March 27, 2011

Kotak Yang Pulang



Dua kotak mengandungi entah apa telah pun berlayar pulang ke Malaysia. Dua. Aku kurang pasti apakah kandungan kotak tersebut. Yang aku tahu, semua jaket winter ada di dalam kotak itu. Perlu bawa pulang kerana tidak mahu membeli lagi bila aku kerja di luar negara nanti. Lagi pun di Malaysia, jaket winter amatlah tidak cantik. Yang aku ingat, ada banyak extra virgin olive oil. Buat santapan aku nanti sepulangnya aku ke Malaysia. Telan jangan tak telan! 



Radford Grove Lane, Nottingham.

***