October 9, 2016

I am a Year Older

.
.
.
Birthday aku hari Jumaat ritu. 7 oktober 2016. As being me, aku memang abaikan je birthday ni sebab bukan boleh makan kat nandos or johnnys or dave deli or any delicious foods for that matter. Yup, I am 55 this year. wuhuuuu. Sikit lagi pencen. 

Thanks to anak2 aku upload dalam ig.
Aliaa, Maisarah, Muhammad, Widad and Alim muahhhhs

Thanks to anak2 aku yang wish me birthday kat wasap.
Semua kanak2 sebab dorang takut kena marah ngan akulah tu. hahah. *evil



Kanak-kanak upload gambar aku dalam instagram. Tu yang remind me of that day. Aku tak tahu nak upload gambar apa kat ig. How i wish kalau ig tu macam blog nia. Kita boleh upload tak perlu komen or like or watever. hahahha 


So friday aku gi emart di gwanju buat kali ke sejuta. Tu jelah supermarket yang besar. Semua ada. Takat supermarket kecik, belambak je dekat2 sini tapi aku tak pergilah. Lagi pun aku nak gi makan udon. yummmmsssss. Ok fine, semangkuk je kali ni with sondobu jjigae hahahhaha. 


kan aku kata aku tinggal dalam hutan


Cer tengok gambar kat atas tu. Ni living room aku. Memang hutan tuha. Aku tinggal dalam hutan. Tu salah satu gunung. Ni baru rendah je cam bukit tapi kalau pandang kiri, mak ai, memang tinggi gilos. Winter sure cantik with snow and all. Marilah kita tunggu winter, aku letak gambar lagi. Ok fine, autumn nanti pun aku letak gambar. hahahha. cam ada je orang nak tengok.

nilah hutan secara dekat


Biasanya balik kerja, aku akan termenung dulu. Tengok pokok. Sambil buat cerita. Heh. Tetiba, hambek kau. Terkejut tengok ada benda bergerak. Rupanya ahjuma tengah cari cendawan liar kat hutan tu. Boleh.



Nampak tak ahjuma kat pokok tu. Jangan ternampak benda lain lak.


Satu je dalam kepala aku. Larat dia daki. Perghhhh





Yongin, Korea


***