Sampai Bandar Seri Begawan lebih kurang pukul 3.30 petang. Ada airport pick-up. Memang kelas. Tak pernah pulak aku ni ditunggu kerana selama ni aku je yang buat pick-up. So agak terasa seperti sangat penting di situ.
Ada bas persiaran sudah menunggu. Ada 8 orang dari Malaysia. Yang jemput kami tu adalah 8 orang jugak. Terus kami dibawa ke restoran untuk minum teh. Aku cuba jugak makanan Brunei. Memang sedap.
Terus check-in ke hotel. Silalah tengok gambar bilik hotel.
Ya, hotel pun Brunei sponsor. Sultan yang sponsor. Tak kiralah berapa star hotel ni tapi bagi aku, sudah cukup bagus dan bersyukur sangat-sangat dapat layanan istimewa.
Lepas solat jamak bagai, aku dan Widad ke Giant. Ya, ada giant kat Brunei ni. Bangunan hotel ni bersekali dengan bangunan shopping complex yang ada juga giant (apa yang aku type ni?). So kami jalan seround sebab nak beli baju formal untuk Widad since hari sabtu ada ceremony bersama Sultan Brunei.
Sebelum tidur terus berangan nak bersalaman dengan Sultan Brunei. Best giler dapat berangan ni.
***