October 30, 2011

Demam, Pencuri dan Journal



Semalam aku demam. Hari jumaat lagi aku dah demam. Telan antibiotik. Telan actifed. Telan paracetamol. Malam tidur. Bangun awal hari sabtu tu. Pastu tidur balik sebab rasa macam virus dan mula merebak. Suddenly badan lemah je. At noon bangun. Muhammad tak ganggu aku pun. Bagus budak tu jaga aku. Tengahari aku keluar lunch. Makan di CRS di Nilai. 




Mentara nak sampai ke rumah, aku nampak pintu jiran depan rumah terbuka luas. Tak pernah pulak dia buka gitu. Aku cakap kat Muhammad, mungkin pencuri masuk kot. Si Muhammad yang always positive ni memanglah kata tidak.




Malam, lepas magrib, Muhammad keluar. Nak isi minyak kereta aku. 




Dia nampak pintu rumah jiran masih terbuka. Dia report kat guard. Guard datang. Guard ketuk pintu rumah aku. Ajak aku tengok sekali sebab dia nak saksi. Aku takut nak masuk. Aku takut terjumpa mayat bergelimpangan pulak nanti. So aku agak ketar di situ (dasar penakut). Aku pesan pada guard tu untuk tengok dalam bilik air dan bawah katil. Mana tau ada mayat tersorok di situ. Nasib baik tak ada.




So sementara tu, guard call tuan rumah. Dapat nombor tu entah dari mana. Eh, kenapa tak call tuan rumah masa awal tadi heh? Ya, tak iya. Kalau dah tahu phone number, tak payahlah aku takut nak tengok mayat bergelimpangan. Isk.



Tuan rumah rush balik dari Seremban. Aku pun masuk rumah aku. Tak mahu tambahkan stress mereka. Lagi pun aku tak boleh nak tolong pun.




Malam terus takut nak tidur. Sebab mangga rumah jiran tu dipecahkan. Macam senang punya kerja. By the way, pencuri geledah laci dan almari je. Dapat duit cash. Tapi laptop dan tv memang tak diambil. 




Aku terfikir, kalau pencuri masuk rumah aku, aku mesti marah kalau dia ambil laptop. Harta lain tak ada. Cash? Ingat tak aku cerita yang duit aku selalu hilang dalam rumah ni. Dah beribu hilang kot! Toyol moden ke? Silalah ingat balik kat cerita aku sebelum ini mengenai toyol (mesti warna toyol tu lainkan!). Sebab tulah, dalam rumah aku tak ada cash yang lebih dari 100 hengget.



Hari ni Ahad. Aku keluar. Ada bengkel di opis. Ha'ah. Aku pergi opis on Sunday. Memang tercantiklah. Siapkan satu journal untuk disubmit ke Romanian Journal. Tak ada impact factor journal tu tapi ada citation index. Tak apalah tak ada impact factor, janji diterima. 




Dah penat.




Esok aku cuti. Rabu aku cuti. Selasa tak boleh cuti sebab aku present paper. So Isnin dan Rabu aku cuti. So dua hari yang aku cuti tu, aku nak ke KL (why oh why!).




Kata tadi, demam! Kenapa nak keluar?





Adakah itu cara untuk recuperate?





Hmmm!



***