November 30, 2016

Marilah Kita Jumpa Dr Hanseul Acupuncturist

.
.
.
Semalam dah start bloated. Tulah dah tahu kau tu tua, cuaca gini memanglah salu kembong. Tambah pulak kau memang ada sejarah kembong haha. 



So hari ni, aku gigih pergi ke Dr Hanseul. Nak buat acupuncture (betul ke ejaan ni). Tak serik2 nak dicucuk jarumkan. Tiap kali pergi tak teringat betapa sakitnya dicucuk dek berbelas jarum. Tapi bila dah sampai dan dah baring atas katil tu dan dah dicucuk satu, terus kesal. Apalah bencana yang diterima. Paling sakit bila kena cucuk kat jari telunjuk yang dekat dengan kuku. Perghhhh boleh pilu kejap. Kat situ dah lah keras pastu kena cucuk. Pastu doktor siap pusing2 kan jarum tu lagi. Lagilah ngilu rasa.



Pastu, kat jari kaki yang nombor empat. Memang sedih jelah aku tiap kali buat ni. Sakit walaweh. Dah settle terus doktor letak ultra violet punya lampu. Masa tu nak gerak badan pun takut. Hahhaha punyalah memalukan. Sedangkan tiap kali aku kerja di Korea, dah sah2 aku akan buat ni. Cekadak sungguh orang tua ni.



Pastu bekam jarum kat bahu jugak. Pun perghhhh berapa kali jarum. So far lega bahu aku yang keras macam batu ni. 


nilah yang sakit. pastu siap pusing2kan jarum tu. cissss. abaikan jari montok. masa ni kalau ada orang langgar jari aku ni, memang aku tendang. gambar lain tak leh tunjuk sebab kat kaki ada beberapa jarum. 



p/s post sebelum ni aku dah delete sebab marah aku dah reda. cuma tinggal kecewa je. tu yang kena cucuk jarum kat jari tu. hahahha.





Yongin, Korea


***

November 27, 2016

Snow di Yongin Part 2

.
.
.
Semalam turun snow lebat kat yongin ni. Kali ke dualah minggu ni. Memang dah sah masuk winter. Aku suka snow nak turun walaupun memang kagum everytime snow turun. Macamana banyak kali tengok snow turun pun, aku tetap nampak macam first time jumpa. Memang melompat. Tapi after a few hours, terus terfikir, esok kena jalan kaki ke opis ke sebab kalau jalan penuh snow, dah sure bas dan kereta tak boleh nak daki ke fakulti. Licin dan melorot turun. 


Kawan instagram aku pergi Everland semalam. Memang lebat snow. Everland kat sebelah kampong aku ni je. 


Maka, kita redha apa yang Allah nak bagi. Syukur alhamdullillah.


Tapi, aku tetap gusar sebab bil letrik bulan ni dan bulan seterusnya dah sure boleh beli kasut tujuhblas pasang.





Yongin, Korea.


***

November 24, 2016

Student Korea Present

.
.
.
Semalam maisarah dan widad bagi video.
Video sofea.
Video yusuf.
Memang best.
Boleh ulang banyak kali tengok.

Aku video gak student aku present semalam.
Siap makeup bagai.
Baru betul present yang semenggah.

Tapi entah camner nak masukkan dalam ni tah.
Ni aku dah masukkan.
Entah boleh tah tidak.




Yongin, Korea

***

November 23, 2016

Snow di Yongin

.
.
.

Ni cerita semalam.
Aku dah turun nak ke opis.
Sampai kat cafetaria, aku rasa cam hujan.
Alamak.
Aku lupa bawak payung.
Tengok jam.
Awal lagi.
So aku patah balik.
Naik atas ambik payung.

Nasib baik patah balik.
Sebab tiba2 hujan.
Pastu aku perasan.
Apa hujan ni cam lain macam.

Rupanya.
Snow you all.
The first snow kat yongin.

Dalam bas.
Snow turun banyak lagi.
Bila dah turun bas.
Apalagi.
Ambil video.
Walau dah banyak kali tengok snow.
Tapi first snow kot.
Di mana je first snow kena excited.
Heh.

Lantaklah kalau student nak kata apa.
Rupanya ada je student lelaki yang ambil video gak.
Hahhaha.

Pastu naik atas.
Masuk opis.
Dalam setengah jam gitu.
Snow berhenti.
Kejap je pun.

So minggu ni memang cuaca negatif je, cik yah oiii.
Bertabahlah kita bayar bil letrik bulan ni.




Yongin, Korea

***

November 21, 2016

Kaki Ketam Hokkaido

.
.
.
Feel like going to Hokkaido.
Kek Jopon.
Jom kanaks kita pergi.
Nak makan ketam.
Yang kaki ketamnya dah cukup banyak isi.
Pastu kita masak ketam ros.
Perghhhhhh

Marilah kita buat plan mulai sekarang.
Buat tabung Hokkaido.


Tapi nak pergi Dubai gak.
How?




Yongin, Korea

***

November 19, 2016

Friyaaayyy udon dayyy

.
.
.

Tiap minggu aku akan tak sabar nak sampai hari jumaat.
Who doesn't?
Hahahhahha.
Aku jumaat memang tak kerja.
So sambil beli groceries, sambil nak pergi makan dua mangkuk udon.
Tahan lapar seminggu kot.


opkos friday my udon day. dua mangkuk dan dua air. sekian
kena ambik gambar sebab aku tak tahu nak sebut 94 dalam bahasa korea. tiap kali gitu. pastu mintak tul ge. hahha tu pandai. minta dua. tul ge tu dua. walaupun udang tu nampak cam besar, realitinya tepung je banyak manakala udang nya adalah seco'et. blasah...



Sekian udon day.


Yongin, Korea

***

November 17, 2016

Yul Nama Dia

.
.
.
Ada sorang student ni.
Nama dia agak berbelit lidah nak sebut.
Ro Kyung-Yul.
Cuba korang sebut.
Mesti payah punyalah.
Especially bila nak sebut cepat2.
Dah kenapa nak sebut laju2.

So aku bagi tahu dia.
Boleh tak aku panggil Yul je.
Dia sangat suka.
Mungkin sebab partly dia kesian tengok aku struggle.
Tiap kali panggil nama dia.

So dua minggu lepas aku start panggil Yul.
So semua kawan dia heran.
Sebab ngapa special sangat Yul ni.
Aku rasalah.
Semua student mesti nak suruh aku panggil nickname dorangkan.

Well.
Yul ni lelaki.
Very good looking.
Tinggi dan bila senyum hilang dua mata.
Masa first day class ritu.
Dia datang lambat.
Sebab dia dari Seoul.
So asyiklah tunduk2 mintak maaf.
Aku sergah sikit je pun.

Pastu dia janji tak kan datang lambat lagi.
So far ok dia datang awal.
Kecuali sekali dia lambat 5 minit.
Tu pun sebab driver subway piket.
So banyak keretapi tak jalan.
So aku sergah lagi.
Mana bukti ada piket.
Well, boleh dia terus cari dalam website.
Jadual train yang mengatakan ada piket.
Sini piket aman.
Kecuali piket nak jatuhkan presiden dia baru2 ni.

Ok, berbalik Yul.
Semalam aku kerja pukul 10 pagi.
So aku keluar lambat sikit.
Tunggu bas dan naik bas.
Bas dari Seoul campus.
Aku masuk je bas, aku nampak Yul.
Dia duduk depan.
Aku buat tak tahu.
Sebab dah kenapa nak tegur student lak kan.
Aku cukup malas nak terserempak dengan student sebenarnya.

Pastu bila dah sampai.
Aku pun turun last.
Sengaja.
Dengan harapan tak yahlah nak berkomunikasi dengan student.
Boleh dia tunggu ok.
Dia tunggu semata nak greet dan tunduk kat aku.
Perghhh kalau student Malaysialah kan.
Dah sure hilang kelibat batang hidung.
Rupanya memang dia nampak aku masa aku masuk.

So dia borak kejap.
Aku terus naik opis.
Dia pergi kelas di bangunan lain.
Boleh je dia pergi terus tak payah tunggu aku kan.
Sebab aku dah buat2 tak nampak masa awal2.
Batu bendul betul budak ni.

Dah.
Settle pasal Yul.
Nanti2 aku citer pasal student lain lak.




Yongin, Korea

***

November 16, 2016

Student Korea Tak Pandai Masak

.
.
.


Orang ingatkan aku tulis blog ni.
Dalam bentuk sajak.
Nope.
Bukan sajak.
Aku tulis ni sebab.
Anak-anak aku tak suka aku tulis ayat yang kompleks.
Dia nak yang ringkas je.
Nak senang je hidup kau ye.


Semalam kelas.
Aku suruh student tulis langkah-langkah buat ayam goreng.
Boleh student kata.
Dia tak pernah langsung masak kat dapur.
Kau tengok.
Drama Korea.
Memang tak betul.


Realiti ramai je orang Korea tak pandai masak.
Even masak nasi pun tak reti.
Semua kata tak pernah masak nasi.
Ceh.
Pastu boleh dorang cakap.
Boleh tak dia nak tulis.
Beli ayam goreng di kedai saja.
Kau rasa nak dekuk dan kutey tak student tu!!!




Yongin, Korea


***

November 15, 2016

Daun Krispy dan Namja Nen dan Skype

.
.

.

Musim luruh mungkin dah penghujungnya.
Namun ada daun yang masih sedikit hijau.
Ada juga yang masih merah.
Tapi bila tengok dekat.
Dah mula krispy garing.

Sabtu ritu aku jalan ke mohyeon.
Balik pun jalan.
Boleh je nak naik bas.
Sebab aku nampak namja nen driver bas rini.
Kepada yang tak tahu.
Namja nen tu ialah driver bas yang muda belia.
Handsome giler.
Yang tiap kali selisih dengan bas lain.
Dia akan tunduk hormat.
Boleh buat menantu.
Sebab budi bahasa memang cemerlang.
Menantu kaya belum tentu budi bahasa tinggi gitu kan.

Semalam meeting guna Skype.
Aku ni memang tak pernah meeting pakai skype.
So agak gusar di situ.
Mana tak gusar.
Muka aku ditonton orang ramai.
Besar lak tu.
Sedangkan orang lain semua kecik je aku tengok.

Aku memohon keberkatan Mu, Ya Allah.



aku suka yang ni. aku upload kat ig semalam. ni mentara tunggu bas nak ke gwanju. sempat amik jap


tak tahu lah pokok apa ni? tapi banyak giler ranting. aku pun lupa masa ada daun rupa apa pokok ni. 



cantikkan. dahan pokok memang warna hitam dah. daun je warna tu
selingan bukan pokok. gi emart nampak glove cantik niha. terus teringat sofea mateen dan yusuf. lana dan vivy dah sure tak boleh nak datang

wahhhhh pojen ke tu. memang cantik lah. sesuai untuk this coming winter. kot lah dorang nak datang kan


Yongin, Korea

***

November 10, 2016

Terkesan

.
.
.
Sejak keputusan presiden kat amerika semalam.
Terus channel tv omputih kat sini hilang.
Aku tertekan remote ke?
Sampai hilang 3 channel movie.
Hishh.

Masa nilah mari kita beli duit US.
Tengah jatuh.
So kita kaya nanti.
Hahahha.



ni semalam. opkos tak turun snow kan sebab esok dah naik balik panas. 




Yongin, Korea

***

November 9, 2016

Udon dan Jjampoong

.
.
.
Aku ni tengah suka makan udon.
So semalam panggil student untuk terjemahkan.

'Yoja, iriwa'.
Hahah sebab nama aku tak ingat kot.
So semua pompuan aku panggil yoja.
Pastu, dorang redha je lak dipanggil yoja tu
Hahha.
Sekarang dah pandai cakap Korea banyak dah.
Wehuuu.

Pastu dapat tahu.
Paket udon yang dijual di emart.
Sangat ok sebab memang udon yang biasa.
Memang boleh makan.
Kalau nak udang ke ayam ke.
Tambah sendiri kat rumah.
Senangkan.

Pastu ada jugak jjampoong yang biasa juga.
Maka.
Jumaat aku nak pergi beli.


Boleh beli banyak.
Taklah aku malu everytime aku pergi makan.
Aku order sampai dua set.
Hahha.
Lapar wehhhh.


Jangan tak tahu.
Kat Korea ni pun.
Jual nasi yang dah masak.
Dalam bekas kecik.
Kat 7e pun boleh beli.
Pastu masuk je dalam microwave kat 7e tu.
Makanlah kau dengan kimchi ke.
Ni dah kira bencana kalau beli nasi yang dah masak.



jjampoong. marilah kawan2 kita beli pastu makan. cam makan megi lah pulak. empat servings ok. bolehlah kau kenduri jjampoong nanti.



udon my favourite so far. esok lusa mungkin favourite aku lain. ni tak tahu baper serving tapi lantaklah. aku boleh beli doploh tujuh esok.



Yongin, Korea

***

November 8, 2016

Student Korea Ponteng

.
.
.

Tinggal di Korea ni.
Sama macam tinggal di semua negara yang empat musim.
Yakni.
Bila sejuk.
Mulalah badan aku masuk angin.
Tak kiralah jadi kembong.
Atau di seluruh badan.
Even kat kepala.
Yang buatkan aku selalu pening.
Pening yang pusing kepala tulah.
Barulah betul simpulan bahasa kepala angin.


Pastu.
Aku terkejut sebab.
Kat Korea ni ada jab untuk kembong.
Hahahhahha.
First time dengar ni you all.
Kenalah aku pergi sepital.
Supaya tak kembong.
Selain dari jab untuk flu.
Ada tak jab untuk always kenyang.
Atau jab kaya.
heh.


Semalam ramai gak student ponteng.
Dapat tahu yang dorang buat kerja partime.
Jadi translator.
Ada orang Malaysia datang.

Suka hati kau je kan.
Kau dapat duit hokey.
So this is ponteng, you know.

Nah tengok gambar semalam.
Gambar yang aku gigih seberang jalan.
Sebab nak amik gambar.
Jalan kat uni ni lurus je.
Kiri kanan banyak pokok.
Aku balik jalan kaki.
Jadi macam ada usaha nak kurus.
Haha.
Memang tipulah tu.


p/s
Alim kat Malaysia cakap.
Paper BM (SPM) semalam.
Senang macam makan kacang.
Aku terpikir.
Dia mana suka makan kacang.

cantik you all. daun maple di hatiku

sanggup aku seberang jalan nak amik gambar ni. lantaklah macam orang tak pernah tengok pokok. sebab esok lusa lom tentu ada lagi daun ni

Allahu. Semua ni Allah punya. Kita pinjam tengok kejap

ni letak kat instagram semalam. macam lukisan je. dari tingkap living room aku ni. tiap hari boleh tengok. kira macam aku tinggal dalam hutanlah









Yongin, Korea

***

November 7, 2016

Autumn and Alim

.
.
.
Apa ada pembaharuan di Korea ni?
Selain daun berguguran?
Selain cuaca kejap single digit, kejap double digit?
Selain daun maple aku cari tak jumpa?
Selain makan makanan aku masak yang kurang bahan?
Selain pasang fan heater lagi bertambah sejuk rumah?
Selain nak tulis paper tapi malas tahap gaban?


Well.
Nothing is new so far.


gambar minggu lepas. staf guna blower supaya student tak pijak dan licin dan gedebok. hahahha






***
As for my youngest son in Malaysia.
Alim Al-Mustaqim Billah bin Roslan.
Good luck in your SPM.
Do you best.
I love you no matter what.
Come back to Korea soon.
You have to carry the grocery bag.

Love you loads,
Mum.





Yongin, Korea

***

November 4, 2016

Cerita Tentang Student Kat Sini

.
.
.
Ada sorang student dalam kelas aku.
Memang datang kelas.
Tapi akan duduk diam tak buat apa.
Bila start belajar.
Tak ada satu pun alat tulis atas meja.
Kertas memanglah tak ada.
Nampak bawak beg pack.
Tapi letak tepi je.

Bila ada group work aku suruh buat.
Tak ada orang nak group dengan dia.
Sebab orang lain tau, dia takkan contribute apa-apa.
Memang pun.
Dia akan diam je.

Bila aku tanya soalan.
Dia asyik akan cakap 'tak tahu'.

Tapi one thing.
Dia takkan kacau orang lain.
Dia buat hal dia je menung sana sini.
Tak buat bising sorang2.
He is being 'enter-apa-istilah-nak-bagi-tah'.

Aku geram gak.
Tapi lantak lah.
Tinggal lagi 5 minggu je habis sem ni.
Hopefully.
Tak ada dah student cam ni.

Tapi dia pandai English.
Canolah tu kan.




Yongin, Korea

***

November 3, 2016

Gambar Musim Luruh

.
.
.

Musim Luruh.
Ya, sekarang memang musim luruh.
Marilah kita berjimba dengan gambar.

Ni semua pokok ginkgo biloba.
Yang orang buat ubat tulah.
Hari tu aku ingatkan nilah pokok sakura.
Salah rupanya.
Cishhh.

Ni semua dalam kawasan universiti.
Tempat aku kerja.





daun cam emas. memang cantik. buatkan suasana jadi cerah. Allahu

ada jugak yang masih hijau. tiap kali balik, nilah suasana yang aku lihat. cantik yu ol

cantikkan. macam kapas jer merimbun gitu

memang kiri kanan pokok ginkgo ni. sepanjang perjalanan aku pergi dan balik dari opis. 

dah mula gugur. sekejap je. memang cantik bila gugur. ada video aku upload kat instagram. macam hujan

semuanya ni gugur dalam empat lima jam je

mentara nak ambik video ni, jari aku dah beku. sejuk yu ol. -2 darjah masa ni.

ni dari jauh, semua daun mula gugur. berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu. nyanyi lagu alleycat now

lawa kan. cam poskad tak. heheh. aku sorang je sampai awal ke opis so memang tak ada kelibat student masa ni. 

empat jam setelah video diambil. nah, dah macam tinggal ranting

nak balik rumah dah ni. penuh daun 

usaha ye, aku tunduk nak ambik gambar ni

yezzzzzz mestilah gambar dengan kasut biru aku. gambar ni dah boleh bagi tajuk "Perempuan tua berkasut biru. Bermain dengan daun ginkgo". huahua


Semalam pergi opis, dah macam gelap je suasana universiti.
Tapi gunung ganang keliling universiti masih lagi ada pokok.
Yang belum gugur daun.
Masalah nak ambik gambar.
Guna kamera fon.
Memang tak nampak apalah.


Cantikkan.
Allahu.



Yongin, Korea

***

November 1, 2016

Its -2 Today

.
.
.
Hari ni dah -2 darjah.
Bangun je terus pasang fan heater.
Kulit dah mula kering manjang.
Tidur pun tak gerak sebab kalau gerak sejuk.
Bilik aku tu pulak ada sliding door.
Maka angin memang berpusu2 masuk.
Marilah tunggu winter.
Biar beku terus

Aku paksa anak2 aku update blog.
At least I have photos to see.
Anak2 aku ni banyak cerita bergambar.
Macam mak dia.

Ni dah minggu 9.
Tak lama lagi habislah satu sem.
Yahuu.
Dah tak sabar nak habis sem.
Sem depan kita citer lain.



ni dah upload kat ig aku. memang pedas giler. aku ni tak ada blender. so semua cili bawang, tomato, bawang putih, aku goreng dulu. pastu dah lembek, aku tekan dengan apa benda tah. so nampak tak hancur. tapi sedap you all

ni rutin jumaat. beli groceries. 

aku sampai emart pagi. so tak ramai sangat orang. 

nilah emartnya. besar jugaklah. tingkat atas tu jual baju designer banyak. banyak local designer so agak tak mahal. ni nak cross kat trafik light shibuya. hahhahaha shibuya manalah kan. ni kat gwangju



Pagi ni ada kelas 4 jam.
Pastu balik.
Sebab pest control nak datang.
Tak habis2 lagilah.
Letak jelah ubat dah blah.
Rimaslah.
Sebab malam tadi kena vaccum and mop rumah.
Haha, bila orang datang baru nak buat kemas.




Yongin, Korea


***