September 30, 2011

The Best Friday Ever


Aku memang suka exaggerate. Tak ada beza pun dengan jumaat lain. Sama je. Aku mengajar dari 10 pagi hingga 9 malam. Bukan. Bukan straight mengajar. Ada gap in between. Cuma kelas petang tu start lambat. 


Hari ni topik untuk student PhD aku ialah quantitative paper for publication. Yup. Kena buat paperlah maknanya. Sure berlori pahala aku dapatkan. Heh. 


Bukan apa, student sure kutuk aku sebab assignment yang susah so aku yang dapat pahala. Huahuahua. 

Dah tahap PhD, kenalah bersusah payah. 


Tadi pagi ada appointment with one of the professors at UPM. Dia sangatlah baik dan helpful. So kesimpulan, aku akan buat amendment untuk dua paper aku dan submit pada dia untuk publication. Hopefully with impact factor. Whats with the impact factor? Hishhh.

Kawan aku marah sebab tak pakai mobile phone. Aku memang tak suka guna phone so aku pinjam nombor dari Digi. Nantilah aku fikirkan.


Tadi ke bank jua. Nak minta waive fees for credit card. Banyak cekadak punya card yang fees hingga 150 hengget. Boleh beli famous amos berkilo-kilo tu.


So lunch dengan Maisarah di pentadbiran. Lauk dah habis so makan apa ada je sebab aku dah malas nak jalan sebab panas. Malaysia hot, you know!  Kacang bende rebus. Bende tua so liat gilos. Ayam masak lemak cili api dan sambal belacan.







Am craving for food at CRS!


Otukeh?





*CRS= chicken rice shop

***