November 10, 2010

Dr Fazley Yaakob Trauma!

Baca artikel ni, John! (diambil dari harian metro online)

myMetro | Pemilik kolej tidak wajib miliki kelayakan akademik - Khaled






Kisahnya pulak. Universiti yang dia buat so called PhD ni bogus. Hmm, letih betul kalau gini. Yang tak siasat dulu baru masuk uni tu kenapa! Ada juga forum yang aku baca, mungkin mereka tak faham akan sijil atau ijazah tu. Ada yang tak faham perbezaan antara PhD dan DBA! Ada yang kata, DBA lagi payah atau susah dari PhD. Hmm, nak gelak aku dibuatnya. Aku rasa semua PhD student akan melenting bila orang katakan yang DBA tu lagi susah dari PhD. Rasa nak lempang kat orang tu adalah. 

Buat PhD ni perlukan pengorbanan yang banyak. Silap-silap memang hilang saudara. Hmm, tak kot. Hilang harta. Ya, aku mengaku, aku jual satu rumah aku di Malaysia semata-mata nak tanggung aku buat PhD selama dua tahun. Sebab duit scholar tak cukup. Dah anak ramai. Ikutkan aku dah duduk rumah dua tingkat di Malaysia sekarang ni. Nasib baik aku beli rumah 13 tingkat. Hehehhehe. Aku duduk condo murah jer, John!

Berbalik kepada pendapat orang tentang PhD dan DBA ni. Haishhh, bagi senang jelah. Both susah. Both memang nak pukul orang untuk siapkan. Ramai yang tak siap. Ramai yang berhenti sekerat jalan. Ramai yang bunuh diri (ye ke?). Ramai yang terus menetap. Itu kalau buat PhD kat UK atau US atau tempat jauh. Dari tak siap langsung, lebih baik kerja dan menetap terus kat luar negara sebab malu  kalau balik. Hmm, macam niat aku masa aku buat PhD je dulu (Nasib baik dapat Dr akhirnya).

Memang malu kalau tak siap PhD. Lagi malu kalau masuk kerja di Malaysia dan orang tanya, 'Apa kau buat kat luar negara tu lama dan balik tak dapat pangkat dr pun'. Masa tu bukan je nak sepak orang, rasa nak tenggelam bersama kapal selam je. Sebab tulah, aku anggap, siapa yang tak siapkan PhD tu, lebih baik tinggal terus kat negara tu je. Jadi asylum pun tak apa, dari balik Malaysia dan kena hadap manusia yang baik belaka (jangan ikut nasihat aku ni).

Anyways, mungkin dia tersilap sikit je. But he is really professional. Dia terus letak jawatan.  Aku boleh salute dia ni! Harap dia pulih dari trauma ni. Ni trauma ni, John. Memang sure tak boleh tidur buat sebulan dua. Kena pergi jumpa psychiatrist ni. Eh, nak jumpa aku pun boleh. Bab psycho ni memang aku pandai banyak. 

So, balik pada marah aku tentang salah faham masyarakat (segelintir) tentang PhD dan DBA ni, silalah tukar persepsi okay. Dua-dua memang payah nak dapat. Dua-dua sukar. Kalau senang, semua orang dalam dunia ni dah dapat pangkat dr. Kiranya kalau nak dapat pangkat dr ni, kira macam berdarah bijik matalah. Kira terjojol jugaklah keluar mata tu untuk dapatkan sehelai kertas tanda lulus dan boleh bergambar maut di studio dengan pakai bonnet. Jubah sama semuanya. Cuma tukar colour je. Boleh ker, jubah aku yang grad dari luar negara sama warna dengan warna jubah satu uni di Malaysia dulu. Hmmm, nak compliment ke tak tu, sebab aku kerja di uni kerajaan now. Nasib baik sekarang jubah uni aku sekarang ni dah tukar warna.


Aku harap kes dia ni selesai dengan baik. Dia mungkin teraniaya!

So, kena hati-hati ye. Tahniah pada semua PhD graduates yang sudah bergelar Dr dan masih mengalami trauma hidup akibat dari siapkan PhD dulu. Hehheheheh. 


Termasuk aku!






Radford Grove Lane, Nottingham


***