November 5, 2010

Hilang


Aku baru dapat tahu minggu lepas yang kawan aku telah hilang since 2007. Aku kenal sangat dengan dia ni. In fact the last time aku jumpa dia, masa student aku sedang exam dan dia in charge of dewan yang aku jaga periksa tu. Kami sempat berbual. That was around 2005 atau 2006. Dah lupa. So, to cut the story short, Maisarah ada cerita yang kawan dia punya bapa hilang dan dah pun report polis. Aku asyik terfikir macam kes Sosilawati tu. 

Well, tak tergerak pulak hati aku nak bertanya siapa nama bapa kawan dia ni. Tapi minggu lepas aku tertanya dan apa lagi, aku terkejut yang amat. Aku suruh Maisarah letakkan gambar bapa kawan dia ni. Memang sah kawan aku. Seram sejuk seketika. Orang yang aku kenal hilang begitu sahaja. 

Rupa-rupanya, anak dia dah pun report polis masa bapa dia hilang. Bolehkan polis tu siap perli lagi.

'Bapa awak ni lari dengan perempuan lain ni'

Kalau aku ada situ, memang kena tendang kat muka polis ni. Orang nak repot polis sebab kehilangan dan janganlah nak perli pulak. So, lepas repot polis, pelbagai usaha dah pun dilakukan. Ini semua anak dia yang buat tapi hampa sehingga kini.

Dah pun hampir tiga tahun bapa dia hilang. Dan dah tiga tahun kawan aku hilang begitu sahaja. Polis tak buat apa dan tak ada langsung apa berita. Mengikut anak dia, satu hari orang bank telefon. Since anak dia ni penama bagi bapa dia, so orang bank telefon dan memberi maklum yang ada orang dah keluarkan 60k dari simpanan bapa dia. 

Apa lagi, melompatlah anak dia dengan sangkaan berjumpa semula dengan bapa dia. Bila tengok CCTV dari pihak bank, orang yang berurusan dengan bank itu bukan bapa dia tapi duit telah pun dikeluarkan. Anak dia terus tutup akaun tersebut memandangkan bukan bapa dia. Polis pun tak buat apa dengan video tu. Maknanya orang tu tak kena tangkap pun.

Mengikut cerita anak dia lagi, bapa dia baru pencen. Dapat duit pampasan kerja hampir beratus ribu. So satu hari dia keluar seperti biasa, mak dia nampak bapa dia dijemput oleh dua atau tiga orang lelaki dan melalui tingkap, mak dia nampak bapa dia menaiki kereta lelaki tersebut. Tetapi mak dia tidak mengenali kumpulan lelaki itu. 

Itulah kali terakhir bapa dia berada bersama mereka. 

Kalau nak dikatakan lari entah ke mana, duit pencen setiap bulan memang tidak berambil. Mereka anak beranak masih pulang ke kampung bapa mereka dan memang tiada berita apa pun.

Dalam fikiran aku macam-macam cerita yang aku bayangkan. Aku bayangkan dia dibunuh. Aku bayangkan dia hilang ingatan dan tak tahu siapa diri. Aku bayangkan segala musibah yang teruk-teruk. Aku selalu terfikir orang yang baik begini perlu harungi masa yang getir pada masa itu dan mungkin dia dalam kesusahan dan kesakitan pada masa itu dan tiada siapa yang ada dan tiada siapa boleh dengar jeritan dia. 

Yang aku marah tu, maklumkan dia bukan selebriti jadi kes dia macam tak ada erti. Senyap terus dan terus jadi cold case. 

Mak dia jadi pendiam menurut kata kawan Maisarah ni. Mereka masih mengharap dan menunggu. Siapa yang tak mengharapkan yang baik, bukan! Mereka memang sentiasa mendoakan yang terbaik. 

Aku juga terfikir, nak dikatakan meninggal, mana mayatnya. Sekurang-kurangnya boleh ditanam dan ditalkinkan. Jika betul sudah tiada, bolehlah diteruskan kehidupan ini.

Memang banyak aku dengar kes serupa ini. Aku memang tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan orang yang menunggu dan menghadapi kehilangan orang yang disayang. Aku juga sangat tak boleh nak bayangkan bagaimana perasaan orang yang diculik, dicekik, diikat, ditikam, dibunuh dan dicampakkan ke sungai, bakar, potong setiap anggota badan. Justeru mayat tidak dijumpai langsung. Mayat repot. Tulang tertanam dan terus hilang dari penglihatan mata. Aku tak dapat bayangkan. 

Aku terkedu. Jika aku dalam keadaan begitu, aku kena pastikan aku usaha sehabis mungkin. Aku akan jumpa wakil rakyat, jumpa menteri, jumpa orang besar2 supaya usaha dapat diteruskan. 


Jika dia masih hidup, aku doakan kebaikan untuk kawan aku yang hilang itu.

Jika dia sudah tiada, aku sedekahkan alfatihah dan doakan dia bersama orang yang beriman. 

Jika dia mati dibunuh, aku doakan dia masuk syurga kerana dianiya sebegitu rupa. 

Al-fatithah!


Radford Grove Lane, Nottingham.


****