November 12, 2010

Cantik



Aku bukan pemakai gelang yang tegar mahupun memakai rantai leher. Kalau ikut zaman dulu-dulu, mak aku mesti marah kalau tak ada barang kemas di badan. Ampun mak, sebab sehingga kini pun, memang tak reti nak pakai gelang, rantai mahupun cincin. Dulu ada jugaklah setahun musim rebelious aku, aku pakai cincin untuk semua jari, tapi kini, macam dah tak selera lagi!

Sempat juga singgah ke blog Aidid ni sebab dia bagi email address Lulu kalau teringin nak beli gelang sejibik Kasim tu. So sempat jugak jengah website kilang kat China. Memang banyak pilihan. Kalau nak pakai lilit ikut pinggang pun ok. Murah, John!

http://aididmuaddib.blogspot.com/

Lepas tu aku singgah ke blog Hazrey di bawah ni. Kalau nak gelang Kasim boleh redeem dan ada kena mengena dengan Maybank. Apa kena Maybank ni? Dah tak ada nak redeem benda lain ke? Maklumat Hazrey memang bagus.Sila tengok sendiri blog dia ni. 

http://bapak-gulagula.blogspot.com/

Mentara tengah hot cerita pasal Kasim ni, cerita pasal Dr Filomina tenggelam. Memang cantik. Lagi pun, Dr Filomina ni terus mengaku dan letak jawatan. So kita orang Malaysia memang pemaaf orangnya.


Aku ingat nak jadi wartawanlah. Nak pergi ke Mark and Spencer kat city esok dan tanya. Boleh buat siasatan. Nak tanya pasal gelang Lulu. Hmmmm.


Esok sejuk, John!



Radford Grove Lane, Nottingham.


***