March 31, 2011

Kawan Aku



Kawan aku pernah berbisik secara kuat pada aku, 'Pijaklah di bumi nyata. Apa yang ada di depan mata inilah nyata'. Aku terfikir. Aku memang buat sedemikian tapi kadangkala aku sendiri tertipu dengan suasana yang ada. Atau aku yang menipu? Aku masih lagi berfikir.


Kawan aku berkata lagi, 'Senyum selalu tapi kenalah iklas.' Aku terfikir walaupun aku terkedu seketika. Memang aku selalu senyum walaupun senyuman aku kadangkala senget sedikit tapi aku tak tahu adakah aku ini ikhas atau sememangnya aku payah untuk tersenyum walaupun aku ingat aku sudah tersenyum. Aku masih tersenyum ni.


Kawan aku berbisik, 'Kadangkala dalam ramai-ramai kawan ni, ada satu yang boleh dijadikan sebagai 'soul mate'.' Aku kurang setuju sebab dalam masyarakat nan Melayu ini, no such thing as 'soul mate'. Mungkin aku tiada tapi perkataan ini sangatlah janggal dalam kalangan so called dunia aku sendiri. Tapi aku masih angguk jika ada yang mempunyai 'soul mate'. 


Kawan aku berbisik lembut, 'Kalau jumpa hantu, ludah ke belakang'. Aku terbeliak biji mata seketika kerana aku rasa, kalau jumpa hantu memang tak sempat nak telan air liur pun malah air liur pun kering kot! Jadi sila abaikan jumpa hantu. Tak kiralah hantu mat saleh di sini ke!


Kawan aku menjerit dari jauh, 'Kalau kau banyak duit, hulurkanlah pada aku di sini.' Aku cuba jerit pada kawan aku tu, 'Boleh je, nanti lepas kita jual semua karipap ni di pasar malam'. Dia tersengih.


Kawan aku berbisik lagi, 'Kalau setiap kali jumpa mak, salam dan cium tangan jangan lupa'. Aku angguk sambil mengesat air mata. Aku memang buat begitu tapi aku rindu untuk buat begitu lagi. 


Kawan aku berbisik sambil mengalirkan air mata,  'Kau maafkan aku ya. Aku banyak buat salah pada kau. Maafkan aku!'. Aku sebak, mengangguk lalu membaca ayat suci Al-Quran dan seketika itu, kau pergi tinggalkan aku jua. 







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

March 29, 2011

Pergi Dulu Sebelumku



Baru aku perasan tadi. Jackie Chan pergi dulu sebelum ku. Umur dia 6 tahun tua dari aku. Hmmm, kira muda kalau umur gitu untuk pergi dulu. Kalau orang mati umur gini dikira muda. Tapi kalau hidup, kata tak sedar diri yang empunya diri tu tua. 


Kalau aku mati di sini, siapa pula nak uruskan?


By the way, Jackie Chan tak jadi mati sebab orang yang menyebarkan tu kata, April Fool! Memang bodoh punya orang yang menyebarkan tu! Jom saman!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

March 28, 2011

Hari Ini Jua




Actually, pertukaran jam yang bermula semalam, kena tambah sejam dari waktu asal di sini. So kalau kat sini pukul 1 pagi, kena tambah jadik pukul 2 pagi. Al-kisah, setelah tambah, malam tadi tidurlah kami anak beranak seperti biasa. Bangun pun seperti mengikut jam. Tapi kenapa aku rasa macam mengantuk? Adakah aku jetlag? Tak naik kapal terbang pun. Tapi mengantuk lain macam hari ni. Macam tak cukup tidur. Adakah aku mengada sedangkan bukan ada beza pun sebenarnya? 

Pagi ini, ingatkan seperti minggu lepas, cuaca agak baik. Tak perlu pakai jaket tebal seperti minggu lepas. Tapi bila tengok internet, hari ni 4 darjah semula. Cit, jaket sudah berada dalam kotak dan dalam perjalanan pulang ke Malaysia justeru nak kelubung dengan apa pula?

Adakah ingat akan cerita aku mengenai mata bergarit? Well, yang karut marut tu telah membuatkan mata kanan aku pula bergarit. Mesti ada yang nak kena pelempang. So hari ni, aku buat kuay teow goreng basah. Entah apa rasanya, janji kicap hijau dah habis. Tak nak beli lagi dah. Makan apa sahaja makanan yang ada ni sebab kalau beli pun akan membazir lagi nanti. Hmmm, patutnya aku bagi makanan Malaysia yang banyak lagi ni pada lelaki yang datang ambil dua kotak aku minggu lepas tapi aku sangatlah lupa. Sempat bagi cili sos je! Erk!

Dalam kepala aku sekarang ada banyak plot cerita. Tapi macam nak muntahkan ke kertas seperti macam makan cili api mentah. So, never mind!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

March 27, 2011

Sekian Untuk Minggu Lepas



OK, sekian untuk cerita minggu lepas. Aku suka nak upload music video dari youtube. Rasa macam nak buat gitu pada seluruh minggu lepas. Kalau tak suka nak tengok, abaikan. Kalau suka, jom tengok. Tapi no worries, semua aku pinjam dari youtube. Nanti ambillah balik, hokey! Hari ni hari Ahad. Banyak post yang aku buat post dated. Masa bekerja mesti diselangi dengan video clip. Kenapa tak ada lagu Melayu? Itulah pasal. Dah cuba cari, tapi tak ada pulak yang macam aku begitu suka. Nantilah nak cari minggu depan dan buat post dated untuk minggu depan. 


So, hari ni masak kambing.



Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Kotak Yang Pulang



Dua kotak mengandungi entah apa telah pun berlayar pulang ke Malaysia. Dua. Aku kurang pasti apakah kandungan kotak tersebut. Yang aku tahu, semua jaket winter ada di dalam kotak itu. Perlu bawa pulang kerana tidak mahu membeli lagi bila aku kerja di luar negara nanti. Lagi pun di Malaysia, jaket winter amatlah tidak cantik. Yang aku ingat, ada banyak extra virgin olive oil. Buat santapan aku nanti sepulangnya aku ke Malaysia. Telan jangan tak telan! 



Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Habit Yang Hilang!



Kalau ditanya, bagaimana rasa hati aku? Aku akan jawab, aku takut aku lupa bagaimana rasanya untuk menjawab panggilan telefon mudahalih (mobile phone). Semenjak datang ke Ireland dan UK, telefon aku cuma berdering kurang dari 10kali. Aku lupa pentingnya telefon ini! Aku lupa bagaimana perasaan jika iannya berbunyi! Aku lupa bagaimana ingin menjawab? Adakah Hello? Adakah Yabusayo? Adakah, ha nak apa? Adakah? Bolehkah aku lupa habit yang aku selalu buat di Malaysia? Kadangkala aku terfikir jua, perlukah aku mempunyai telefon apabila aku pulang ke Malaysia?



Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Demi Semua



Tiada urusan membeli groceries minggu ini. Aku tak mahu keluar. Widad dan Alim lebih rela tinggal dalam rumah sambil menonton variety show. Cuaca pun tampak ok walaupun kadangkala seram sejuk seketika. Minggu ni aje, sudah setiap hari makan lauk bertemakan ayam. Memang tak teruja langsung!



Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Tukar Waktu Lagi



Hari ini, jam perlu ditukarkan lagi. Dah hujung March rupanya. So kena tolak sejam. Kalau nak kira dengan waktu di Malaysia, cuma beza tujuh jam berbanding lapan jam sebelum ni. Setiap pagi, pukul 5 pagi sudah cerah dan terang benderang di luar. Agak sunyi sepi dan bayang manusia memang tiada. Cuma bayang di batu nisan di hadapan rumah aku aje ada! Jasper?




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Service Charge Yang Mahal



Wire duit ke Muhammad. Suruh dia keluarkan di Malaysia. Dia ada Cimb kad. Dia keluarkan di BSN (bank simpanan nasional). Kena service charge di BSN, sebanyak RM20. Memang terkezut. Kenapa sampai RM20 just for tumpang keluarkan duit. Bukan ke bank lain, cuma dua ringgit or seringgit? Memang cekik darah BSN. Walaupun BSN ada sijil simpanan premium, tapi memang tak hingin aku nak pergi ke bank tu lagi dah! 






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

March 21, 2011

Berita Yang Paling Tak Suka


Sejak semalam mata kiri aku bergarit. Pagi ni pulak tanpa henti bergarit. Kiri je pulak tu. Petanda? Dah tua gini pun nak ikut petanda jugak ke? Memang tak betullah kalau nak ikut petanda yang karut marut tu. So pagi ni, aku terima mesej kat mobile phone. Memang buatkan aku menyirap darah kejap dengan mesej tu. Terus mati fikir tak boleh buat kerja dah. Memang mangkuk punya mesej. Kaitan mata dengan mesej? Bermula dengan huruf M. Sila rujuk cerita P. Ramlee ok!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Hari Yang Lebam



Malam tadi tak boleh nak tidur sangat. Bahu aku sakit menyengat! Banyak punya alasan. Hari ni aku kena habiskan paper aku yang masih sangkut lagi tu. Sikit je lagi. Tiga lagi literature lepas tu beres! Tapi nak cari tu macam agak sukar sebab buku aku semua di Malaysia. Camner tu. Lepas tu, lagu Korea ni semua macam berhantu pulak. Walaupun aku tak faham, tapi bila tengok video clip baru aku faham. Tadi ada email pasal mohon geran. Maximum 500k. Banyak tu. Kalau buat satu movie, cukup tu! Tapi bapak punya malas nak isi borang untuk memohon. Itulah kelemahan aku yang sangat aku tak suka. Aku tak suka isi borang. Macam letih je nak isi borang tu sedangkan kalau dapat geran tu, memang boleh tercapai cita-cita aku yang aku baru je buat. hehehe. 

Cita-cita boleh berubah dalam sekelip mata. In fact, cita-cita aku pagi tadi ialah nak berjalan kat luar sambil menikmati udara segar. Yerait! Sesen aku tak percaya. Aku memang tak suka nak jumpa orang, so tak ada maknanya nak keluar menikmati udara tu. Ceh! Aku duduklah di rumah ni buat kerja sampai lebam. Nak ke opis di Leicester cam tak mahu je sebab parking je mahal gilos. Kalau sehari parking boleh beli satu troley cokelat cadbury! So sila lupakan. 





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Academy Alim Buka Semula



Esok, si Alim mula sekolah kembali. Dah dua minggu dia cuti di academy dia tu. So, agak excited banyak jugaklah dia nak ke sekolah tu. Tapi ada parents evening pulak minggu ni. Hmm, camner ni. Biasanya si Aliaa yang tolong hadirkan diri. Maklumlah, aku ni kerja. Kerja ke? Boleh wakilkan orang lain tak? Satu tahun entah berapa kali parents evening kat academy dia ni tah! Rasanya so far dah dua kali dah ni. Ni nak masuk kali ketiga. Apa yang nak diceritakan kalau asyik parents evening je!


Si Widad pulak, macam ada parents evening gak hari rabu ni di college dia tu. Of courselah aku tak boleh nak datang sebab pukul 12 tengahari. Suruh je Widad tu wakil aku. Balik bawa report je! Kan ke senang! Apa pun, nantilah tengok keadaan aku minggu ni. Kalau rasa boleh drive kereta Fiat-Punto-hijau-yang-tak-ada- power-stering tu,aku datanglah ke parents evening tu. Jika tidak, nantilah aku fikir kemudian. 


Hari ni cuaca agak cantik. 12 darjah. Aku keluar pakai jaket nipis je. Macam bahagia rasa! Jom simpan semua jaket winter, sekang!






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Second Time



Memang betul. Ni second time aku drive kereta Fiat Punto hijau yang di luar rumah aku tu. Ye, kereta aku! Dahlah tak ada power stering! So bila nak pusing or take a sharp turn, si Widad kena tolong. Aku sudah sakit bahu dah ni! Kami cuma pergi ASDA kejap. Beli susu dan sebagai. Balik rumah, terus macam tobat tak mahu drive lagi dah. Haish, masa nilah rindu kat Jonah! Miss you really, Jonah! 


Balik singgah Forest Field kejap. Alim dan Widad nak main kat playground. Baru aku tahu yang playground kat FF tu ada satu set exercise equipment. Free for all. Cayalah. Ni kalau tak kurus lagi tak tahulah! Am talking about Widad here! Aku dah tak perlu kurus lagi dah. Dah senja. So bagi aku yang penting right now, low cholestrol and melow all the time in order to avoid high blood pressure. 


So right now, am creating my own world. Eh, macam autistic pulak aku ni! Fine, I am considered as autistic. I would rather jadi autistic since ada dunia sendiri. I want to be one of them. Asperger pun ok! I want to enjoy what I like. I want to appreciate what I  like!



Mind all the previous video clips. Taken from youtube. Widad helped!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

March 17, 2011

Tom Yam Lagi ke Rini??


Buat kali yang ke 129, masak tom yam hari ini. Ini berlaku kerana sup bunjut serta kiub tom yam masih banyak so kena habiskan. Kalau dah habis dan aku masih berada di UK ni lagi, silalah buat bodo!






Radford Grove Lane, Nottingham

***

Gambar yang Lain: Roadtrip to the South



Silalah buka blog anak aku si Aliaa ni. Jika ada gambar sama dengan yang aku ada, silalah abaikan. 









Radford Grove Lane, Nottingham.

***

NIKE




Baru habis mesin rambut alim. Ingat di hati hendak letak logo NIKE kat belakang kepala dia tapi suddenly rasa macam guilty pulak. Sebab dia tak nampak kalau aku tersengetkan logo tu nanti. So abaikan. Lagi pun dia pernah buat logo tu masa dia kecil. Di UK.  Masa tu tengah hebat pelajar di UK ni buat logo di belakang kepala. What the dell! Motif  post ni?






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Jacket Potato yang Kureng


Suddenly aku sudah tidak suka makan jacket potato. Kenapa yar? Sebelum ni aku amatlah suka dan boleh habis satu potato yang agak besar. Tapi semalam, aku cuma makan kulit potato with coleslaw, chesse and corn. Kemana pula hilangnya selera aku? Sangat payah ni! Tapi semalam, memang membazir! Ceh.








City of Nottingham

***

Editing


Baru selesai buat amendment untuk journal Media. Sudah pun dihantar balik kepada editor. Hopefully, paper aku tu ok untuk publish tahun ni.  Sekarang ni tengah mencari semangat aku yang hilang untuk menulis. Arghhh, begitu parah hidup aku ni kalau tidak menulis!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Selambak Buku


Sangat meriah. Semalam petang kami pergi ke carboot Arnold. Tujuan pergi nak cari buku cerita untuk Widad dan Alim. Kebetulan, dapat good bargain. 55 books for 3 pound. Memang sangat bagus. Dari buku Dan Brown hingga ke buku Jonathan Straoud. Mereka berdua kena baca semua buku-buku tu hingga demam. 






Arnold, Nottingham.

***

March 16, 2011

Bagel


Dulu aku suka makan bagel. Bagel with cheese spread. Memang sedap gilos. Lagi sedap makan masa aku kat US. Bagel kat US memang fresh. Makanan ruji dia orang kot! Itu pun adik aku yang introducekan kat aku. Memang boleh pengsan lepas makan tu. Selama sebulan aku makan bagel setiap hari. Terus naik berat badan hingga 10kg. Terus stop makan dan kini, bagel datang kembali. So aku kena berhati-hati. Bukan tak boleh nak gemuk, tapi aku ni bila naik je berat badan, kepala sudah pusing. Lutut pulak sakit nanti. Baju tak muat. Jeans lagilah sendat. So to be safe in everyway, aku tak perlu nak makan bagel lagi. Tengok bagel dari jauh jelah walaupun sedap giler. 






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Seawal Pagi




Hari ni last day. Last day aku berempat di sini. Esok tinggal bertiga. Satu pulang ke bendang tinggal tiga menoreh getah. Hal packing. Aku jarang packing. Biasanya Maisarah atau Aliaa yang tolong buatkan. Kalau ada conference luar negara pun, Maisarah yang pack baju aku. Yang aku tahu, aku dah sampai airport with the bags. Even, kalau pulang dari conference pun, aku tak pernah nak susun barang dalam bag. Aku main campak je. Sebab aku tak suka packing and unpacking. I hate those things! Sebab tulah kalau boleh elak conference jauh2. Tapi mana boleh pulakkan!

Hari ni kena keluar jugak. Kena isi minyak kereta. Sebab aku malas nak isi minyak nanti. Bukan malas, tapi tak suka. Kalau di Malaysia pun, biasanya minyak kereta aku, si Muhammad atau Maisarah atau Aliaa yang tolong isikan bagi penuh sebelum aku drive. Aku tak suka keluar kereta bila kena isi minyak. Kena jugak isi kalau dah kosong tangki tu kan! 

Perkara yang remeh temeh di atas, aku memang kurang gemar. Silap. Memang tak gemar langsung. Aku rasa bukan aku sorang je berperasaan begitu. Kadangkala, rasa macam mengada tapi apa guna ada anak-anak kalau tidak menjaga ibu dia yang sangat tak suka banyak perkara ni. But for sure, one day, or one fine day, aku kena buat semua itu sendiri. Bila tu?





Radford Grove Lane, Nottingham yang bangun pagi punyalah awal pagi ini.

***

College Mate


Memang salah aku juga kerana tidak aktif langsung bab fb ni. So baru hari ni aku terjumpa roomate aku masa di college dulu. Lama betul tak contact sedangkan dia tinggal di KL dan aku sentiasa di Kajang. Sangatlah jauh.  Kan? Aku ni kena belajar banyak untuk bersosial!! Memang fail bab ni!






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

March 15, 2011

Memang Tidak Sambut Birthday Pun


Hari ni birthday Emak. Aku memang akan sentiasa ingat tarikh ini walaupun kita semua tak celebrate birthday tapi aku tahu aku ingat mak setiap saat hidup aku. Semalam birthday abang aku, Ateh yang cuma setahun tua dari aku tapi dia nampak muda sebab dia kurus dan tak makan nasi dan cuma makan roti dalam hidup dia. Kenapa dia tu?



Love you forever, Mak and NO Ateh, you definitely don't look young! 







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Academy Alim



Djanogly City Academy. Academy si Alim masih lagi cuti minggu ini. Sekolah orang lain tak cuti pun. Ikut suka je academy dia nak bercuti. Di sini, kalau sekolah dia bertaraf academy, boleh cuti sekolah lain dari sekolah biasa. Also, they have their own school procedure. Dahlah sekolah dia berbentuk sejibik academy yang cantik. One massive building. Siap ada lecture hall yang kerusi dia boleh otomatik disusun ketepi. Tekan suis je hokey! Tak perlu nak suruh student angkat kerusi langsung. Labs and mores labs. Memang kagum. Kalah universiti di Malaysia. Setiap bulan, ada je poskad dari cikgu dia memberi maklumat mengenai perkembangan si Alim di academy. Of courselah jika tak hadir, ada text message dari academy pagi tu. Bukan aku hantar dulu ye, tapi academy dia sudah text message bertanyakan di mana Alim. Memang terjaga betul di academy tu. Kalah college di Widad. Eh, silap, kalah college si Aliaa, Aiman, Maisarah, Muhammad dan Widad!!! (Bluecoat Technology College). Alim menang kali ini walaupun dia tak masuk the same college as his siblings.







Radford Grove Lane, Nottingham

***

Mellow



Jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi mellow, silalah menonton drama yang berupa mellow. Insyaallah akan menjadi mellow. Kalau tidak jadi mellow pun, boleh enjoy drama tersebut. Kalau tidak, buat je drama sendiri yang berupa mellow. Paling tidak pun berangan akan plot cerita tersebut dan tersenyum sendiri bila cerita yang dibuat sendiri tu mampu membuatkan kita semua berpuas hati dengan kehidupan yang ada.

Aku tak faham kenapa hari ini aku nak tulis begini! Ceh!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Bulan March Ini


Baru minggu lepas cuaca agak baik. 10 darjah. Kalau jogging di luar, sudah semesti keluar peluh berupa manik-manik kristal yang cantik. Minggu ni dengan harapan seperti minggu lepas tapi sebalik, berubah menjadi seperti winter biasa. 0-3 darjah kembali, cuma belum beku baju di ampaian di luar sana. Sejuk kembali? Bulan March yang sepatutnya spring dan bunga daffodil yang anak-anak tanam di belakang rumah masih mengeluarkan daun dengan meriahnya walau cuaca yang berlainan saban hari. Aku kagum dengan cuaca di Nottingham ini.





Radford Grove Lane, Nottingham

***

Jika Ini Berlaku!


Aku sedang bayangkan jika ada malapetaka yang besar berlaku di UK ini seperti apa yang berlaku di Jepun, aku dan anak-anak aku kena lari ke London yakni ke Malaysian Embassy di London. Adakah Malaysian Embassy di London sudah bersedia dengan perkara begini? Adakah embassy boleh menampung ribuan pelajar dan bukan pelajar malah orang tua macam aku serta keluarga? Jawab sekang!







Radford Grove Lane, Nottingham

***

March 11, 2011

Kasihan Pada Mereka Ini- Maisarah dan Muhammad



Aku rasa amat serba salah. Masa aku ambil keputusan untuk cuti sebatikal ni, memang aku ingin bawa semua anak-anak aku termasuk menantu dan cucu aku. Tapi apakan daya. Maisarah dan Muhammad masih study lagi. Takkan nak tinggal study tu kot! Lagi pun si Muhammad memang tak mahu ke UK lagi sekali. Dia cakap, kalau pergi New Zealand dan bersedara dengan Lomu, memang sudah semestinya dia akan turut pergi dan cuti belajar. 



So, masa kami bercanda di Venice, Belgium, Ireland dan round UK ni, anak-anak aku bujang berdua di bawah ni kena tinggal. Kasihan pada mereka. Sebagai ganti, nanti bila aku dah balik, aku akan bawa mereka ke Brunei dan Indonesia. Nak ke Jepun dah tak boleh sebab tsunami. Tapi kalau sabar, tahun depan kita ke Korea. Hokey!!!








 Missing you both!







Radford Grove Lane, Nottingham

***

Sejam Dua di Bath, UK 6.3.11.


Aku sangat suka di Bath. Tempat yang sangat serene dan indah. Memang boleh terpukau seketika atau banyak ketika. Rasa nak tinggal terus si situ. Bath banyak influence dari  the  Greeks kot.  Bila pertama kali tengok Bath, terasa seperti berada di Greece. Memang cantik. 

I love Bath.




Memang cantikkan! Itu pun gambar rumah yang memenuhi bukit tak berapa jelas dalam gambar. Sejibik di Athens, Greece. 







Bath, UK yang definitely akan menjadi tempat for my next sabbatical.

***

Seketika di University of Oxford


Lepas singgah uni of cambridge, kami singgah di Uni of Oxford. Saja nak bandingkan dengan uni of cambridge which yang sedia sudah tahu apa jawapannya. Nah, gambar! Gambar aku tiada kerana aku malas nak pakai jaket. So duduk dalam kereta!




As usual, no caption sebab malas nak type!





University of Oxford, UK

***

Jejaka Polis Itu



Baru aku teringat, masa cruise ke Belgium ritu, aku agak mabuk laut sikit masa perjalanan pergi. So aku tidur awal. Tepat pukul 2.30 pagi, pintu cabin aku diketuk dengan kuat. Seperti biasa, aku yang agak terkejut sempat jugak berfikir, kenapa kat cabin pun ada orang nak ketuk. Otomatik aku tanya, 'Who is it?'. Belum sempat dia jawab, pintu dah dibuka oleh orang tu. Chais, dia ada kunci rupanya. Nak kidnap aku dan anak-anak aku ke? Rupa-rupanya,



Jejaka Polis: I am the cruise police (suara kuat hokey!)

Aku: Yeah? (dalam otak aku terfikir lagi, aku ada buat salah ke? Am I a drug dealer?)

Jejaka Polis: Are you a medical doctor?

Aku:  (Hesitate kejap sambil pisat-pisat bangun and whats with the medical doctor?). Sorry no. I am a philosophy doctor (masa ni sempat lagi terfikir, kalaulah aku medical doctor, kan ke bangga sekejap walau seminit dua)

Jejaka Polis: Its alright then. Sorry to disturb you. 

Aku: (Sorry kata kau! Kau dah ketuk pintu cabin dengan kuat dan dengan suara kuat, pastu aku sendiri buat conclusion tentang kenapa kau datang, kau boleh kata sorry je!). 



Masalah betullah polis ni. Terus aku tak boleh tidur dalam sejam lepas tu. Perkataan dan ayat bermain dalam otak aku. Ada orang sakit tenat ke? Ada orang hampir mati ke? Kalau aku betul-betul medical doctor, kan ke haru kalau dia mati masa aku tengah rawat dia dengan tak ada facilities yang cukup?  Pastu, aku kena saman dek keluarga si mati tu! So ada hikmah bukan medical doctor!


Actually, dia orang dapat detect nama aku dari online ticket reservation, di mana  nama  aku ada dr di hadapan. Padan muka aku. Dah kena ganggu mabuk laut! Lain kali kena letak awalan HRH. Baru jadi empunya cruise tu. What the helilujah!






Belgium Cruise

***

March 10, 2011

Pada Suatu Hari di University of Cambridge. 4.3.11



Aku dan anak-anak aku memang terasa pandai bila tiba di University of Cambridge. Even ambil gambar ni pun rasa macam dah dapat professorship.






Sekian. Aku malas nak tulis caption! Ni dah bersyukur aku rajin upload gambar!





Cambridge, UK

***