August 30, 2013

Wind Chimes in a Bakery

.
.
.

Iklan Wind Chimes in a Bakery membuatkan aku buka youtube dan tengok. Short film yang sangat bagus. Director dari Korea dan memang bagus sebab semua shot memang unik dan jelas. Pelakon dari Malaysia. Hero Melayu dan heroin Cina. Pastu selit best friend India tapi sebenarnya Melayu. Hero Melayu memang bagus sebutan bahasa Inggeris. Malanglah pelakon Cina ada bunyi macam cina sikit.

Suddenly suka Ahmad Nabil berlakon. Jom semua tengok di youtube.


Silalah tonton.








Kepada peminat drama Korea, silalah tonton sebab sejibon macam drama Korea. Aku tak dapat sponsor pun dari samsung ni. ishhhh. 



***

August 28, 2013

.
.
.

Aku tekad. Tahun depan aku nak kurangkan lagi aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Jom.




***


August 27, 2013

.
.
.

Hari ni dah 21 syawal. Cepat betul masa berlalu. Rasa nak ramadan je kan. Sebab bila bulan ramadan, semua orang ada tenang. Semua orang akan bersabar. Semua orang akan sibuk dengan hal akhirat yakni mengaji, solat, bersedekah dan segala amal ibadah. Amat kagum dalam kesibukan setiap orang itu, masih ada masa untuk ramadan. Kagum juga bila semua umat Islam di Malaysia terutamanya (sebab aku tinggal di Malaysia maka itu yang aku nampak), sangat prihatin dan muhasabah diri pabila tiba ramadan. 



Rata-rata orang akan rindukan ramadan. Tak kira yang muda dan tua. Semuanya rindu ramadan. Namun, ia tetap akan pergi dan akan kembali lagi tahun hadapan. Kita akan bersyukur apabila kita dapat menikmati ramadan lagi. Tetapi harus ingat, mati akan tiba jua. Entahkan dapat bertemu ramadan lagi? 



Sementara masih bulan syawal, marilah kita berpuasa enam. Berpuasa enam hari di bulan syawal. Dapatkan nikmat puasa enam ini sementara masih hidup lagi. 



Bersedekahlah wahai teman.
Berilah harta yang paling disayangi kepada orang yang lebih memerlukan. 

Semuga apa yang dilakukan oleh kita, diberkati Allah.



Amin


***
.
.
.

Kanak 1 aka Along beli satu movie di Astro. Miracle in Cell No. 7. Dapatlah tengok 48 jam yakni 2 hari. First time aku tengok movie yang beli di Astro. Bila dah beli baru perasan yang Widad tak ada nak tengok. Abaikan dia.




Well, nangis tengok movie ni kot.





***

August 26, 2013

.
.
.

Hari ni black Monday untuk aku. Tak. Bukan ada peristiwa hitam pun takat ni. 



Hari ni aku pakai baju hitam, seluar hitam, tudung grey dan kasut grey. Kira grey tu dalam kategori hitam. Maka, black Monday for me. 





Langsung tak ada motif cerita hari ni. Sighhhh





****

August 25, 2013

.
.
.

Hari ni aku kerja. Sunday kot. Tapi aku gagahi dengan mengajar selama 9 jam. Mati kedu kejap. Actually ni ganti kelas sempena ramadan ritu.  
 
 
Anyways, aku cari makanan untuk breakfast tadi. Aku jumpa.
 
 
1 kuih keledek yang inti gula dalamnya. Kat Kelantan banyak ni. Entah apa nama kuih ni tah.
1 lepat pisang. Fuh dah lama mengidam ni. Dah 3 tahun tak jumpa.
1 setengah apam tepung gandum. Finally dapat jugak merasa setelah berhempas pulas mencari dan suruh Kanak 1 buatkan (mengapa satu setengah? well, sedang aku nak makan apam kedua yakni dalam kereta, kawan aku DrF lalu dan ajak borak, terus berhenti makan dan layan. Tercekik 2 saat tadi).
 
 
Maka, craving kuih muih dah selesai. Craving nak rumah bungalow bagaimana?
 
 
 
 
 
Mimpi Mimpi Mimpi Mimpi Mimpi (sila bunyi macam echo echo echo echo echo)




***

August 24, 2013

.
.
.

Dapat email dari Myeg. Ada 3 saman. Erk. Satu keter aku. Satu keter Widad. Satu keter Muhammad. Oleh kerana tiga kereta tu nama aku, maka akulah yang dapat saman. Sekeh kang di Widad dan Muhammad tu. Yang heran tu, keter aku tu, aku dapat saman tahun lepas tapi semalam baru dapat email. Saman tu, masa aku balik cuti dari Korea. Masa cutilah aku nak kena saman. Hishhhh.



450 melayang.



***

August 22, 2013

.
.
.

Hari ni aku bertungkus-lumus untuk siapkan permohonan geran. Mintak geran sampai 200k. Banyak tu. Dapat belum tentu lagi. So hari ni, since semua orang dalam dunia ni tahu aku akan ke opis, maka ramailah yang nak jumpa. Sana sini bercakap, cop, sign segala bagai. Sempat pulak aku kemas opis. Yup, aku berkemas ye kengkawan!


Well, sedang berkemas tu, aku terperasan. Ada plastik yang aku letak speaker yang dah tak pakai. Aku pun angkat plastik tu sebab nak buang. Boleh ke, plastik tu hancur dan putus2 bila aku nak angkat. Eh, plastik pun boleh reput ke? Masa tu tak teringat benda lain. Cuma teringat, mungkin plastik sepesel tu. Rupanya bila dah balik rumah, aku teringat, memang ada jenis plastik yang boleh hancur. Tesco memang bagi plastik gitu. So bila dah lama sikit, dia akan hancur bila angkat. Tapi masalahnya, habis bilik aku bersepah dek plastik halus. Vacuum memang nehi. So aku gagahkan diri untuk kutip.


Entah apalah motif cerita hari ni.. Ceh.




***




August 21, 2013

.
.
.

Aku pelanggan tetap Thai Odessey. Siap ada personal masseuse hokey. Macamlah orang lain tak adakan. I mean yang aku book setiap kali aku datang. Orang yang sama. Maka sebelum puasa ritu, aku pergilah. Bila dah habis urut, dia pun cakap. 




Masseuse: I go back Thailand. One man (month).

Aku: Ooo. I wait you (siap dengan tunjuk diri aku dan diri dia dengan harapan dia paham).

Masseuse: I back Malaysia September.

Aku: Ok, I wait you (masih dengan gaya tunjuk diri aku dan diri dia dan siap sengeh tanda aku tunggu kau).





Bila dia dah pergi. Aku pun terperasan. Eh, yang aku beriya macam orang jatuh cinta tu kenapa. Nak vait vait (wait wait) sangat! 




***
.
.
.



Saja suka-suka nak dengar lagu ni. Lagu Indon. Lagu dalam drama Ilaika Yusof masa ramadan. Tapi yang aku tak setuju dalam lirik tu ialah cinta cintun sampai gila. Wah, tragis tu.




***

August 20, 2013

.
.
.

Best juga setelah berpuluh tahun tak tengok filem Melayu lama yakni Singapura dilanggar Todak, aku rasa Bat Latif sangat pandai berlakon. Habis kena pukul dan henyak, dia tetap hafal skrip. Kalau filem dia kena pukul dek Normadiah lagilah sadis (filem Laila Manja). Sampai lembek kawan tu dipukul tapi dia tetap berlakon bagus.




Akhir cerita Singapura dilanggar Todak tu, Bat Latif mati dan semua penduduk kampung lari ke Tanah Melayu. Terus semua orang jadi warganegara Tanah Melayu dan berlakon dalam filem Yusof Haslam. Heh.



***
.
.
.

Anak aku si Muhammad yang praktikal di KLIA ni, sangatlah busy. Busy sampai tak sempat nak balik rumah. Mesti gara-gara selalu jumpa pramugari yang shantek2 dan syomel2. Pastu dia asyik cakap kena beli uniform baru sebab baju dia dah nampak besar dan geloboh. Dah kurus ke? Tapi since dalam surat khabar sebut tentang masalah MAS, tentu dia risau. Bukan risau pasal kerja dia tapi risau tak dapat jumpa pramugari. Apakah?




*** 

August 18, 2013

.
.
.

ni dari instagram. dari blog along jugak. gambar cucu. sofea al-latisya. payah nak suruh senyum. ni pun dah berpeluh2 nak bagi senyum dalam gambar. kesian akukan. gambar pun kena pinjam dari along. 






***

August 16, 2013

.
.
.

Yay. Maka sekianlah kursus 2 hari aku di Sasana Kijang. Phew! Aku belajar apa dari kursus tu? Yang aku tahu, ada Board simulation lagi 2 minggu dan case study dah dapat. Cuma pahamkan dan jadi board of director as in practical nanti. Lepas tu, aku grad. Wehooo!!! Aku dah boleh dilantik sebagai Board of Director. Elo, bukan 2 hari je kursus pastu boleh jadi Board of Director ye kengkawan. Aku dah hadir beberapa hari lagi masa bulan April ritu lagi. Pastu ini between ada lagi kursus sambungan. 



Jenuh kau! Belajar account, risk management, governance etc. 




Masa nak balik tadi, ada sesi bergambar. So oleh kerana ada 40 participant, maka kenalah ada yang duduk atas kerusi dan ada yang kena berdiri. Aku berdiri je kat tepi tu. Yang organiser pun panggillah semua dato' dan datok dan VVVIP untuk duduk depan. Tiba-tiba, dia orang panggil aku jugak. 'Propesor, come and sit here as well!!!'. Hahhaha, terus rasa macam nak bawak balik je kerusi tu. Aku disamakan level dengan VVVIP. Fuhhh. Mesti realitinya sebab aku terpinga-pinga kat tepi tu dan tak ada siapa nak duduk di kerusi sebab sure nampak gemuks bila duduk. Cis. Aku tertipu sudah. 



Esok aku raya. Woohooo.



***

August 15, 2013

.
.
.

Alim berjaya puasa enam hari. Baru hari pertama. Teruskan perjuangan anakku! 


Pagi tadi aku bangunkan Alim untuk sembahyang subuh. Malam sebelum tu, dia tidur pukul 3 pagi. Dia cakap nak terus sahur. Aku ok je sebab masih cuti sekolah lagi. 


So masa bangun subuh tu, aku dah panggil banyak kali. Tapi dia tak bangun pun. Alarm fon dia bunyi sampai bingit telinga aku. Aku terus ke bilik dia. Aku nampak dia duduk atas katil. Fon masih bunyi di sebelah dia tapi dia tak offkan. 






Aku: What are doing? Go solat.

Alim: (tengah pegang plastik stokin baru sambil nak buka plastiknya).

Aku: What are you doing? What is that?

Alim: (masih pegang plastik stokin tapi masih blur).

Aku: Off the alarm now. Go solat.




Alim terus bangun dan masuk bilik air. Rupanya kawan tu mamai sebab baru je nak tidur  yakni pukul 3 pagi, dah kena bangun sembahyang subuh. 



Hambek kau. Mengigau jadi hantu setokin rupanya. 






***

August 14, 2013

.
.
.



Baju dan seluar kerja dah gosok untuk esok. Eh, bukan aku yang gosok yar. Along yang tolong gosokkan. Esok dan lusa aku kena hadir NIEW. Cer teka apa makna acronym NIEW. Nam Institute for the Empowerment of Women Malaysia. 


Saper nak bagi kalau ada dilantik jadi Director lepas pencen esok lusa. hahahha, mesti tragis semua orang bila aku jadi directorkan. Dahlah semua yang hadir ni dalam kalangan, KSU, TKSU, CEO, Datok, Datuk, Datin Paduka, VVVIP dan segala yang top top person. hahhaha KSU tu Ketua Setia Usaha, TKSU tu ialah Timbalan Ketua Setia Usaha. VVVIP tu ikut koranglah nak berikan maknanya. 








***

August 13, 2013

.
.
.

Aku pergi ke open house rumah kakak aku di Ampang pada raya ketiga ritu. Dia panggil caterer yang sangat organize. Caterer pakai uniform bagai. Eh, bukan semua caterer pakai uniform ke? 


Makanan? Sangat best. Ada nasi impit. Kambing kuzi. Rendang daging. Roti nan. Kuah dal. Kuah kacang. Ada nasi mandi. Entah kenapalah nama ada mandi bagai. Entah apa lagi makanan yang panjangnya satu corridor. Corridor yang pendek. hahaha. 


Tapi lagi best bila, empunya caterer tu ternampak aku dan terus dia tanya,



Empunya Caterer: Ini Datin Paduka ke?

Aku: Eh, bukan! (How I wish! Tapi, aku sengih malu2).


Tiba-tiba.


Anak Datin Paduka: Eh, bukan. Ini adik dia. 





Terus beredar nak ambil makanan tetapi glamour dua saat tu sudah cukup untuk aku menikmati kuay teow goreng yang sedap. Dua kali tambah hencik.







***











August 12, 2013

.
.
.
Memang betullah kata orang. Menabung di tabung haji dari kecil. Memang pun menabung dari kecil tapi adakah kita sudah daftar haji? Menabung dan daftar haji adalah dua perkara yang berlainan. Boleh menabung banyak2 tapi kalau tak daftar, tak boleh pergi haji ikut tabung haji. Kalau nak pergi sendiri bolehlah kot. 



Maka ceritanya. Widad baru daftar hari ini. Maksudnya dah menabung tapi baru daftar hari ini. So ikutkan tarikh dia layak untuk ikut tabung haji untuk menunaikan haji ialah lagi 53 tahun akan datang. So jom kita campur umur dia. Now dia 19 tahun. Campur dengan 53 tahun. Maka dia akan tunai haji masa umur dia 72 tahun. Hmm. Kalau duit terlebih lagi, bolehlah pergi yang private punya. Yakni paling kurang pun 100k. Boleh pergi 2 minggu. Buat yang wajib. Samalah seperti orang pakistan buat haji dari UK. Pergi dua minggu je kot. 



Persoalan sekarang. Adakah kita semua sudah daftar haji? Silalah beramai2 guna duit raya anak2 untuk daftar haji anak2. Cuma RM1300 ringgit dalam tabung haji untuk membolehkan anak kita mendaftar. Yang kita punya, dah sure daftar kan! Dah ke?




Tak lama lagi, kalau daftar haji di tabung haji, kena tunggu 100 tahun.


***

Si Baju Merah

.
.
.

Hari raya ke 5. Semua umat Islam sambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Aku? Opkoz aku gembira sebab anak-anak semua ada bersama aku. Tipu. Bukan semua. Yelah. Kalau dah kawin tu, takkan nak paksa raya dengan aku kan. Dah sure mereka bergaduh nanti anak beranak. Maka, aku tak campur dengan anak2 yang dah kawin. 


To cut short. Raya terbest. Akulah yang bersorak gembira bila pengumuman raya. Aku juga yang bersorak gembira masa isytihar puasa ritu. Suara aku je dengar kat vista ni. Tak sedar diri dah tua tapi nak gak bersorak sambil tepuk tangan. Excited giler kot.


First raya dah kunjung semua rumah makcik dan pakcik aku. Dari 11 adik beradik mak aku, cuma yang hidup ada separuh je kot. Tapi hari pertama dah kunjung 6 rumah makcik dan pakcik tak kira hidup atau yang dah meninggal. Nasib baik semua masih ingat kat aku lagi sedangkan aku sememang bukan anak buah yang glamour masa kecil. Tapi aku kagum dengan daya ingatan mereka. Makcik aku yang hidup dan paling tua berumur 82 tahun dan yang bongsu dan hidup 65 tahun. 


Makan? Opkoz, makan sampai tak hengat dunia. Rendang aku makan macam makan kuaci je. Yakni, sepit rambut depan ke belakang sambil mata pandang ke atas dan juling. Yup, juling makan rendang. Dari rendang campur hingga rendang daging biasa. Semua aku telan. 


Baju raya? Semestinya syantek. Hari pertama dah pakai merah menyala. Eh, mungkin sebab itulah makcik dan pakcik aku kenal aku. Sebab jubah merah menyala aku tu. Sigh! 


Muhammad kerja on the first day of raya. Kesian dia. Tapi dia happy je. Sebab dia cakap dia boleh raya dengan pramugari yang syantek syantek. Cis. Itu je alasan dia rupanya. 



Inilah cerita raya aku. 


P/S Aku beli 15 bekas tat nenas dari Perak. Sangat sedap. Kami dah makan 8 bekas kot. Hahahhah. 


***