Actually, pertukaran jam yang bermula semalam, kena tambah sejam dari waktu asal di sini. So kalau kat sini pukul 1 pagi, kena tambah jadik pukul 2 pagi. Al-kisah, setelah tambah, malam tadi tidurlah kami anak beranak seperti biasa. Bangun pun seperti mengikut jam. Tapi kenapa aku rasa macam mengantuk? Adakah aku jetlag? Tak naik kapal terbang pun. Tapi mengantuk lain macam hari ni. Macam tak cukup tidur. Adakah aku mengada sedangkan bukan ada beza pun sebenarnya?
Pagi ini, ingatkan seperti minggu lepas, cuaca agak baik. Tak perlu pakai jaket tebal seperti minggu lepas. Tapi bila tengok internet, hari ni 4 darjah semula. Cit, jaket sudah berada dalam kotak dan dalam perjalanan pulang ke Malaysia justeru nak kelubung dengan apa pula?
Adakah ingat akan cerita aku mengenai mata bergarit? Well, yang karut marut tu telah membuatkan mata kanan aku pula bergarit. Mesti ada yang nak kena pelempang. So hari ni, aku buat kuay teow goreng basah. Entah apa rasanya, janji kicap hijau dah habis. Tak nak beli lagi dah. Makan apa sahaja makanan yang ada ni sebab kalau beli pun akan membazir lagi nanti. Hmmm, patutnya aku bagi makanan Malaysia yang banyak lagi ni pada lelaki yang datang ambil dua kotak aku minggu lepas tapi aku sangatlah lupa. Sempat bagi cili sos je! Erk!
Dalam kepala aku sekarang ada banyak plot cerita. Tapi macam nak muntahkan ke kertas seperti macam makan cili api mentah. So, never mind!
Radford Grove Lane, Nottingham.
***