Pagi ni kami berkumpul di depan hotel. Kami dihantar ke ICC (entah apa makna akronim ni tah, aku lupa!). Terus ada dua pembentangan dari Malaysia dan Indonesia. Lepas tu kami dibawa ke Dewan Utama untuk acara perasmian.
Kami dapat duduk belakang. Nasib baik dapat tempat duduk sebab punyalah padat dalam dewan tu. Rasa macam satu Brunei hadir pada hari tu. Sambutan memang kelas. Yalah, sambutan 50 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
Aku kagum kerana di Brunei ni kalau duduk di tempat khalayak, mestilah diasingkan lelaki dan perempuan. Sangat kagum di situ.
Tak lama lepas tu, Sultan pun masuk ke Dewan. Sangat tampan. Tegap dan tersenyum sambil memandang ke kiri dan kanan. Ya, aku sangatlah jauh so tak berapa nampak di situ. Cis, patutnya aku duduk betul-betul sebelah dia jalan. Hish.
Selepas ucapan demi ucapan dan hadiah untuk penulis, Sultan terus jalan keluar. Aku nampak urusetia berkejar untuk mengiringi dia tapi Sultan ni sangatlah humble dan mesra rakyat kerana sambil jalan tu, dia sempat juga senyum dengan khalayak.
Aku dan Widad sudah pun berubah tempat. Dekat dengan carpet merah tu. Sempat juga nampak dia secara dekat. Terpegun. Tapi memang orang lain yang di belakang dia pun kena jalan cepat macam dia.
Sultan ke pameran. Aku dan Widad ikut belakang. Dengan harapan dapat ambil gambar dia nanti. Bersama Sultan ada dua adik dia yang merangkap menteri juga.HRH Pengeran Sufri Bolkiah dan HRH Pengeran Mohamed Bolkiah. Anak Sultan pun ada. HRH Prince Malik yang tampan.
Yang penting, aku dan Widad dapat bersalaman dengan Sultan.
Aku nak print gambar aku bersama Sultan.
Puas hati kerana misi aku untuk membawa Widad untuk berjumpa dan bersalaman dengan Sultan tercapai juga.
Syukur.
***