October 24, 2011

Gambar Semasa Mengaji PhD di University of Nottingham, UK, Satu Ketika Dulu. Sangatlah Dulu Sebab Tu Gambar Black and White

.
.
Jumpa pulak gambar ni. Cis. Gambar lama gilos kot. Masa ni mana ada kamera digital. Ambik gambar pastu cuci kat kedai. Ni masa aku buat PhD kat University of Nottingham. Lama betul weh. Lama buat PhD heh. Sangatlah lama. Orang lain balik Malaysia, aku masih kat situ gak. Haha. 6 tahun kot. Dah nama tak pandaikan!

Awal tahun ritu, aku sempat gak pergi ke uni aku ni semula. Konon nostalgia tempat jatuh tersungkur kat longkang lagi dikenang. Tak berubah pun. Cuma angsa dan itik banyak meninggalkan tahi di merata tempat.



Belakang yang bulat tu ialah library.

Rakan PhD. Satu dari turkey (yang perempuan), yang black tu aku dah lupa dari mana, dan yang berdiri tu rasanya dari turkey gak

Kawan aku dari Denmark. Dia siap PhD awal dari aku (sebab dia start awal, duhh). Lepas tu dia jadi post doc researcher di uni tu gak. Dr Rolf Weisemmas (dia yang tolong nasihat dan pujuk aku masa aku menangis setelah jumpa supervisor bila supervisor kata aku punya tesis tak bagus-mana tak meraung!)

Roomate dari Turkey (kiri), aku, dari philippines (tak hengat nama dia)

Eh, aku ada ambil gambar kat sini gak masa aku datang lagi sekali awal tahun ritu.



Dah, penat nak scan gambar lama niha. Nampak sangat gambar ni hitam putih. Cis.



***