November 30, 2010

Eastwood

Widad bagi tau aku baru kejap tadi (dia dapat tahu dari kawan dia di Eastwood) yang di Eastwood aka tempat kerja aku selama 6 tahun dulu terpaksa tutup semua sekolah dan banyak pejabat selama dua hari  (dan hingga diberitahu bila boleh pergi sekolah) kerana blizzard dan snow setinggi 23cm. Masa aku kerja dulu, tak ada lah pulak tebal gitu! Hmmm, kat Radford tak ada nak cuti ke???





Radford Grove Lane, Nottingham yang masih menunggu snow yang tebal supaya tak sejuk lagi dah lepas tu!

***

Phineas and Ferb



Macam tak boleh blah je kartun Phineas and Ferb tiru lakonan Horatio dalam CSI Miami . 'Yes, we (stop ayat sekejap sambil memakai sunglasses) (sambung semula) are!'

Siap ada hummer park kat luar lagi tu! 







Radford Grove Lane, Nottingham di mana aku kena cari kehidupan yang wajar selain dari menonton Phineas and Ferb!

***

Task


Satu minit Stop Motion Animation bersamaan dengan 250 keping gambar yang perlu diambil. Memang boleh pengsan kalau tak jadi animation tu. 




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

November 28, 2010

Rindu




Baru kejap tadi aku terima message dalam inbox facebook. 



i've got something to tell u
but it is very important
promise u wont write in ur blog
i miss u, mum
remember promise k.. 


So aku pun tak janji dari dulu lagi. Oleh itu aku jawab,


auwwwwwwwwww
i miss you too, abang!
but promise me that you tell alim! 


Anak aku rindu kat aku rupanya! Aku ingatkan anak-anak kat Malaysia dah ketuk kompang sebab aku tak ada untuk berleter!










Radford Grove Lane, Nottingham yang hari ni masih sejuk lagi. 



***









Widad


Semalam Widad bagi tau aku dia tak mahu pergi sekolah bila pulang ke Malaysia tahun depan. Dia cakap, tak ada class pakai uniform lagi dah (nak kena budak ni!). So aku cakap, kalau your GCSE results tahun depan with all A star, definitely tak perlu jejak sekolah lagi dah. So, dia bersemangat seketika. 

Lima minit kemudian, kelihatan dia menonton drama Korea di laptop. 




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Beku


Aku punyalah tunggu kot lah hari ni turun lagi snow. Tapi tak ada maknanya penantian aku tu! Langsung tak turun snow malam tadi walaupun tahap kesejukkan mencapai -8 darjah celsius. Cuma jalan aje beku dan dalam rumah sejuk bukan main. So pagi ni, matahari keluarlah pulak walaupun tahap kesejukkan tak naik pun lagi. Kat belakang rumah, bekas salji semalam ada lagi, tak cair!


Tapi hari ni, kena keluar juga ke ASDA sebab roti tak ada untuk kanak-kanak punya pack lunch sekolah.  Selsema aku tetap ada, dah 2 minggu ni! Aku rasa aku mimpi emak malam tadi!




Radford Grove Lane, Nottingham yang beku pagi ini!

****

Abang Aku!


Sedang aku browse kat facebook (which yang jarang letak statement kat wall) aku terjumpa gambar ni dalam Maisarah punya album.


Aku dan Abang aku yang tua setahun je dari aku!


Sama tak rupa kami? Well, inilah dilema dari kecil. Kami satu sekolah masa sekolah rendah. Dia pandai, asyik dapat nombor satu memanjang. Cikgu sekolah asyik bandingkan aku dengan dia. Antaranya, 'Kenapa awak ni tak pandai macam abang awak ye?', 'Awak belajarlah rajin sikit macam abang awak tu!', 'Awak ni pemalaslah, tak macam abang awak!', 'Abang awak dapat 5A tahun lepas tapi awak tak dapat satu A pun, macamana ni!'. Well, masa tu rasa nak ketuk kepala sendiri (ketuk kepala abang tak boleh sebab masa tu takut kat dia!).

Anyways, sekolah rendah je sama sekolah. Lepas tu dia masuk asrama penuh. Lepas habis form 5, dia terus buat degree kat UK. Balik UK terus ke Jepun setahun. Balik Jepun dia kerja. Lepas tu dia buat MBA kat Ohio State, USA. Pastu kerja engineer hingga kini! Dia kawin in between! Anak dia enam sama macam aku (nasib baik sama, kalau tak sure orang bandingkan jugak!)

Tapi bila dah berumur begini, orang masih bandingkan aku dengan dia. 'Siapa yang abang dan siapa yang kakak?', 'Awak adik ke, dia yang adik?',' Siapa yang tua antara awak berdua ni?' dan biasanya orang akan kata dia abang which yang memang dia yang abang. Kadang-kadang orang kata aku yang kakak dan dia adik. Arghhh. 

Kini, aku rasa amat lega sebab tak ada orang akan bandingkan aku dengan dia lagi. huahuahua!


Balik Malaysia nanti lain cerita!








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

November 27, 2010

The First Snow in Nottingham Part II

Kanak-kanak bermain snow! Aku cuma tukang ambik gambar! Lagi pun sejuk, John! Nak sentuh snow tu pun aku tak nak!


balinglah kalau nak pelekuk!

what is it, mum?

let me clean this up!

do you want it, mum!

this is hard work, mum!

where is that 50 pound ?

this is my future house! (SrSNA berangan!)

come on!

its raining snow!

widad and SrSNA, smile! 10 years bonding time!


Gambar-gambar yang lebih banyak lagi di dalam blog Sr SNA dan blog Widad!






Radford Grove Lane, Nottingham yang onkan heater 24 hours this week!


***

The First Snow in Nottingham 2010 Part I


Since dah terlalu sejuk setiap hari, kami semua menunggu bilalah snow nak turun. Bila dah turun tu, kuranglah sikit sejuk. Mana ada kurangnya! Beku jari jemari aku mengambil gambar ni. Pagi ni ok. Snow pun masih putih lagi. Kalau lambat sikit ambil gambar, snow ni bertukar jadi hitam sebab ramai yang dah pijak and of course nampak kotor betul. Snow pun tak sampai setengah inci pun. kehkehkeh. Malam tadi turun. Sekarang -3 darjah je pun!


kereta aku yang berjasa.
ni kereta jiran british
bermangga pagar nak masuk ke kawasan depan rumah aku ni

kawasan rehat depan rumah aku

masih putih tapi kelihatan banyak henjeng dengan tuan di situ

pagar batu depan rumah aku untuk memisahkan rumah dan kawasan depan rumah

cantik jugak

pagi yang sangat sunyi

rumahku berpintu merah dan kereta hijau pekat. 


pokoks yang sudah gugur semua daunnya

jom chill

kalau berehat kat kerusi tu sekarang, aku rasa dah jadi ABC

pokok ni terima je salji tu

pagar batu hala lain

Sepi rasanya

nak kutip ais?

ni kereta hijau aku tadi

another version of the chillin' area

hmmmmm

belakang rumah

kolam katak dah boleh campur gula merah dan jadi ABC

rumput yang tak sempat nak potong

mana ada rumput! tak payah potong je

semak samun di belakang rumah

version semak di belakang rumah

Aku je yang dah bangun pagi ni. Kanak-kanak belum bangun sebab mereka ni tidur lewat (mender dia orang buat gamaknya!). Aku ingat nak keluar tapi jalan sure licin ni. Takut accident lak. Tapi biasanya dia orang akan letak garam merata. 


So hari ni just rehat dan rehat!



P.S Kan ke seronok kalau anak-anak aku Aiman, Miza, Maisarah dan Muhammad dan cucu aku Lana berada bersama aku sambil kita bermain atas salji yang bersih dan baling bola salji ke muka Aiman dan tolak Muhammad ke dalam longgokan salji dan tolak lagi Maisarah  sampai jatuh sambil tanamkan dia sekali dalam  salji tu! Iskandar pun kita masukkan dalam timbunan salji yang lebih besar lagi! Hmmmmmmm!






Radford Grove Lane, Nottingham yang finally snow!


***

November 26, 2010

Lana Cucu Aku!



Tengok gambar cucu aku, terus aku rasa rindu. Arghhhh! Dia pun ada blog ok! huahuahua!



Lana Al-Dayyanna 3 months 
(gambar ambik kat blog maisarah yang diambil dari blog  miza, ibu Lana)



Rindu weh!











Radford Grove Lane, Nottingham, yup aku masih di sini.


****

Widad


Ni pulak blog anak aku nombor 5 (ramainya anak aku ni!!!). Bukan promote. Aku bukan dapat apa pun! Anak aku bukan dapat apa pun! Kalau dapat duit pound sterling, memang aku promote gila batu! 

Dia ni obses orang Korea, Korean movie dan apa saja yang bernama Korea dan berbunyi Korea! Nak jadi Korean ler gamaknya. Dia ni kena dapatkan 8A star untuk GCSE dia ni di sini, sebab aku janji, kalau dia dapat results bagus dia akan dibuang negara ke Korea! hehehheh. Amat sukalah dia kalau dapat pergi sana. Tapi perang pulak kat Korea now!! Hmmmmm!



Nilah dia si Nur Widad. 



So kalau minat Korea dan apa saja yang berkaitan dengan Korea, silalah jenguk blog dia (anak beranak ada blog. sepupu tak ada ke?).








Radford Grove Lane, Nottingham.

****

Maisarah


Aku baru perasan yang anak aku di Malaysia, bernama Nur Maisarah, telah mengupdatekan blog dia. Dah setahun aku tunggu dia update, baru kini dia tergerak nak tulis! Kenapa ek???



Ni anak aku nombor tiga. 
Dia tinggal dengan Muhammad di Malaysia.



Nak baca orang muda belia punya blog?  Singgah Chanellove, jom!







Radford Grove Lane, Nottingham yang tak turun turun lagi snow hingga hari ini!


***

November 25, 2010

Small Room

Yang pergi buka tingkap bilik air sebegitu luas kat atas tu kenapa? Beku terus handwash dan shampoo. Lantai macam pijak ais!


Alonggggggggg!




Radford Grove Lane, Nottingham.

****

Yummy

Semalam sempat juga membeli ini. Beli 5 sahaja.







Esok akan ku suruh SrSNA masak bubur kacang hijau campur di atas ini. Mesti sedap. Drooling anyone? No? Aku kena pinjam gambar dari google sebab malas nak ambil kamera sendiri.



Radford Grove Lane, Nottingham.

****

Sejuk



Pagi ni masih lagi 0 darjah. Maknanya aku takkan keluar rumah langsung. Semalam saja dah membuatkan aku bersin tak sudah hingga ke pagi. Nak telan berapa banyak vitamin C pulak nanti. Along pergi sekolah pagi tadi. Dia perlu habiskan kerja dia yang aku tak faham langsung. All numbers! 

Dia dah siap masak pasta for kanaks and I will grill some chicken legs today!



Radford Grove Lane, Nottingham.


***

Gigih


Dulu aku memang seorang yang sangat gigih. Tapi kini, aku bukan saja tidak gigih malah langsung tidak gigih. Kemana menghilangkan kegigihan aku itu? Aku perlu buat sesuatu. 

Tapi selepas buka puasa petang nanti!



Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Present Sudah



Semalam aku sudah pun present kat seminar di University of Leicester. 

Aku dan driver aka Along aka Aliaa aka SrSNA memulakan perjalanan tepat pukul 12 tengahari. Sampai Leicester mesti cari kedai Oreintal sebab nak beli lemon grass dan pelbagai makanan yang terhengen. Dapat semua sudah. Cari parking  di uni. Memang macam nak marah pun ada. Susah kemain. Dapatlah satu parking yang jauhnya 1km. Hambek kau! Jauh, John! Sejuk pulak tu. Beku aku kejap. Sampai ofis, tunggu Dr Jessica Bain sebab dia nak CV aku supaya dia boleh perkenalkan aku nanti.

Sebelum tu, kami pun bergambar tak sudah kat dalam ofis aku yang cantik tu. Cantik sebab kosong dan sememangnya kosong!

SrSNA tolong staplekan paper aku

'nilah peta dunia dan peta Malaysia ye, tuan puan!

jangan main pisau pembuka surat tu

calculator pun uni bagi jugak! entah nak kira apa!

semua ni nak kena pulangkan ke nanti? hmmmm


aku ingat nak bawa balik yang nilah!


dari tingkap ofis aku yang ada tahi burung, boleh nampak satu Leicester

kenapa bersih sangat meja ofis aku ni?


So setelah berjumpa dengan Jessica Bain, kami pun pergi ke Bennet building. Tepat pukul 3.30pm aku present. 4pm habis present. Q and A session. Lagi sejam, Dol! Orang sini suka sangat nak tanya soklan. Of course kaki aku lenguh berdiri sebab tak ada kerusi. By the way, aku dah cakap kelmarin, aku kena mukadimah peta dunia dan peta Asia tenggara . Memang nasib baik sebab semua orang dalam dewan tu tak tahu mana Malaysia. Ceh! Namanya semua dah belajar tinggi tapi hampes belaka. 

So the presentation went well. Selesai sudah satu misi. The next mission, kena tunggu snow turun. Kalau tidak kerja video aku takkan siap. Takkan aku kena pergi ke Newcastle pulak! Kat situ dah lebat turun dah pun. Ni nak keluar pun bercinta sangat sebab malas nak sejuk2 ni.






Radford Grove Lane, Nottingham.


****

November 23, 2010

Esok







Esok aku seminar. Aku dijemput ye, John! Aku dijemput untuk berseminar selama satu jam. Bapak lama tu! Apa yang boleh aku cakap selama tu, entah lah! Bukan susah pun tajuk aku ni. Ni bukan tajuk aku untuk sabbatical. Tajuk sabbatical agak rumit sikit dan lagi pun aku belum siap lagi . Kena tunggu winter baru pergi buat shooting! Dah buat separuh jalan dah pun project sabbatical ni!


By the way, manalah aku tau yang dia orang ni panggil satu uni untuk dengar aku bagi seminar. Rupanya kat Leicester ni, cara dia, kalau visiting fellow, kena bagi seminar untuk semua satu uni. Satu uni, John! Aku ingatkan satu department je! Aku? Aku ok je! Aku amatlah teruja nak bagi seminar ni. Paling last aku present paper pada tahun lepas kat Greece. Panas kat Greece masa tu hingga 45 darjah celcious, John! Memang sakit kulit aku masa tu. Nak present pun panas betul. 

Ni kat bawah ni, bukti aku dijemput. Bukti untuk yang asyik tanya, aku cuti sabbatical ni, macam cuti makan hangen. Sebenarnya aku malas nak cakaplah kan, kang aku marah! Sebenarnya, memang aku cuti makan hangen pun. Huahuahua! 


email jemputan: klik di atas jika rasa macam ada cataract!





Aku dah siapkan 23 slides dan dah siapkan juga tiga peta Malaysia. Peta? Peta untuk aku bagi mukadimah. Sebab aku tahu, tiga suku dari yang mendengar tu memang tak tahu mana Malaysia. Aku dah pernah kena dulu, masa present aku cakap aku dari Malaysia dan semua orang terpinga-pinga bodoh! Bila sebut Thailand barulah mengangguk. Bila sebut Singapore barulah tersengih. Memang nak kena penampar orang barat ni!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Tandas



Hari Tandas Sedunia 19 November. 




Ada jugak sambutan untuk hari tandas ni ye! 



gambar pinjam google

Be a part of The Big Squat

November 19 is World Toilet Day. To help raise awareness for the 2.5 billion people who don't have access to sanitation, thousands of people are going to squat for one minute




For more info: http://www.worldtoilet.org/wtd/squat.asp



Tapi aku sudah terlepas hari tersebut. So, tahun depan pastikan jangan lupa.Nak kena cangkung seminit, mau kebas kaki lepas tu!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***