Malam tadi tak boleh nak tidur sangat. Bahu aku sakit menyengat! Banyak punya alasan. Hari ni aku kena habiskan paper aku yang masih sangkut lagi tu. Sikit je lagi. Tiga lagi literature lepas tu beres! Tapi nak cari tu macam agak sukar sebab buku aku semua di Malaysia. Camner tu. Lepas tu, lagu Korea ni semua macam berhantu pulak. Walaupun aku tak faham, tapi bila tengok video clip baru aku faham. Tadi ada email pasal mohon geran. Maximum 500k. Banyak tu. Kalau buat satu movie, cukup tu! Tapi bapak punya malas nak isi borang untuk memohon. Itulah kelemahan aku yang sangat aku tak suka. Aku tak suka isi borang. Macam letih je nak isi borang tu sedangkan kalau dapat geran tu, memang boleh tercapai cita-cita aku yang aku baru je buat. hehehe.
Cita-cita boleh berubah dalam sekelip mata. In fact, cita-cita aku pagi tadi ialah nak berjalan kat luar sambil menikmati udara segar. Yerait! Sesen aku tak percaya. Aku memang tak suka nak jumpa orang, so tak ada maknanya nak keluar menikmati udara tu. Ceh! Aku duduklah di rumah ni buat kerja sampai lebam. Nak ke opis di Leicester cam tak mahu je sebab parking je mahal gilos. Kalau sehari parking boleh beli satu troley cokelat cadbury! So sila lupakan.
Radford Grove Lane, Nottingham.
***