Apa yang aku tahu mengenai Brunei setelah ke sana 4 hari 3 malam dan 20 tahun dulu aku pernah datang sekali,
1. Brunei sangat serene.
2. 90% gadis memakai tudung silk or from Tie Rack (empat segi) yang bercorak. Memakai dua kerongsang. Satu di bawah dagu dan satu di hujung tudung.
3. Kebanyakkan lelaki dan perempuan Brunei putih-putih belaka.
4. Orang Brunei memang baik dan mesra.
5. Masjid yang sangat cantik dan unik.
6. Tiada profesion sebagai pemandu teksi kerana tak jumpa teksi langsung.
7. Tiada bas awam (mungkin aku yang tak jumpa).
8. Mercun dan bunga api dijual secara terang-terangan. Tak pulak putus tangan or jari.
9. Acara yang aku hadir dihadiri oleh Sultan dan dua adik serta seorang anak.
10. Acara formal yang dipermudahkan. Tiada banyak protokol. Sangat bagus.
11. Sultan yang mesra rakyat. Sentiasa senyum.
12. Rancangan televisyen yang banyak mengenai kegiatan Sultan serta kaum kerabat bersama rakyat. Sangat bagus.
13. Aku ingin bekerja di Brunei nanti sebab Brunei negara yang banyak memberi aku masa untuk berfikir dan beramal.
14. I love Brunei.
15. Aku dapat jumpa, bergambar dan bersalaman dengan Sultan Brunei (am going to say this like forever).
16. Aku nak pindah ke Brunei.
17. Stesyen minyak Shell ialah kepunyaan Brunei.
18. Tak sempat nak makan ambuyat.
19. Dapat makan nasi di Sugar Bun.
20. Brunei is really amazing!
***