October 29, 2016

Meh Ke E-Mart

.
.
.
Semalam Jumaat aku memang tak kerja.
Maka, ke emartlah gamaknya.
Cam dah expert ke gwanju naik bas.
Dah tu je transportation yang ada.


Nak beli sangat fan heater.
Sebab kalau nak on kan floor heater.
Memang pengsan bayar bil letrik.
Pernah sekali masa winter ritu.
Aku pakai floor heater.
Memang panas satu rumah.
Cam sauna.
Tapi bila sampai bil.
Boleh pengsan dua kali.
Nak dekat 1 juta won.
Yakni, RM3700 untuk sebulan.
Wuishhhh.


Ni try fan heater.
Masa kat UK memang nilah aku pakai.
Jimat letrik.


beli ni, dah try semalam, memang ok


lerr, tak tahu pulak fan heater gini. cam kipas biasa tapi panas you all


nak buat cekodok? well, pilih je cik yah oii. sonang sebab tak yah nak pikir banyak. letak udang ke sotong ke, semua ok sangat. kalau malas nak baca tepung apa, tengok gambar hahahh



aku tak tau apa orang Korea buat dengan sharon aka persimmon yang dah masak ranum ni. lembek kot. tapi memanglah manis. adakah nak bagi kering? masak lauk ke? air ke? cam buah tomato kan!!


Sekian cerita bergambar hari ni.



Yongin, Korea


***