October 3, 2016

Korea Juga Cuti Rini

.
.
.
Semalam aku baru siap satu lagi paper. Tapi agak tak produktif sikit sebab macam idea dah kering. Hishhh kemanalah idea nak menulis ni. Dahlah aku cuti sama cam Malaysia. Rini Isnin cuti. Kat sini sambutan hari lahir Korea. Bukan merdeka dia tapi entah apa tah student aku cakap. Apapun, aku duduk rumah dah tiga hari sejak sabtu. Hari Jumaat aku ke Gwangju so ada jugaklah aku keluar.


By the way, aku kerja empat hari je seminggu. Semester depan aku dah cakap, aku nak kerja 3 hari je seminggu. Supaya aku boleh banyak masa untuk menulis. 


Semalam the whole day hujan. Pagi tadi pun hujan sikit. Cuaca memang dah kelam. Nak masuk autumn dah ni. Student dah mula pakai jumper ke kelas. Yup, literally pakai jumper with hood dan berseluar pendek. Apakah?



Kat Korea ni senang amat. Kalau malas giler nak buat side dishes, boleh beli segala sayur yang dah siap celur. Cuma nak letak cili ke tak yah ke atau letak je segala bagai. Bolehlah untuk sekali dua makan. Macam buat bayam Korea, camtulah yang ni.


side dishes





Yongin, Korea


***