September 13, 2011

Suka Perhati Orang di Alamanda


Aku suka perhatikan orang kalau aku ke shopping complex. Tak sedar yang orang perhati aku tu! So Sabtu lepas, aku ke Alamanda. Memang ramai. Seperti biasa, student SAS (Sekolah Alam Shah) memang ramai. Dengan memakai tshirt biru dan tertera huruf SAS di belakang, seluar slack hitam dan kasut hitam dan of course tali pinggang yang hampir sama untuk semua sebab tiada corak, semua pasti kenal yang itu budak SAS.


So aku pun ke food court. Teringin nak makan nasi padang. Sambil duduk aku nampak mereka ni order pelbagai jenis makanan. Dalam hati aku, ni mesti duit raya sebab agak mewah juga mereka order makanan. Sekali sekala dan keluar pulak dengan kawan, of course seronok. Kebanyakkannya order yee mee sizzling sebab raya ritu mungkin tak jumpa makanan tu (terus aku nak order yee mee tu!). Aku senyum je tengok sebab mereka nampak happy makan ramai-ramai. 


Di satu sudut lain pulak, ada tiga orang budak perempuan. Mungkin berumur 11 hingga 13 tahun. Mak bapak tiada sebab mereka ni bayar makanan sendiri. Salah seorang tu mengeluarkan duit sepuluh ringgit dan meletakkan duit itu ke hidung. Nak bau. Dan terdengar dia berkata, 'Duit raya aku ni!'. Mereka ni order chicken chop tapi dua pinggan je sebab seorang lagi tu share dengan kawan dia yang lain. 


Lepas tu aku singgah McD. Nak beli ice-cream (ni tak reti kenyang ke?). Memang ramai betul. Selain student SAS, ada juga remaja lain. Sah-sah budak sekolah menengah sebab gaya pakaian dan kawan-kawan. Walaupun mereka ni masih sekolah tapi aku tengok mereka ni still jaga tata terbit (tiada watak mengada atau over di situ!). Dalam hati aku, 'oklah sebab perabih duit di McD'. Lagi pun raya kot!



Tujuan cerita ni memang ada.


Bak kata Aliaa, memang eloklah dia orang tu perabihkan duit raya begitu sebab ada sekali tu (minggu lepas), si Aliaa pergi ke Seven E. Dia terjumpa dengan remaja perempuan dalam belasan tahun (budak sekolah), mengeluarkan duit 50ringgit. Beli top-up. Arghhh. Membazir betul duit raya beli top-up. Kan elok kalau beli makanan ke. Nampak gaya macam budak dari taman je atau pun dari kampung sebelah. Hishh. Banyak betul duit raya tapi digunakan dengan entah apa. 



Duit raya Alim sudah pun dimasukkan dalam ASB dia (terus guilty). Duit Widad pun gitu gak (kena paksa simpan). Dulu masa kecik, memang aku bawa ke toy'r'us. Beli toys yang mereka suka dengan menggunakan duit raya tu. Baru dia orang appreciate toys tu sebab beli sendiri. 



Ahhh, penat nak type dengan keyboard ni. Huruf tenggelam dan tak timbul. Kena korek dengan pen baru boleh guna. Cis.



Boring punya cerita. Actually malam tadi aku susah nak lelap so aku teringat nak type je cerita ni supaya aku tak lupa. Ni pun ada gaya nak dapat mini Alzheimer!



Otukeh?



***