August 16, 2013

.
.
.

Yay. Maka sekianlah kursus 2 hari aku di Sasana Kijang. Phew! Aku belajar apa dari kursus tu? Yang aku tahu, ada Board simulation lagi 2 minggu dan case study dah dapat. Cuma pahamkan dan jadi board of director as in practical nanti. Lepas tu, aku grad. Wehooo!!! Aku dah boleh dilantik sebagai Board of Director. Elo, bukan 2 hari je kursus pastu boleh jadi Board of Director ye kengkawan. Aku dah hadir beberapa hari lagi masa bulan April ritu lagi. Pastu ini between ada lagi kursus sambungan. 



Jenuh kau! Belajar account, risk management, governance etc. 




Masa nak balik tadi, ada sesi bergambar. So oleh kerana ada 40 participant, maka kenalah ada yang duduk atas kerusi dan ada yang kena berdiri. Aku berdiri je kat tepi tu. Yang organiser pun panggillah semua dato' dan datok dan VVVIP untuk duduk depan. Tiba-tiba, dia orang panggil aku jugak. 'Propesor, come and sit here as well!!!'. Hahhaha, terus rasa macam nak bawak balik je kerusi tu. Aku disamakan level dengan VVVIP. Fuhhh. Mesti realitinya sebab aku terpinga-pinga kat tepi tu dan tak ada siapa nak duduk di kerusi sebab sure nampak gemuks bila duduk. Cis. Aku tertipu sudah. 



Esok aku raya. Woohooo.



***