April 24, 2012

Cherry Blossom

.
.
.
Dah masuk spring.
Barulah nampak ketara spring ni.
Cherry blossom merata tempat.
Rupanya pokok togel sepanjang jalan ke fakulti aku tu, cherry blossom.

Bak kata orang Jepun, bunga sakura.
Tapi orang Korea tak bagi sebut nama bunga sakura.
Kerana itu nama orang Jepun bagi.
So dia sebut, cherry blossom.

Nama Korea entah apa.
Aku dah lupa.
Tapi memang bukan Sakura.
Lantak koranglah Jepun dan Korea.
Pokoknya, dua nama tu untuk pokok yang sama.

Asalkan kembang dan cantik.
Wangi pulak tu.
Kalau jalan pulang waktu malam.
Memang rasa macam langsuir ikut sekali.
Sebab wangi kot.

Ni gambar aku ambik hari jumaat lepas.
Ada yang dah bunga banyak.
Tapi semalam dah banyak.

Peliknya.
Cherry blossom ni.
Keluar bunga dulu.
Gugur bunga.
Keluar daun.
Gugur daun.
Dah masuk autumn.


memang penuh dengan bunga ni sepanjang jalan ke fakulti. yang belah kanan tu, dah keluar bunga semalam. Merata Korea penuh dek bunga ni. dalam tv pun tunjuk orang keluar tengok bunga ni


bunga ni wangi betul. entah bunga apa



bunga ni belum berkembang. ambik dari dalam bas.





Nantilah aku ambik lagi gambar cherry blossom ni.






Seoul, Korea

***