yang bekerja dengan rajin sekali di Hankuk University of Foreign Studies, South Korea




Yongin, Korea

***