Semalam jari aku ni memang agak gatal jugalah sebab aku sibuk mencari flight murah untuk ke Europe. Tapi manalah nak dapat sebab bayangkan kat rumah ni bukan ada meja makan pun malah meja pun tak ada. Agak kesian tinggal di luar negara dengan segala kemudahan tak ada. Aku ni malas nak membeli sebab nanti kalau pindah, saper pulak nak tolong angkat (orang Poland sebelah jangan harap nak tolong! Aku tak suka orang Poland-sambil menghentak kaki!).
Apa kaitan cari flight dengan meja dan orang Poland? Ngeeeeee!
Apa kaitan cari flight dengan meja dan orang Poland? Ngeeeeee!
So dengan kedudukan yang senget serta dengan bahu aku yang makin sakit, aku cuba juga. Hmm, 350 pound nak ke Portugal! Sighhh, itu baru flight, belum kepala hotel dan makan lagi. Makan bolehlah disekat (hehhehhee), matilah aku kena dengan kebajikan masyarakat sebab tak bagi anak makan (roti sudah, ye anak-anak!)
So akhirnya terbengkalai juga pencarian tiket murah. Tapi aku tetap mahu ke Portugal. Sebab entah kenapa. Kekasih belangku di Portugal? (pemain bola sepak ler tu!).
Sempena pagi Ahad ni, aku sedang berangan nak beli kasut Nike yang cantik dan amat membuatkan aku tak tidur semalaman. Arghhhh, cantik, John! Perlu ke aku beli? Aku memang pakai kasut pergi kerja di Malaysia.Ya, John, aku je yang pakai kasut siap setokin kat opis aku tu. Orang lain pakai strap shoes or even high heels. Tapi aku ni macam tak pandai langsung nak buat gitu (musim rebelious ke!).
So will aim for that and also bag pack Adidas yang stripe merah tu macam cantik je kalau aku pakai (sangat cantik)
Dah pukul 9.30 pagi dan aku masih dalam rumah lagi!
Your point being?
Radford Grove Lane, Nottingham.
***