November 25, 2010

Present Sudah



Semalam aku sudah pun present kat seminar di University of Leicester. 

Aku dan driver aka Along aka Aliaa aka SrSNA memulakan perjalanan tepat pukul 12 tengahari. Sampai Leicester mesti cari kedai Oreintal sebab nak beli lemon grass dan pelbagai makanan yang terhengen. Dapat semua sudah. Cari parking  di uni. Memang macam nak marah pun ada. Susah kemain. Dapatlah satu parking yang jauhnya 1km. Hambek kau! Jauh, John! Sejuk pulak tu. Beku aku kejap. Sampai ofis, tunggu Dr Jessica Bain sebab dia nak CV aku supaya dia boleh perkenalkan aku nanti.

Sebelum tu, kami pun bergambar tak sudah kat dalam ofis aku yang cantik tu. Cantik sebab kosong dan sememangnya kosong!

SrSNA tolong staplekan paper aku

'nilah peta dunia dan peta Malaysia ye, tuan puan!

jangan main pisau pembuka surat tu

calculator pun uni bagi jugak! entah nak kira apa!

semua ni nak kena pulangkan ke nanti? hmmmm


aku ingat nak bawa balik yang nilah!


dari tingkap ofis aku yang ada tahi burung, boleh nampak satu Leicester

kenapa bersih sangat meja ofis aku ni?


So setelah berjumpa dengan Jessica Bain, kami pun pergi ke Bennet building. Tepat pukul 3.30pm aku present. 4pm habis present. Q and A session. Lagi sejam, Dol! Orang sini suka sangat nak tanya soklan. Of course kaki aku lenguh berdiri sebab tak ada kerusi. By the way, aku dah cakap kelmarin, aku kena mukadimah peta dunia dan peta Asia tenggara . Memang nasib baik sebab semua orang dalam dewan tu tak tahu mana Malaysia. Ceh! Namanya semua dah belajar tinggi tapi hampes belaka. 

So the presentation went well. Selesai sudah satu misi. The next mission, kena tunggu snow turun. Kalau tidak kerja video aku takkan siap. Takkan aku kena pergi ke Newcastle pulak! Kat situ dah lebat turun dah pun. Ni nak keluar pun bercinta sangat sebab malas nak sejuk2 ni.






Radford Grove Lane, Nottingham.


****